Friday 2 May 2014

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM-KAUM DI MALAYSIA




Baju tradisional Melayu merujuk kepada baju tradisional orang Melayu, terutamanya baju melayu dan baju kurung. Selain itu, ia juga termasuk baju kebaya, celana, kain sarung, samping dan selendang. Selain itu terdapat juga pakaian yang dianggap klasik seperti pakaian Puteri Perak, Cik Siti Wan Kembang, Baju Menora dan Baju Minangkabau.




Kaum Cina merupakan kaum yang terdiri daripada pelbagai adat resam dan kepercayaan yang tersendiri. Kaum Cina juga mempunyai pakaian tradisional mereka yang dipanggil cheongsam (perempuan), Sam Fu ( lelaki ). Masyarakat Cina menggunakan kain yang berwarna merah bagi upacara atau perayaan yang diraikan dengan gembira. Ini kerana mereka bertanggapan bahawa warna merah membawa tuah. Manakala mereka menggunakan warna putih dam hitam bagi menunjukkan duka ataupun keadaan yang tidak baik.    
            



Sari merupakan pakaian tradisional India yang mudah dikenali di seluruh dunia. Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut, serta choli yang berwarna sama atau setentang dengannya. Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut. Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah.

No comments:

Post a Comment