Monday, January 23, 2012

Selamat Tahun Baru Cina, 2012


Gong Xi Fa Cai pada semua rakan2 saya yang berbangsa cina antaranya rakan baik saya, Kwan Swee Tin. Juga pada Swee Soo Mang, Carine Chua, Angeline, Ricky Cheng, Sam dan Queen di Vemma office, dan ramai lagi yang saya tak tersebut . Ketika saya menulis blog ini, saya tahu, dia orang ni semua baru habis makan besar bersama keluarga masing masing. Tahun ni, tahun naga. Saja la saya nak share sikit kepercayaan orang cina and feng shui  tahun naga 2012 ni. Bagus juga jika kita tahu budaya rakan2 berbangsa cina kita ni kan....kitakan 1Malaysia...he he..

                              



Ok .. meh saya share ..
Sesiapa yang lahir dalam mana-mana lingkungan tarikh berikut boleh dikatakan lahir pada "Tahun Naga," serta juga membawa lambang unsur yang berikut:
  • 16 Februari 1904 - 3 Februari 1905: Naga Kayu
  • 3 Februari 1916 - 22 Januari 1917: Naga Api
  • 23 Januari 1928 - 9 Februari 1929: Naga Tanah
  • 8 Februari 1940 - 26 Januari 1941: Naga Logam
  • 27 Januari 1952 - 13 Februari 1953: Naga Air
  • 13 Februari 1964 - 1 Februari 1965: Naga Kayu
  • 31 Januari 1976 - 17 Februari 1977: Naga Api
  • 17 Februari 1988 - 5 Februari 1989: Naga Tanah
  • 5 Februari 2000 - 23 Januari 2001: Naga Logam
  • 22 Januari 2012 - 10 Februari 2013: Naga Air
  • 2024 - 2025: Naga Kayu
  • 2036 - 2037: Naga Api
Dari sudut pandangan Feng Shui, tahun 2012 yang merupakan tahun Naga Air membawa banyak kebaikan dan rezeki kepada manusia. Seperti yang diketahui ramai, air merupakan sumber paling penting buat manusia, malah dua pertiga isi kandungan bumi juga merupakan air, manakala 95 peratus kandungan badan manusia terdiri daripada air.


Dalam teori unsur Cina, air menghasilkan kayu, yang menandakan pertumbuhan dan naga mewakili elemen semula jadi. Tahun Naga dianggap sebagai tahun paling bertuah dan ia dianggap makhluk mistik berbanding haiwan lain dalam kalendar Cina.

Golongan yang mempercayai kepercayaan karut menyatakan bayi yang dilahirkan pada Tahun Naga akan memiliki keberanian dan kebijaksanaan selain membawa tuah kepada keluarga. 


Untuk makluman semua Tahun Naga akan berakhir pada 9 Februari 2013.Antara sifat positif bagi Tahun Naga ialah Mulia, menimbulkan rasa hormat, berkarisma, bersemangat, baik hati, ramah, berkuasa, yakin, berwarna-warni, good-hearted, forgivig, active, nice, fun, terus terang, ceria, spontan, suka berseronok, serba boleh, petah, suka bergaul, berdikari, mencintai kebebasan.Sifat Negatif pula ialah Tidak berhati perut, mengerah, gopoh, cerewet, angkuh, dogmatik, bongkak, zalim, tidak bertoleransi, tamak, egotis, suka bercakap besar, panas baran, tidak mudah puas hati, ganas, agresif, cuai, tidak peka.

Selalunya, Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang.


Wah sekarang ni tepat 12 tgh malam...nak tengok bunga api la...tengah riuh di luar rumah saya...tandanya bermulanya sambutan tahun baru cina rakan2 kita berbangsa cina. Gong Xi fat Cai..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...