Minggu, 06 November 2011

sejarah islam dan makaysia

Siri Sejarah Penjajahan Tanah Melayu   1 comment

Buku Siri Sejarah Penjajahan Tanah Melayu ini merupakan sebuah set buku yang menyenaraikan empat buah negara yang pernah menjajah Tanah Melayu dengan menceritakan detik-detik semasa proses penjajahan dan selepas penjajahan. Ia merangkumi latar belakang pentadbiran Tanah Melayu sebelum dijajah negara-negara tersebut dan serba sedikit mengenai negara penjajah. Negara-negara tersebut ialah Portugis, Belanda, British, dan Jepun.
Tujuan buku ini ditulis agar generasi kini terutama para pelajar sekolah menengah mengetahui tentang detik-detik pahit pada era penjajahan yang mengubah landskap politik negara. Dengan menghayati kesan negatif di sebalik penjajahan diharapkan generasi muda akan menjadi individu yang cemerlang dan seterusnya berbakti kepada bangsa dan negara untuk menutup peluang negara ini yang telah merdeka akan dijajah semula meskipun penjajahan minda dan pemikiran.
Buku ini adalah sesuai untuk bacaan sekolah menengah yang dihiasi dengan gambar-gambar bagi memudahkan para pelajar memahami plot detik berlakunya penjajahan di Tanah Melayu. Ia diharapkan menghilangkan tanggapan buruk pelajar bahawa belajar sejarah adalah sesuatu yang membosankan. Buku ini secara tidak langsung memberi pengetahuan bahawa kepentingan perpaduan kepada semua kaum di Malaysia di mana apabila negara kita kucar-kacir dan tidak bersatu maka ia memudahkan kuasa asing memasukinya dan menguasai negara kita.
Penerbit: Mega Publications
Tahun: 2012

Siri Budaya Warisan Malaysia   Leave a comment

Buku Siri Budaya Warisan Malaysia ini dihasilkan untuk mendedahkan kepada murid-murid tentang budaya tradisi masyarakat Malaysia yang pelbagai. Buku ini memberi gambaran asas mengenai aktiviti budaya negara Malaysia yang membincangkan tentang kraf tangan, binaan warisan, makanan tradisi, muzik tradisi, pakaian tradisi, permainan tradisi, cerita rakyat, puisi dan dodoian, seni pementasan dan tarian tradisi. Selain itu bahagian pendahuluan akan melihat sepintas lalu mengenai dasar-dasar utama negara yang berkaitan dengan budaya dan demografi serta agama penduduk Malaysia.
Matlamat buku ini dihasilkan untuk mendedahkan murid kepada perkara-perkara penting yang perlu mereka ketahui untuk menjamin perpaduan antara etnik, memahami budaya etnik lain dan mengenali aspek-aspek budaya masyarakat tradisional yang perlu dipertahankan dan dilestarikan untuk generasi akan datang. Selain itu terdapat beberapa aspek seperti kraf tangan dan permainan tradisi yang menjadi produk pelancongan yang unik dan penting.
Penerbit: Get Smart Publications
Tahun: 2012

KERJA KOSONG EDITOR DI PANDAN INDAH   7 comments

Editor

Sebuah penerbit buku-buku pendidikan dan umum yang berpengalaman di Kuala Lumpur sedang mencari calon editor yang berdedikasi dan berkelayakan untuk menjadi editor dalam syarikat tersebut.

Kelayakan
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan.
Beragama Islam.
Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minimum.
Bahasa Melayu dan Inggeris
Pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 2 tahun sebagai editor atau ‘fresh graduate’ yang pernah praktikal dalam bidang penerbitan.
Keperluan adalah segera (kemasukan November/Disember 2011).

Sila hubungi nombor berikut jika berminat: 012-2871148



Tarikh iklan: 21 Oktober 2011
Note: Saya sebagai blogger tidak ada kena mengena dengan jawatan tersebut, hanya membantu mengiklankannya. Oleh itu sebarang pertanyaan melalui blog tidak dapat dilayan. Minta maaf. Sila berhubung terus dengan pengurus syarikat seperti nombor yang tertera di atas.

Buah Sentul   Leave a comment


Buah sentul merupakan antara buah-buahan yang tergolong dalam golongan buah nadir di Malaysia. Nama sainsnya ialah (Sandoricum koetjape). Ia semakin sukar ditemui dan kebanyakan generasi muda tidak mengenali buah ini. Buah yang mempunyai keluarga yang sama dengan buah nangka ini berwarna hijau ketika muda dan akan berubah menjadi kuning apabila masak. Di kampung-kampung di Malaysia terdapat 2 jenis buah sentul. Jenis yang pertama mempunyai kulit yang tebal dan rasanya masam-masam kelat. Jenis yang kedua mempunyai kulit yang nipis dan kurang masam dan tidak berapa kelat. Buah sentul jenis ini juga dikenali dengan nama buah stia. Bahagian isinya sama sahaja dengan yang berkulit tebal. Isi buah sentul berulas-ulas seakan-akan buah manggis. Isinya melekat pada biji dan tidak akan tertanggal dari bijinya. Kulit buahnya juga dimakan.
Pokok sentul besar dan merupakan antara jenis pokok balak. Sentul membiak menggunakan biji benih. Penyebaran biji benih dilakukan oleh haiwan terutamanya burung.
Posted September 18, 2011 by Maruwiah in Buah Sentul, GALERI
Tagged with

Siri Perayaan Utama Malaysia   Leave a comment

Buku Siri Perayaan Utama di Malaysia ini merupakan sebuah set buku yang menyenaraikan 11 buah perayaan utama yang disambut oleh masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Ia mengandungi perayaan-perayaan Hari Raya Aidil Fitri, Hari Raya Aidil Adha, Tahun Baru Cina, Wesak, Deepavali, Thaipusam, Pesta Kaamatan, Hari Gawai, Maulidur Rasul, Krismas dan Vaisakhi.
Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang sedang membangun dan sering mendapat perhatian dunia. Ini kerana pembangunan ekonomi dan kestabilan politiknya sekalipun penduduknya terdiri dari pelbagai kaum, bangsa dan agama. Keharuman negara ini terserlah apabila ia berjaya menjadi contoh dalam memajukan Islam dan memperbaiki taraf hidup rakyatnya yang beragama Islam tanpa menyekat kebebasan beragama bagi penganut-penganut agama lain dan tanpa menindas mana-mana kaum di negara ini. Oleh kerana kebebasan beragama yang dipraktikkan maka terdapat pelbagai perayaan yang diraikan oleh penduduk negara ini berdasarkan agama masing-masing. Meskipun terdapat beberapa perayaan berdasarkan agama atau kaum tertentu, Malaysia sebagai sebuah negara yang harmoni telah mengamalkan prinsip 1 Malaysia iaitu menggalakkan penyertaan kaum atau agama lain jika tidak bersalahan dari segi agama atau menghormati kebudayaan dan amalan kaum atau agama lain. Dengan cara ini perpaduan dan sifat kerjasama dapat dipupuk dan dimantapkan demi kelangsungan keharmonian penduduk negara kita yang tercinta ini.
Buku ini adalah sesuai untuk bacaan sekolah rendah dan menengah yang dihiasi dengan gambar-gambar berwarna bagi memudahkan pembaca memahami kebudayaan dan amalan pelbagai kaum di Malaysia. Lebih-lebih lagi kebanyakan perayaan di atas disambut oleh semua kaum di Malaysia, oleh itu pengetahuan mengenainya adalah penting.
Penerbit: Pustaka Dasar Jaya
Tahun: 2012

Tidak ada komentar:

Posting Komentar