Enjoy

//tentang aku yang suka masak-masak !
The Owner

akak Zai



Diaries Owner Linkies

I'm a wife to my husband, a mother to my beloved children, a daughter to my parents and a servant to ALLAH S.W.T. I just LOVE to COOKING <3


Sembang-sembang



Thanks

Kerana sudi singgah ke blog akak.:)



Alkisah TUMPI & resepinya

Resepi ini mengingatkan aku pada zaman anak-anak dulu.Time hidup susah  resepi ini adalah antara menu  yang sentiasa
terhidang dan dimasak oleh ibu terutama sekali sebagai sarapan pagi.Kadang-kadang seperti hari-hari dihidangkan..tapi yang bestnya
tak pernah jemu sebagai santapan.Sekarang ni pelbagai variasi telah diolah kedalam resepi ini, tapi saya lebih suka yang ORI seperti yang ibu kita buat dulu-dulu.Pelbagai nama juga diberi.Ada yang panggil LEMPENG,PANKEK dan pelbagai lagi.Sesetengah negeri di Semenanjung ada yang panggil PEK NGA.Tapi kami di Sabah namakan resepi ni 'TUMPI'

Bahan-bahannya :-

3 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut -( kalau tak bubuh pn boleh)
4-5 sudu makan gula - kemanisan ikut suka
1-2 sudu makan minyak masak - (dulu2 tiada marjerin/butter ok)
1 sudu teh garam
Air  untuk membancuh - secukupnya

Cara-cara :-
Gaul semua bahan kedalam satu bekas hingga sebati.Jangan terlalu pekat atau terlalu cair.Kira-kira kita angkat di sudu dan jatuhnya elok je ok la tu.Sediakan kuali leper,kemudian letakkan minyak sedikit2 secara membulat mengelilinggi kuali
tersebut.Ambil sesenduk besar adunan dan letakkan ketengah-tengah kuali kemudian ratakan secara membulat supaya TUMPI tu nipis seperti dalam gambar.Guna api sederhana kecil.Ulang hingga habis adunan.
SELAMAT MENCUBA!!