DOA DEPAN KAABAH (Multazam, Maqam Ibrahim & Hijr Ismail)

Doa di kawasan multazam, maqam ibrahim dan Hijir Ismail.

Apakah doa depan Kaabah yang boleh dibacakan di kawasan Multazam, Hijr Ismail & Maqam Ibrahim selepas selesai tawaf?

Panduan ini akan berkongsi contoh bacaan doa depan Kaabah yang muktabar untuk dibacakan di tempat-tempat yang disebutkan di atas. Setiap bacaan disertakan dengan transliterasi rumi untuk membantu anda yang sukar membaca teks arab.

Semoga membantu.

Doa Melihat Kaabah

Setelah masuk ke dalam Masjidil Haram, anda pasti akan terpegun melihat keagungan rumah Allah SWT iaitu Kaabah. Oleh itu, bacalah doa ini:

doa ketika melihat kaabah

Allāhu Akbar, Allāhu Akbar, Allāhu Akbar. Lā Ilāha Illallāh Wahdahu Lā Sharīka Lahu, Lahu Al-Mulku Wa Lahu Al-Hamd Wa Huwa ‘Alā Kulli Shay’in Qadīr. A’ūdzhu Birabbi Al-Bayti Min Al-Kufri Wa Al-Faqri Wa Min ‘Adhābi Al-Qabri Wa Ḍīqi Al-Ṣadri. Wa Ṣallallāhu ‘Alā Muḥammad Wa ‘Alā Ālihi Wa Ṣaḥbihi Wa Sallam. Allāhumma Zid Baytaka Hāza Tashrīfan Wa Takrīman Wa Ta’ẓīman Wa Mahābatan Wa Rif’atan Wa Birra Wa Zid Yā Rabbi Man Sharrafahu Wa Karramahu Wa ‘Aẓẓamahu Mimman Ḥajjahu Wa’tamarahu Tashrīfan Wa Takrīman Wa Ta’ẓīman Wa Mahābata Wa Rif’ata Wa Birra.

Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar. Tiada Tuhan Yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya, Tuhan Yang memerintah segala sesuatu, bagi-Nya segala pujian dan ialah Tuhan Yang berkuasa ke atas setiap sesuatu. Aku memohon perlindungan daripada Tuhan rumah ini (Kaabah) daripada kekufuran, kemiskinan, azab kubur dan sempit fikiran. Rahmat Allah dan kesejahteraan-Nya mencucuri ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW keluarganya dan sekalian sahabatnya. Ya Allah tambahkan-lah Baitullah ini dengan kemuliaan, kebesaran, kekuasaan, keagungan dan kebaikan dan tambahkanlah kurnia-Mu kepada sesiapa yang memuliakannya dan membesarkannya dari kalangan orang orang yang menunakan haji dan umrah dengan kemuliaan, kebesaran, keagungan, kehebatan, ketinggian dan kebaikan.

Doa Di Multazam

Setelah selesai tawaf dengan sempurna iaitu cukup tujuh kali pusingan berserta dengan doa-doanya sekali, kini anda boleh menuju ke Multazam yakni suatu tempat atau ruang yang terletak di antara pintu Kaabah dan Hajar Aswad.

Multazam adalah salah satu tempat yang paling mustajab di Makkah ini. Allah SWT akan sentiasa mendengar dan memakbulkan doa hambaNya yang berdoa di tempat ini dengan izin-Nya.

Adapun doa yang paling muktabar di tempat ini adalah seperti berikut:

doa di multazam

Allahumma Ya Rabbal-Baitil-‘atiq, A’tiq Riqaabana Wa Riqaaba Aabaaina Wa Ummahaatina Wa Ikhwaanina Wa Aulaadina Minan-naar, Ya Zal-birri Wal-juudi Wal-karami Wal-fadhli Wal-‘atho-I Wal-ihsaan, Allahumma Ahsin ‘Aaqibatana Fil-umuuri Kulliha, Wa Ajirna Min Khizyid-dunya Wa ‘Azaabil-aakhirah, Allahumma Inni ‘Abduka Wabnu ‘Abdika Waaqifun Tahta Baabika Multazamun Bi A’taabika Mutazallilun Baina Yadaika, Arju Rahmataka Wa Akhsya ‘Azaabaka, Yaa Qadiimul-ihsaan, Allahumma Inni As-aluka An Tarfaa Zikri Watadhoa Wizri Wa Tusliha Amri Wa Tuthohhira Qalbi Wa Tunawwwira Li Fi Qabri Wa Taghfirali Zanbi Wa As-alukad-darajaatil-‘ulaa Minal-jannah. Amin

“Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang memelihara Kaabah ini, merdekakanlah diri kami, bapa dan ibu kami, saudara-saudara dan anak-anak kami dari seksa neraka. Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah yang mempunyai keutamaan, kelebihan, anugerah dan kebaikan. Ya Allah baikkanlah kesudahan segenap urusan kami dan jauhkanlah dari kehampaan dan kehinaan di dunia dan seksa di akhirat. Ya Allah sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak daripada hamba-Mu, sedang tegak berdiri di bawah pintu Kaabah-Mu menundukkan diri di hadapan-Mu sambil mengharapkan rahmat-Mu, kash sayang-Mu, aku takut akan seksa-Mu, wahai Tuhan pemilik kebaikan abadi, aku mohon pada-Mu agar Engkau tinggikan namaku, hapuskan dosaku, perbaiki segala urusanku, bersihkan hatiku, berilah kelak cahaya dalam kuburku. Berilah keampunan ke atas dosaku dan aku mohon kepada-Mu martabat yang tinggi di dalam Syurga. Ya Allah perkenankanlah.”

Doa di Maqam Ibrahim

Setelah selesai bermunajat di Multazam anda boleh pergi menuju Makam Ibrahim yang terletak lebih kurang 150 meter dari Kaabah untuk menunaikan Solat Sunat Tawaf dua rakaat.

Posisi yang paling baik untuk menunaikan solat adalah di belakang Makam Ibrahim. Sekiranya tidak berkemungkinan disebabkan terlalu sesak seperti pada musim haji atau pada bulan Ramadhan, maka memadailah untuk mengerjakan solat di mana-mana tempat di dalam Masjidil Haram.

Solat Sunat Tawaf Pada Ruang di Belakang Maqam Ibrahim

Solat sunat tersebut cukup sekadar dua rakaat dan bacalah surah yang pendek seperti Surah Al-Kafirun pada rakaat pertama dan Surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua.

Adapun niat solat sunat ini seperti berikut:

Usolli Sunnatat-tawaafi Rak’atainin Lillahi Ta’ala

“Aku berniat solat sunat Tawaf dua rakaat kerana Allah SWT.”

Setelah solat itu bacalah doa di bawah:

doa maqam ibrahim

Allahumma Innaka Ta’lamu Sirri Wa ‘Alaaniyyati Faqbal Ma’zirati Wa Ta’lamu Haajati Fa’thini Su’aali Wa Ta’lamu Ma Fi Nafsi Faghfirli Zanbi, Allahumma Inni As-aluka limaanan Yubassyiru Qalbi Wa Yaqiinan Soodiqan Hatta A’lamu Annahu Laa Yusiibuni Illa Ma Katabta Li, Wa Ridhon Minka Bima Qasamta Li Anta Waliyyi Fid-dunya Wal-aakhirah, Tawaffani Musliman Wa Alhiqni Bis-soolihiin, Allahumma Laa Tada’ Lana Fi Maqaamina Haza Zanban Illa Ghafartahu, Wa La Hamman Illa Farrajtahu Wa La Haajatan Illa Qadhaitahaa Wa Yassartahaa Fayassir Umuurana Wasy-rah Suduurana Wa Nawwir Quluubana Wakh-tim Bis-soolihaati A’maalina. Allahumma Tawaffana Muslimiina Wa Ahyina Muslimiina Wa Alhiqna Bis-soolihiina Ghaira Khazaaya Wa La Maftuuniin

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang tersembunyi dari rahsiaku dan amal perbuatan-ku yang nyata, maka terimalah keuzuranku, dan Engkau Maha Mengetahui segala hajatku maka kabulkanlah permohonanku. Engkau Maha Mengetahui apa sahaja yang terkandung di dalam hatiku, maka ampunilah dosaku. la Allah aku ini bermohon kepada-Mu iman yang kekal yang melekat terus di hati, keyakinan yang bersungguh-sungguh sehingga aku dapat mengetahui bahawa tiada sesuatu yang menimpa aku selain dari apa yang telah Engkau tetapkan kepadaku. Redhailah aku terhadap apa pun yang Engkau berikan kepadaku. Ya Allah Yang Maha Pengasih lebih daripada segala yang berhati kash sayang, Engkau adalah pelindungku di dunia dan di akhirat. Matikanlah aku dalam keadaan muslim masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh. Ya Allah janganlah Engkau biarkan di tempat kami ini satu dosa pun kecuali Engkau ampunkan, tiada satu kesusahan pun melainkan Engkau lapangkan, tiada satu hajat pun kecuali Engkau penuhi dan Engkau permudahkan, maka permudahkanlah segala urusan kami dan lapangkanlah dada kami, terangilah hati kami, dan sudahilah seluruh urusan kami dengan baik. Ya Allah matikanlah kami dalam keadaan Muslim, hidupkanlah kami dalam Islam dan masukkanlah kami ke dalam golongan orang soleh tanpa sebarang kehampaan dan fitnah.”

Doa Di Hijr Ismail

Sebenarnya solat sunat di Hijir Ismail tidak ada kaitannya dengan tawaf, sama ada Tawaf Sunat, Tawaf Umrah ataupun Tawaf Haji. la boleh dilakukan bila-bila masa ada kelapangan.

Bagaimanapun sebahagian besar jemaah mesti akan melakukan solat sunat sekurang-kurangnya dua rakaat di Hijir Ismail untuk mendapatkan keberkatan.

Hijir Ismail adalah satu tempat atau ruangan yang terletak di sebelah Kaabah.

Anda boleh solat sunat dua rakaat dan memadai dengan membaca surah-surah yang pendek dan ringkas. Niat solat sunat tersebut adalah seperti berikut:

niat solat sunat di hijr ismail

 Usolli Sunnatan Rak’ataini Lillahi Ta’ala 

“Aku berniat solat sunat dua rakaat kerana Allah SWT.”

Setelah solat bacalah doa Hijr Ismail seperti di bawah ini:

doa di hijr ismail

Allahumma Anta Rabbi Laa Ilaaha Illa Anta Khalaqtani Wa Ana ‘Abduka Wa Ana ‘Ala ‘Ahdika Wa Wa’dika Mas-Tatho’tu A’uuzubika Min Syarrima Sona’tu, Abu-ulaka Bini’matika ‘Alayya Wa Abu-u Bizanbi Faghfirli Fa-innahu La Yaghfiruz-zunuba Illa Anta, Allahumma Inni As-aluka Min Khairi Ma Sa-a-laka Bihi ‘Ibaadukas-solihun, Wa A’uuzubika Min Syarri Mas-ta’aazabika Minhu ‘Ibaadukas-solihun. Allahumma Bi-asmaa-ikal-husna Wa-sifaatikal-‘ulya, Tohhir Qulubana Min Kulli Wasfin Yuba’iduna ‘An Musyahadatika Wa Amitna ‘Alas-sunnati Wal-Jama’ati Was-Syaugi Ila Liqa-ika Ya Zal-Jalali Wal-Ikram. Allahumma Nawwir Bil-‘ilmi Qalbi Was-ta’mil Bitho’atika Badani Wa Khallis Minal-fitani Sirri Wasyghil Bil-i’tibari Fikri, Waqini Syarra Wasawisis-syaiton Wa Akhrijni Minhu Ya Rahman, Hatta la Yakunu Lahu ‘Alayya Sulthon, Rabbana Innana Aamanna Faghfirlana Zunubana Waqina ‘Azaban-nar

“Ya Allah Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan yang disembah sebenar-benarnya melankan Engkau, Engkaulah yang telah menciptakan, aku adalah hamba-Mu berpegang kepada perjanjian dan taat setia terhadap-Mu sedaya upayaku, aku mohon perlindungan dengan-Mu dari dosa yang telah aku lakukan. Aku mengakui limpahan kurnia Engkau ke atasku, aku mengakui juga segala dosa yang telah aku lakukan, maka kiranya ampunilah dosaku itu kerana tiada sesiapa yang boleh mengampunkannya melainkan Engkau juga Ya Allah ya Tuhan, aku memohon kepada Engkau apa yang paling baik yang pernah dipohon oleh hamba-hamba-Mu yang soleh dan aku berlindung dengan-Mu dari sejahat-jahat apa yang pernah diminta perlindungan oleh hamba-hamba-Mu yang soleh. Ya Allah ya Tuhan, dengan keagungan nama-Mu dan dengan sifat-Mu yang Maha Suci dan Mulia, bersihkanlah hati kami dari segala keadaan yang menjauhkan kami untuk memandang kebesaran-Mu, belas kasih-sayang-Mu, matikanlah kami di atas perjalanan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan rasa kecintaan untuk menghadap-Mu, wahai Tuhan yang mempunyai ketinggian dan kemuliaan. Ya Allah ya Tuhan, terangkanlah hatiku dengan ilmu pengetahuan dan jadikanlah tubuh badanku untuk mentaati-Mu, bersihkanlah hatiku dari fitnah dan jadikanlah fikiranku dorongan untuk mengambil iktibar. Peliharalah aku dari was-was syaitan dan keluarkanlah aku dari bahayanya, wahai Tuhan Yang Maha pengasih shinggalah syaitan itu tiada berkuasa ke atasku. Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman dengan-Mu maka ampunilah dosa-dosa kami dan jagalah kami dari azab neraka.”

Doa Minum Air Zam-Zam

Setelah selesai solat sunat dan membaca doa depan Kaabah, seterusnya kita akan melakukan rukun seterusnya iaitu Sa’ie.

Akan tetapi, sebelum meneruskan ibadah untuk menunaikan Sa’ie di Safa dan Marwah, adalah sangat tepat sekiranya anda berehat sambil menghilangkan dahaga dengan meminum air zam-zam.

air zam-zam

Meminum air zam-zam adalah disunatkan sekurang-kurangnya tiga kali tegukan. Anda boleh meminum air tersebut dari mana-mana tong air yang telah disediakan oleh pihak pengurusan Masjidil Haram ataupun mengambilnya secara terus dari paip-paip yang disalurkan dari telaga zam-zam.

Sebelum meminum air zam-zam hendaklah membaca doa seperti berikut:

 Bismillahir-rahmanirrahim Allahumma Inni As-aluka ‘Ilman Naafia Wa Rizqan Waasia Wa Syifa-an Min Kulli Daak 

“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Ya Allah aku mohon kepada-Mu ilmu pengeta-huan yang bermanfaat, rezeki yang luas dan kesembuban dari segala penyakit.”

Semoga panduan ini sedikit sebanyak telah membantu anda.

Anda boleh merujuk panduan penuh bacaan & tatacara lengkap mengerjakan umrah pada pautan ini: CARA MENGERJAKAN UMRAH (PANDUAN LENGKAP)

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila tinggalkan pada ruangan komen di bawah. Saya akan menjawab secepat yang mungkin.

Terima kasih.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments