Carian
Galaxy AI – Saya Tidak Boleh Hidup Tanpa Note Assist
March 1, 2024 Fahim Zahar

Setiap kali kalau saya ke acara pelancaran, aplikasi nota pasti sedia di tangan. Biasanya saya akan menggunakan aplikasi nota yang sedia terbina di dalam peranti atau ketika saya menggunakan dua peranti untuk bekerja, aplikasi nota yang menyokong rentas-platform akan saya gunakan. Tetapi sejak menggunakan Samsung Galaxy S24+, saya tidak boleh move on dengan aplikasi Samsung Notes.

Aplikasi nota Samsung ini dilengkapi dengan ciri AI yang membuatkan saya kerap mencatat nota walaupun untuk tugasan ringan. Ia menyokong membaiki ejaan dan tatabahasa pada nota. Untuk pengetahuan anda ciri ini tidak terhad pada model S24+ sahaja, kerana saya turut mencuba menggunakannya pada Galaxy S24 Ultra dengan S-Pen. Menariknya ciri AI ini turut boleh digunakan sekali. Walaupun tulisan tangan saya buruk, saya tidak perlu risau kerana Galaxy AI sedia membantu.

Nota Lebih Stailo Dengan AI

Saya yakin bukan saya seorang sahaja menulis nota dengan cincai. Apabila saya di acara pelancaran, hos dan wakil jenama sedang menyampaikan maklumat saya akan mencatat nota satu demi satu. Tetapi apabila penyampai semakin laju, nota saya semakin serabut dan sukar dibaca. Dengan Galaxy AI, Note Assist membantu nota saya menjadi lebih kemas seperti ejaan saya diperbetulkan dan tatabahasa saya pun diperbaiki.

Aplikasi nota ini turut menyokong 17 bahasa, jadi tidak kira dalam bahasa apa anda mencatat nota – Note Assist boleh menukar semula format nota yang saya tulis menjadi lebih kemas dengan judul, tajuk kecil, gabungan dengan senarai dan kadangkala turut akan ada warna.

Tulis Tangan Je Pun Boleh!

Jika anda menggunakan Samsung Galaxy S24 Ultra, anda boleh catat dengan S-Pen dan Galaxy AI masih boleh mengesan tulisan anda untuk ia ditulis semula. Saya ada cuba menulis resipi biskut coklat dengan cincai, kemudian tulisan tangan saya tadi diubah menjadi teks yang ditaip.

Tidak cukup dengan itu, nota saya tadi boleh diubah format menjadi senarai resipi seakan ditulis oleh pakar. Pelbagai tema dan format disertakan daripada ringkas, berwarna, bentuk senarai dan dua lagi pilihan tambahan yang pasti menarik perhatian.

Nota Serabut? Pakai AI Rumuskan

Kadangkala, bila sifat malas sudah tiba – nota yang telah ditulis semula dengan AI pun saya malas baca. Nasib baik, Galaxy AI turut boleh membantu pengguna malas seperti saya. Tidak kira nota apa yang saya tulis atau resipi, asalkan ada lebih 200 aksara – nota saya boleh dirumuskan agar ia menjadi lebih ringkas dengan konteks penting disertakan sekali.

Saya kerap menggunakan ciri ini untuk membaca semula berita atau pendapat orang lain mengenai sesuatu gajet. Saya akan salin semula teks dan tampal pada Samsung Note. Tekan ikon Galaxy AI dan pilih Summarise, nota saya terus lebih mudah untuk dibaca.


Jika anda berminat untuk menggunakan ciri Galaxy AI yang menarik ini, anda boleh dapatkan siri Samsung Galaxy S24 pada harga bermula RM4099. Anda turut boleh menikmati tawaran mencapai RM1650 sehingga 29 Februari. Jadi jangan tunggu lagi, terus tekan pautan di bawah untuk mula membeli;

  • E-Baucar bernilai RM500.
  • Rebat tukar-beli mencapai RM1,150.
  • PWP, jimat sehingga RM100 untuk produk Samsung Galaxy Buds tertentu
  • Jimat sehingga RM800 dengan PWP membeli tablet Samsung Galaxy, jam Galaxy Watch atau barangan audio Galaxy Buds tertentu.
  • Potongan harga sehingga 45% untuk Samsung Care+ dan aksesori.

*Penafian, ini adalah advertorial daripada Samsung Malaysia.

Komen