The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-06325606, 2022-04-11 10:36:25

PAKAIAN TRADISIONAL DI MALAYSIA 1

PAKAIAN TRADISIONAL DI MALAYSIA 1

PAKAIAN TRADISIONAL PAKAIAN TRADISIONAL
ORANG MELAYU ORANG CINA

PAKAIAN PAKAIAN TRADISIONAL
TRADISIONAL ORANG INDIA
DI MALAYSIA

PAKAIAN TRADISIONAL
ORANG MELAYU

Baju tradisional Melayu merujuk kepada baju tradisional orang Melayu, terutamanya baju Melayu
dan baju kurung. Selain itu, ia juga termasuk baju kebaya,dr Cfyutjenrhr celana, kain sarung, samping dan
selendang.

Baju melayu yang dipakai oleh orang lelaki

Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh perempuan

Baju ini mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas johor khususnya
pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang dikatakan telah direka oleh Sultan Abu Bakar
pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor Bahru.
Walau bagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu hingga disebut selengkapnya ‘Baju Melayu’.

PAKAIAN TRADISIONAL ORANG CINA

SAMFOO
membawa maksud 'baju dan seluar' dalam bahasa dialek Kantonis. Samfoo dipakai oleh lelaki berketurunan Cina. Pakaian ini terdiri daripada
baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar. Pakaian tradisional ini bukan pakaian tradisional
kaum Cina. Ia diperkenalkan sewaktu Dinasti Ching. Ia adalah pakaian tradisional kepada Orang Manchu.

CHEONGSAM
Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagai pusat perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Kehadiran mereka ini membawa bersama adat resam, budaya dan corak pakaian tradisional yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan.
Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut
peredaran masa dan kesesuaian. Jubah Labuh, Cheongsam, Baju Shanghai dan Samfoo kekal dipakai di dalam majlis dan upacara.
Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina.
Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras lutut. Cheongsam dipakai ketat dan berbelah di kiri dan kanannya.

BELANJA SEKARANG!
JL. NIAGA I NO. 23, BANDUNG

PAKAIAN TRADISIONAL INDIA

Kurta
Kurta pula adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki India di majlis rasmi. Ia merupakan kemeja panjang yang sampai

ke lutut dan lazimnya diperbuat daripada kain kapas atau linen.

Sari



Sari merupakan pakaian tradisional India yang mudah dikenali di seluruh dunia. Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan
kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut, serta choli yang berwarna sama atau setentang dengannya. Kain sari ini dililit pada badan

dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atasbahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain
sari tersebut dari terlucut. Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah


Click to View FlipBook Version