Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4023

MASAK KARI IKAN GUNA IKAN SARDIN AYAM BRAND™, MEMANG SEDAP!

$
0
0
MASAK KARI IKAN GUNA IKAN SARDIN AYAM BRAND, MEMANG SEDAP! | Korang pernah masak tak kari sardin macam ni? Ye laaa dah biasa sangatkan kita buat kari ayam, kari daging, so kali ni kita masak kari sardin guna produk sardin Ayam Brand™ ni. Memang rasa dia lain sikit tapi sedap.

Ada yang pernah cuba, pun mereka kata sedap, yang tak pernah cuba, bolehlah mencubanya, sekali cuba mesti nak lagi. Samalah dengan anak-anak Sis juga, masa Sis nak masak kari sardin ni, anak-anak siap cakap, 'Kari Sardin? Sedap ke Mak?'....hehehehe susah nak jawab, tapi bila dah siap masak, anak rasa dan makan, semua kata sedap, hehehehe haaaa kan sedap kannn...

Senang cakap, rasa kari sardin ni, sama macam ko makan kari ikan kat kedai mamak tu haa, yeee gitulah rasa dia lebih kurang, dia tak sama macam kari ikan kita masak, rasa dia ada special sikit. Susah nak cakap, korang cubalah sendiri ya.



Kempen Komuniti Penyayang 2020 

Sis suka guna produk sardin Ayam Brand™ ni sebab suka akan rasa sosnya tu, secukup rasa dan tak perlu lagi ko kena tambah sos atau garam or serbuk perasa, sekali masak dah cukup sedia untuk di hidang. Untuk masak kari aje kalau korang masak, korang kena masukkan garam, serbuk perasa dan juga gula sikit sebagai bahan perasa.

Dan baru-baru ini Sis berpeluang untuk masak untuk Rumah Pertububan Kebajikan & Rumah Anak-anak Yatim Shafar sempena Kempen Komuniti Penyayang 2020 anjuran Ayam Brand™ Malaysia, dan menu yang Sis masak adalah Roti Jala dan Kari Sardin menggunakan produk Ayam Brand™.



Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

Rumah Pertububan Kebajikan & Rumah Anak-anak Yatim Shafar ni mempunyai seramai hampir 20 orang murid dalam penjagaannya yang terletak di Kampung Pasir, Johor. Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbangkan lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, seterusnya menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 buah organisasi dan NGO amal sejak 12 tahun lalu.

Makanya tidak hairanlah kan jenama Ayam Brand™ ni memang di sukai ramai dan menjadi pilihan utama para surirumah masa kini, termasuk juga Sis hehehe.

Di kesempatan ini juga, Sis amik peluang ini dapat menyediakan makanan kepada rumah kebajikan itu dan dapat menyediakan sebanyak hampir 60 paket/bekas makanan untuk di hantar dan diberikan kepada Rumah Pertubuhan Kebajikan & Rumah Anak-anak Yatim Shafar ini.



Kari Ikan Sardin Dan Roti Jala 

Seawal jam 7am Sis dan anak-anak dah bersiap sedia untuk menjala dan memasak. Sis siapkan bahan untuk menjala, dan anak-anak serta Suami membantu menyediakan bahan untuk memasak Kari Sardin. Semua kerja jadi senang bilamana semua bekerjasama dan bahan yang nak di masak pun telah sedia ada stok kat rumah.

Roti jala yang Sis buat tu, Sis gunakan Santan Light Ayam Brand™, supaya rasa rotijala tu lemak-lemak sedap di makan bila cecah dengan kari sardin, tidak letak terlalu banyak santannya, hanya setengah kotak santan tu sahaja. Dan untuk kari sardin, semestinya Sis guna Sardine Ayam Brand™ yang besar dan penuh isi di dalamnya.

Untuk masak kari sardin tu, bahan dan cara sama je macam masak kari biasa, cuma korang kena masak kuah karinya dulu, didihkan sampai lobak dan kentangnya empuk, baru korang tuang kari sardin tu masuk dalam periuk. Anggaran jika 5 tin korang guna, so hanya 3 tin sahaja korang tuang sepenuhnya dengan sos, baki 2 tin lagi, korang hanya perlu amik isi ikannya sahaja, kuah sosnya korang jangan tuang. Faham tak?..tak faham baca sekali lagi hehehehe.



Pertubuhan Kebajikan & Rumah Anak-anak Yatim Shafar Johor Bahru

Siap semua masak, barang pun dah pek semua, Sis sekeluarga terus bersiap dan bertolak ke Rumah Pertububan Kebajikan & Rumah Anak-anak Yatim Shafar. Temujanji Sis dengan pihak mereka sekitar jam 12.30pm. Kalau dari rumah Sis hanya 28km dan makan masa hanya 25 minit sahaja untuk sampai, tidaklah terlalu jauh..

Dan bukan Sis sebagai blogger Johor sahaja yang join sama, tapi ada Farahuda dan juga Aleya yang turut sama join dalam Kempen Komuniti Penyayang 2020 ini. Mereka juga ada bawa masakan sendiri masing-masing juga. Semua masakan kami, kami guna produk Ayam Brand.

Waktu Sis sampai rumah anak yatim Shafar tu, anak-anak jagaan semua sedang bersiap. Ye laa kami pun faham, tidak boleh semua datang berkumpul sama, kami dah di beri araham terlebih dahulu, kita kena ikut SOP dan jaga penjarakkan sosial, so Sis sampai sana, hantar makanan, kemudian berbual sekejap dengan pentadbir Pertubuhan Kebajikan Shafar Johor Bahru, Puan Fauziah Shaik Omar, then Sis terus pulang. Tidak boleh lama-lama di sana. Kena fikir juga kesihatan anak-anak tu kan..

Gambar Kredit dari Farahuda 


Pantri Komuniti 'Gerobok Rezeki' 

Sempena dengan Kempen Komuniti Penyayang 2020 ini, pihak Ayam Brand™ Community Care juga telah menyediakan Pantri Komuniti 'Gerobok Rezeki', di mana semua penduduk boleh datang ambil bahan makanan di dalam pantri tersebut secara percuma mengikut keperluan masing-masing.

Pantri kalis cuaca ini dipasang di hadapan rumah kebajikan tersebut supaya penjarakkan sosial dapat dilaksanakan. Ia terbuka untuk kegunaan umum 24 jam. Penduduk akan menghantar maklumat mengenai pantri makanan ini menerusi kumpulan komuniti di media sosial dan aplikasi Whatsapp, manakala anak-anak yang tinggal di rumah kebajikan ini diberi tugas menambah produk Ayam Brand™ tersebut setiap hari .

Inisiatif pantri makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand™ dan 13 buah rumah kebajikan dari seluruh negara kini giat membantu pertubuhan amal dan memperkasakan mereka untuk membantu komuniti setempat yang memerlukan.

Respon terhadap inisiatif ini amat menggalakkan dengan peruntukan harian produk Ayam Brand™ seperti tuna, kacang panggang, kacang pea, nanas dalam tin dan santan kelapa laku di kalangan penduduk, dan barang keperluan lain ditambah dengan sokongan padu daripada ahli komuniti.

Manakala mereka yang ingin menyumbang, boleh sumbangkan makanan kering, snek, alat tulis, produk pencuci dan barangan keperluan lain juga .

Kami bersama pentadbir Pertubuhan Kebajikan Shafar Johor Bahru, Puan Fauziah Shaik Omar (Berbaju Hitam 2 dari kanan)

Pantri makanan #AyamWithYou terletak di No. 15, Jalan Limau, Kampung Pasir, 81200 Johor Bahru, Johor. Jadilah sebahagian daripada usaha murni ini untuk memberi dan menerima barang keperluan ini. Kongsikan kepada mereka yang memerlukan.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, layari https://www.ayambrand.com.my

#AyamBrandMy
#AyamBersamaMu
#AyamWithYou


P/S: Syukur alhamdulilah...semuanya dipermudahkan. Terima kasih anak-anak dan Suami yang banyak membantu ❤ ..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4023

Latest Images

Pangarap Quotes

Pangarap Quotes

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Trending Articles


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Lola Bunny para colorear


Dino Rey para colorear


Girasoles para colorear


Dibujos de animales para imprimir


Renos para colorear


Dromedario para colorear


Angry Quotes Tagalog – Best Patama Quotes


Love Quotes Tagalog


RE: Mutton Pies (mely)


Pokemon para colorear


Kung Fu Panda para colorear


Libros para colorear


Mandalas de flores para colorear


Dibujos para colorear de perros


Toro para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


Mga Tala sa “Unang Siglo ng Nobela sa Filipinas” (2009) ni Virgilio S. Almario





Latest Images

Pangarap Quotes

Pangarap Quotes

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC