Pantun Merdeka 4 Kerat Sempena Bulan Kemerdekaan Malaysia

Merdeka bakal tiba lagi beberapa hari sahaja lagi. Kalini blogr hendak berkongsikan pantun merdeka untuk anda kongsikan di media sosial.

Sempena bulan kemerdekaan ini sama-sama kita hayati erti kemerdekaan dan juga erti bendera negara kita iaitu jalur gemilang bendera Malaysia.

Terdapat pelbagai aktiviti dilaksanakan sempena merdeka ke 66 yang bakal tiba 31 Ogos 2023 ini oleh agensi samada kerajaan mahupun swasta. Antaranya ialah

  • Pertandingan baju tema merdeka
  • Pertandingan pantun merdeka
  • Sketsa lakonan merdeka
  • Nyanyian lagu merdeka
  • Pertandingan video pendek merdeka
  • Pertandingan pakaian tradisional merdeka
  • Kuiz pantun merdeka
  • Video tiktok merdeka
  • Deklamasi sajak merdeka
  • Deklamasi puisi merdeka

Pantun Merdeka Dengan Background

pantun merdeka 2 kerat
pantun merdeka 4 kerat
pantun merdeka 2023
pantun merdeka madani
pantun merdeka sekolah rendah
pantun merdeka tahap 1
pantun merdeka

Pantun Merdeka 4 Kerat

Laungan merdeka suara keramat,
Ribuan hadir pelbagai bangsa;
Malaysia kini negara berdaulat,
Semangat berjuang penuh perkasa.

Berjalan-jalan di Pulau Pinang,
Singgah sebentar di tepi jeti.
Jasa tokoh harus dikenang,
Maruah negara dibawa mati.

Jalur Gemilang Bendera Malaysia,
Berkibar megah kebanggaan kita,
Sambutan kemerdekaan besar ertinya,
Hindar dijajah, jauhi sengketa.

Melilit dahan si akar tuba,
Anak belalang disambar ikan,
Bulan kemerdekaan telah tiba,
Jalur gemilang kita kibarkan.

Pokok nangka dipaut gajah,
Pisang di baruh hancur lumat,
Bumi merdeka jiwa dijajah,
Mudah terpengaruh kufur nikmat.

Di pokok kuini sarang tebuan,
Buah bidara dimakan ungka,
Malaysia madani teras pepaduan,
Melayari bahtera jiwa merdeka.

Beratus tahun negara dijajah,
Portugis Belanda Inggeris dan Jepun,
Kini Malaysia berdiri megah,
Pelbagai langkah telah disusun.

Cili api lemak rebung,
Menambat selera kuahnya pekat,
Bahasa jadi teras penghubung,
Pengantara warga capai sepakat.

Dihias berseni langsir jendela,
Duduk perindu di atas dipan,
Malaysia madani hasrat nirmala,
Tekad berpadu penuhi harapan.

Anak cilik comel orangnya,
Laungan Merdeka bergema megahnya,
amalan baik sihat budayanya,
Sayangi perpaduan abadi selamanya.

Pandangan permai menyerlah,
Sungguh harmoni kibaran bendera,
Perpaduan semai di sekolah,
Teguh madani harapan negara.

Jalan berteman membawa parang,
Di balik ara sembunyi sementara,
Jadi pedoman generasi sekarang,
Kemerdekaan negara harus dipelihara.

Tempat berpegang menyeberang lalu,
Jalan berteman membawa parang,
Sebagai mengenang pejuang dahulu,
Jadi pedoman generasi sekarang.

Tali kasar dipintal anak dara,
Tempat berpegang menyeberang lalu,
Cerita berkisar sejarah negara,
Sebagai mengenang pejuang dahulu.

Rendah cabang ikat kanopi,
Tali kasar dipintal anak dara,
Sambil sembang mencicip kopi,
Cerita berkisar sejarah negara.

66 tahun telah berlalu,
Negara kita mencapai merdeka,
Rakyat Malaysia berganding bahu,
Menjaga keharmonian negara tercinta.

Jalur Gemilang Bendera Malaysia,
Berkibar megah kebanggaan kita;
Sambutan kemerdekaan besar ertinya,
Hindar dijajah, jauhi sengketa.

Cantik Cik Siti berketurunan Jawa,
Menjadi tumpuan rindu tatapan,
Bersatu hati bersihkanlah jiwa,
Tekad perpaduan penuhi harapan.

Bunga raya bunga kebangsaan,
Diganti jangan harus dipelihara,
Sejahtera negara bersaksikan awan,
Malaysia Madani tunjang perpaduan

Sumber gambar: CANVA

Jangan lupa juga ayat pickup line sempena merdeka. Mesti ramai tercaroi-cari.

Leave a Comment