Sardin Tin Masak Kicap
Masak Apa Untuk 1?
Kalau dahulu saya memang gemar makan ikan sardin tin tapi saya suka jenama King Cup dan Ayam Brand tetapi sejak akhir-akhir ni saya langsung tak mahu menjamah mahupun merasa walaupun sedikit ikan sardin tin. Mungkin deria rasa saya seperti emak saya dan kakak saya (yang nombor dua), kini lengkap kami bertiga di dalam ahli keluarga kami yang tak makan sardin tin. Kalau masak pun hanya untuk ahli keluarga sendiri sahaja. Memang favourite suami dan anak-anak ikan sardin tin kalau dimasak asam pedas, masak kicap, masak kari dan diperah jus limau nipis dimakan bersama bawang holland dan cili potong, perghhh! Memang berselera sungguh mereka. Hari ni suami minta dimasakkan masak kicap. Satu tin sederhana tu dia boleh habiskan dengan nasi putih je pun dah cukup.
Ramuan
-
1 tin ikan sardin (260 gm)
-
1/2 labu bawang merah bombay (dihiris)
-
2 ulas bawang putih (dihiris)
-
1 batang serai (diketuk)
-
1 inci halia (dihiris halus)
-
6-7 lembar daun kari
-
2 biji cili kering (dibelah dua)
-
1/2 senduk minyak masak
-
1/2 cawan air
-
5 sudu besar kicap masin
-
1/2 sudu kecil serbuk perasa
-
1 sudu kecil gula
Cara Memasak
-
1
Panaskan minyak masak dan tumis serai, halia hingga sedikit kekuningan. Masukkan bawang merah, bawang putih, cili kering dan daun kari. Kacau hingga naik bau.
-
2
Masukkan ikan sardin dan air. Kacau rata, masukkan kicap, gula dan serbuk perasa. Masak lagi hingga kuah nya sedikit pekat dan tutupkan. Sedia untuk dihidangkan.
Komen (4)