Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

Masak Apa Untuk 1?
Kalau dahulu saya memang gemar makan ikan sardin tin tapi saya suka jenama King Cup dan Ayam Brand tetapi sejak akhir-akhir ni saya langsung tak mahu menjamah mahupun merasa walaupun sedikit ikan sardin tin. Mungkin deria rasa saya seperti emak saya dan kakak saya (yang nombor dua), kini lengkap kami bertiga di dalam ahli keluarga kami yang tak makan sardin tin. Kalau masak pun hanya untuk ahli keluarga sendiri sahaja. Memang favourite suami dan anak-anak ikan sardin tin kalau dimasak asam pedas, masak kicap, masak kari dan diperah jus limau nipis dimakan bersama bawang holland dan cili potong, perghhh! Memang berselera sungguh mereka. Hari ni suami minta dimasakkan masak kicap. Satu tin sederhana tu dia boleh habiskan dengan nasi putih je pun dah cukup.

Baca lagi
Edit resipi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 tin ikan sardin (260 gm)
  2. 1/2 labu bawang merah bombay (dihiris)
  3. 2 ulas bawang putih (dihiris)
  4. 1 batang serai (diketuk)
  5. 1 inci halia (dihiris halus)
  6. 6-7 lembar daun kari
  7. 2 biji cili kering (dibelah dua)
  8. 1/2 senduk minyak masak
  9. 1/2 cawan air
  10. 5 sudu besar kicap masin
  11. 1/2 sudu kecil serbuk perasa
  12. 1 sudu kecil gula

Cara Memasak

  1. 1

    Panaskan minyak masak dan tumis serai, halia hingga sedikit kekuningan. Masukkan bawang merah, bawang putih, cili kering dan daun kari. Kacau hingga naik bau.

  2. 2

    Masukkan ikan sardin dan air. Kacau rata, masukkan kicap, gula dan serbuk perasa. Masak lagi hingga kuah nya sedikit pekat dan tutupkan. Sedia untuk dihidangkan.

Reaksi

Komen (4)

FZ Adzlin
FZ Adzlin @NOADZ17
Tak pernah msak kicap..next time Alin boleh try...👍👍

Ditulis oleh

Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan dan dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡 “No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi