spot_img
HomeSemasa3 maut dalam kemalangan jalan raya di Sandakan

3 maut dalam kemalangan jalan raya di Sandakan

SANDAKAN: 3 penumpang kereta maut dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kenderaan di Jalan Lintas Sibuga, Sandakan, hari ini.

Mangsa yang terkorban dalam kemalangan itu merupakan 3 orang lelaki dewasa yang belum dikenal pasti identitinya.

Menurut Pegawai Operasi PBK II Chauslim Sunsubin, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan menerima panggilan pada jam 11.40 hari ini, yang melaporkan kemalangan melibatkan kenderaan jenis Proton Saga FLX yang dilaporkan terbabas sendiri di bahu jalan.

“Terdapat 3 orang mangsa terlibat dalam kemalangan yang disahkan meninggal di lokasi kejadian oleh pihak KKM.

Menurut Chauslim, 2 orang mangsa dikeluarkan dan dihantar ke Hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan Bomba, manakala 1 orang lagi mangsa yang tersepit telah berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba yang beroperasi.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak KKM dan PDRM untuk tindakan lanjut manakala operasi keseluruhan tamat pada jam 12.06 tengah hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular