Oleh Abd Razak Osman
14 Oktober 2023, 13:02

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Sungai Petani – “Tulisan tangan ada bermacam-macam cara dan gayanya, banyak rahsia seseorang yang dapat diketahui melalui bentuk tulisan tangannya”, berikut kata YBrs. Dr. Azura Hashim dalam Seminar Executive Lecture Series bertajuk “Rahsia Tulisan Tangan” anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Utara, yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, Jalan Kuala Ketil, Sungai Petani, Kedah, semalam.
YBrs. Dr. Azura Hashim bergambar bersama-sama peserta Seminar “Rahsia Tulisan Tangan”.

Sebanyak 190 orang penjawat awam dari pelbagai jabatan kerajaan negeri Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang telah menyertai seminar tersebut.

Seminar yang berlangsung selama tiga jam itu telah dikendalikan oleh Pengarah Medipro Ventures Sdn. Bhd. YBrs. Dr. Azura Hashim.
Menurut YBrs. Dr. Azura Hashim.
” Saya perlu sebarkan ilmu seumpama ini, termasuklah kepada kakitangan kerajaan kerana banyak rahsia seseorang yang dapat kita lihat melalui bentuk tulisan tangannya.”
Menurutnya lagi, kakitangan kerajaan juga tidak terkecuali daripada kesan rahsia tulisan tangan yang dapat menggambarkan keperibadian seseorang, antaranya termasuklah sikap cuai, emosi, sedih, tekanan hidup dan kerisauan tentang masa hadapan.
Tambah Dr. Azura Hashim lagi,
“Melalui tandatangan, kita boleh mengetahui gelagat dan perangai seseorang, termasuklah mengetahui rakan di tempat kerja itu melaksanakan sesuatu pekerjaan secara ikhlas atau sebaliknya.”
YBrs. Dr. Azura Hashim telah menerbitkan hampir 10 buah buku mengenai rahsia tulisan tangan dan kesemua buku tersebut amat menarik untuk dibaca oleh sesiapa sahaja.
YBrs. Dr. Azura Hashim (kanan) menghadiah sebuah buku tulisannya kepada seorang peserta seminar, Nor Alieza Ahmad dari Pulau Pinang.

Pengurus seminar tersebut, Encik Yusman Hambali Ahmad berkata,

“Banyak maklumat menarik yang boleh diketahui oleh kakitangan kerajaan melalui ceramah YBrs. Dr. Azura Hashim mengenai rahsia tulisan tangan.”
Turut hadir sama dalam seminar tersebut ialah Pegawai Perunding Latihan Kanan Unit Pengukuhan Pasukan INTAN Wilayah Utara, Encik Ramzi Akmal Hassan.
Encik Yusman Hambali Ahmad (kanan) menyaksikan YBrs. Dr. Azura Hashim menandatangani buku lawatan sambil diperhatikan oleh Pegawai Perunding Latihan Kanan Unit Pengukuhan Pasukan INTAN, Encik Ramzi Akmal Hassan.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.