Malaysia
The Ultimate Name Of Herbal Products In Malaysia
Ikan Linang - Satu Nama Unggul Yang Pasti Menemui Citarasa Dan Kepuasan Anda
[Minyak Linang Jantan] [Linang Serapat] [Linang Puteri] [Linang Jago]
[Linang Insul] [Jamu Ikan Linang] [Penawar Gendut]
ANGUILLA MAURITIANA yang dikenali sebagai Linang Kuning adalah sejenis ikan air tawar yang bertelur dalam laut dalam. Terdapat berbagai spesis ikan linang dan boleh didapati di seluruh dunia tetapi ikan linang spesis Mauritiana ini bertelur di Lautan Hindi yang dalam hampir 6,000 meter.

Selepas bertelur ibu linang akan mati dan telurnya terapung serta menetas menjadi larva yang dikenali sebagai LEPTOCEPHALUS. Larva dengan perlahan menjadi Linang kecil dan dibawa arus lautan luas sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun lamanya untuk sampai ke Benua-benua yang paling hampir. Ianya berenang menentang arus menuju ke pinggir pantai untuk masuk ke muara sungai. Sekali lagi linang tersebut terpaksa melawan arus untuk masuk ke air tawar untuk membesar.

Kadang kala Linang terus menentang arus hingga ke kawasan pergunungan di mana ada air terjun. Bila tempoh matangnya tiba atau ingin bertelur, linang tersebut akan mundik ke muara untuk kembali ke lautan dalam untuk bertelur dan mati. Begitulah kitaran seterusnya. Linang jenis Mauritius ini ditemui oleh Ahli Sains dari Kepulauan Maritius.

PERAKUAN PENDAFTARAN

Siri Produk Kesihatan Ikan Linang telah didaftarkan dibawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984 Peraturan 8(8) Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Kementerian Kesihatan Malaysia
dengan nombor perakuan: MAL19950850T bertarikh 23 May 1996

Ianya mendapat pengiktirafan disamping kelulusan Kementerian Kesihatan, berikutan hasil kajian beberapa pakar termasuk pakar perubatan di Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dijalankan sejak 1994. Hasil kajian tersebut mendapati bahawa kandungan asid lemak ikan linang kira-kira 10 -15% lebih tinggi berbanding ikan kod.

Produk kesihatan Ikan Linang ini dikeluarkan oleh *Linang Best Industry Sdn Bhd*

KHASIAT IKAN LINANG KUNING - Jenis Anguillia Maurities

Linang Kuning mengandungi Asid Lemak (Arachiodonic Acid) yang tinggi dan berupaya membantu manusia mengeluarkan Hormon Prostaglandin bagi bertindak di antaranya untuk; Menguatkan anggota sulit kaum lelaki, mengelakkan penyakit mati pucuk, menguatkan tenaga manusia, merangsang hubungan kelamin, menambahkan antibodi dan tenaga fizikal, membuang air, angin dan lemak berlebihan dalam badan, mengurangkan gula dalam darah, melancarkan perjalanan darah serta menjaga kesihatan kulit.
 
 

[ Home ] [ Payment ] [ Contact Us ]

 
Copyrights © 2002 eHealthCare Trading. All Rights Reserved.

Designed & Programmed by : hanafiah@terasworld.com