Hari Merdeka & Hari Kebangsaan Malaysia – Sejarah & Trivia

Hari Kebangsaan atau Hari Merdeka disambut pada 31 Ogos setiap tahun sebagai memperingati jasa-jasa pejuang negara di samping membangkitkan semangat patriotisme serta penyatuan kaum yang amat sinonim dengan peristiwa tersebut.

Sambutan Hari Kebangsaan lazimnya disambut dengan begitu meriah di Dataran Merdeka atau Putrajaya dan ia menjadi acara tumpuan rakyat Malaysia serta pelancong luar negara.

Pelbagai persembahan kebudayaan akan mewarnai acara dan nyanyian lagu patriotik akan diputarkan serta disiarkan  secara langsung di kaca televisyen serta media sosial.

Perarakan ini akan membabitkan beribu-ribu peserta dari Perkhidmatan Awam, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Sektor Swasta, Ketenteraman Awam dan Keselamatan Negara.

Antara pertunjukan yang menarik perhatian adalah pertunjukan oleh aset milik pasukan keselamatan dan ketenteraman awam negara, termasuk Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Pertunjukan terbang lintas pesawat udara dan terbang lintas helikopter yang menggegarkan ruang udara juga merupakan antara acara yang ditunggu-tunggu setiap tahun.

Kronologi Ringkas Hari Merdeka 31 Ogos 1957

Sejarah Malaysia bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar tahun 1400 Masihi.

Pada zaman kegemilangannya, wilayah kesultanan ini meliputi sebahagian besar Semenanjung dan Pantai Timur Sumatera.

Setelah kejatuhan Melaka, Tanah Melayu jatuh ke tangan penjajah yang bertukar tangan daripada kuasa Portugis, Belanda dan British.

Kemaraan tentera Jepun ke Tanah Melayu pada 8 Disember 1941 hingga 15 Februari 1942 menandakan bermulanya satu lagi era penjajahan di Tanah Melayu.

Walaubagaimanapun, Jepun yang menduduki Tanah Melayu sehingga tahun 1945 menyerah kalah ekoran pengeboman bom atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki.

Pada 1 April 1946, British menubuhkan Malayan Union yang mendapat tentangan daripada orang Melayu kerana penghapusan institusi diraja dan hak keistimewaan orang-orang Melayu.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menaikkan semangat perjuangan penduduk Tanah Melayu ketika itu apabila tindakannya membentuk Parti Perikatan pada 1952 mula membuka mata British untuk membenarkan penduduk Tanah Melayu mentadbir sendiri negara ini.

Rentetan peristiwa itu, perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah menampakkan hasil apabila Perjanjian London yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 telah memberi petanda bahawa Persekutuan Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957.

Sekembalinya Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dari London, Tunku telah membuat pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Padang Bandar Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956.

Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan secara rasmi tepat jam 9.30 pagi pada 31 Ogos 1957.

Upacara Pemasyhuran Kemerdekaan ini berlangsung di Stadium Merdeka dengan disaksikan lebih 20,000 orang termasuklah Raja-Raja Melayu, tetamu-tetamu khas dari luar negara, anggota-anggota kabinet Kerajaan Persekutuan dan rakyat jelata.

Trivia & Info Menarik

[TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2023] RUKUN NEGARA

Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh.

Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.

Sumber :

Jabatan Penerangan Malaysia

KENALI BUNGA RAYA BUNGA KEBANGSAAN

SENARAI PERDANA MENTERI MALAYSIA

hari kebangsaan merdeka malaysia
hari kebangsaan merdeka malaysia
hari kebangsaan merdeka malaysia
hari kebangsaan merdeka malaysia
hari kebangsaan merdeka malaysia
hari kebangsaan merdeka malaysia
hari kebangsaan merdeka malaysia

Baca juga: Senarai Perdana Menteri Malaysia & Biodata Ringkas