Doa Masuk Tandas & Keluar Tandas

Doa Masuk Tandas & Keluar Tandas

Islam adalah agama yang menyeluruh. Terdapat panduan dan doa yang dianjurkan untuk diamalkan dalam kehidupan seharian untuk memohon perlindungan, keberkatan dan rahmat Allah. Ini termasuklah apabila kita hendak masuk dan keluar tandas. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

BACA JUGA: Doa Nabi Sulaiman Agar Dikurniakan Rezeki Yang Melimpah

Doa Masuk Tandas

Dalam kehidupan seharian, sudah pasti tandas adalah salah satu tempat yang menjadi ‘lokasi wajib’ dikunjungi setiap hari. Tidak kiralah sama ada untuk mandi, berhadas kecil/besar dan sebagainya. 

Apabila hendak masuk ke tandas, kita dianjurkan untuk berdoa seperti dibawah:

Daripada Anas bin Malik RA:

كَانَ النَبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم إِذَا دَخَلَ الخَلَاءَ قَالَ :  اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ 

Maksudnya: Apabila Nabi SAW ingin memasuki tandas. Baginda bersabda: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan lelaki dan syaitan wanita”.

[Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 139]
Doa Masuk Tandas & Keluar Tandas

Doa Keluar Tandas

Setelah keluar dari tandas, berikut ialah lafaz doanya:

غُفْرَانَكَ الْحَمْدُ لِلهِ الذي أَذْهَبَ عَنِّيْ الْأَذَى وَعَافَانِيْ اللهم اجْعَلْنِيْ مِنَ التَّوَّابِيْنَ وَاجْعَلْنِيْ مِنَ الْمُتَطَهِّرِيْنَ. اللَّهُمَّ طَهِّرْ قَلْبِيْ مِنَ النِّفَاقِ وَحَصِّنْ فَرْجِيْ مِنَ الْفَوَاحِشِ

Maksudnya: “Dengan mengharap ampunanmu, segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan penyakit dari tubuhku, dan menyihatkan aku. Ya Allah, jadikanlah aku sebagian dari orang yang bertaubat dan jadikanlah aku sebagian dari orang yang suci. Ya Allah, bersihkan hatiku dari kemunafikan, dan jaga kelaminku dari perbuatan keji (zina).”

Doa Masuk Tandas & Keluar Tandas

Kenapa Perlu Berdoa?

Membaca doa sebelum masuk tandas adalah penting agar kita terlindung daripada syaitan-syaitan yang mendiami tempat-tempat najis dan tempat terbukanya aurat.

Daripada Zaid bin Arqam RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: 

إِنَّ هَذِهِ الْحُشُوشَ مُحْتَضَرَةٌ ، فَإِذَا أَتَى أَحَدُكُمْ الْخَلَاءَ فَلْيَقُلْ : أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الْخُبُثِ

 Maksudnya: “Sesungguhnya tempat membuang hajat didiami oleh syaitan, jika salah seorang di antara kalian ingin memasuki tandas, maka ucapkanlah: أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الْخُبُثِ”. [Riwayat Abu Daud, no. Hadith 5]

Setelah selesai dan keluar daripada tandas, kita berdoa sebagai ungkapan rasa syukur serta memohon agar diberi kesihatan yang baik. Selain itu, kita mengharapkan agar disucikan juga hati daripada sifat-sifat buruk bukan sekadar suci luaran sahaja. 

Adab Masuk & Keluar Tandas

Adab Masuk TandasAdab Keluar Tandas
Memasuki Tandas dengan Kaki KiriKeluar dari Tandas dengan Kaki Kanan
Membaca Doa Masuk TandasMembaca Doa Keluar Tandas
Menggunakan Kelengkapan Dengan Baik & BerhemahMemastikan Tiada Kotoran Tertinggal 
Tidak Terlalu Lama Di Dalam TandasMembersihkan Diri Sebaiknya
Tidak Mengganggu Privasi Orang Lain Mencuci Tangan Dengan Sabun 
Tidak Membazir Menggunakan AirTidak Meninggalkan Barang Peribadi

RUJUKAN: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/1115-irsyad-al-hadith-siri-ke-75-doa-masuk-tandas-serta-feqahnya 

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!