Está en la página 1de 3

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM DI MALAYSIA

Baju Kurung
Baju kurung lazimnya diketahui sebagai sejenis baju longgar yang
labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain
panjang yang berlipat tepi. Ianya meliputi seluruh tubuh,
memperlihatkan wajah dan tangan sahaja,dilihat sebagai mematuhi
peraturan berpakaian Islam.

Baju Melayu Lelaki


Baju Melayu merupakan pakaian lelaki Melayu yang terdiri daripada
dua jenis iaitu Baju Teluk Belanga dan Baju Cekak Musang. Baju ini
biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan,
kenduri-kendara dan juga bagi menunaikan Solat Jumaat. Baju
Melayu merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar
panjang. Pakaian ini selalunya diganding dengan kain samping yang
diikat di bahagian pinggang.

Cheongsam
Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai
pada upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan
semasa Tahun Baru Cina.Cheongsam mempunyai leher yang tinggi,
butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan
belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian ini selalunya diperbuat
daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis kain lembut.
Samfu

Samfu membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis.


Samfu merupakan pakaian kaum Cina. Samfu diperbuat daripada
kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus. Samfu dipakai
oleh lelaki berketurunan Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang
longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai
bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu.

Sari

Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan India dan ia


adalah pakaian seharian dan turut dipakai pada musim perayaan.
Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang
bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau
di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari
terlucut.

Kurta

Pakaian tradisional bagi lelaki kaum india.Kemeja panjang yang


sampai ke lutut yang diperbuat daripada kain kapas atau lime dan
sutera.Kurta ini pada kebiasaanya akan dipakai bersama salwar
longgar,seluar longgar atau seluar churidar.Kurta pijama adalah
kurta yang dipakai oleh pemakainya bersama pijama dimana kurta
pijama ini kebanyakkan dipakai ketika majlis-majlis rasmi.
PAKAIAN ETNIK KADAZAN

Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari Penampang.


Lelakinya memakai baju gaung, seluar souva, bengkung toogot
dan pakain kepala yang disebut siga. Wanita memakai baju
pendek sinuangga, kain labuh tapi dan selendang batik dilengkapi
tali pinggang himpogot.

PAKAIAN SUKU KAUM MURUT

Pakaian Adat suku kaum Murut. Lelaki memakai jaket barbaru dan
cawat dari kulit kayu puputul yang dilukis dengan motif dari manik
atau warna. Perhiasan kepalanya tupi sinulatan juga dari kulit
kayu. Wanita menggayakan pakaian pinongkolo dari kain kapas
berhiaskan motif sarat dari manik-manik berwarna-warni.
Perhiasan diri juga dari manik seperti rantai rarangkol dan hiasan
kepala salupai.

PAKAIAN SUKU KAUM BAJAU

Pasangan suku kaum Bajau menggayakan pakaian adat


perkahwinan dan kebesaran. Pakaian lelaki dari kain satin berhias
renda dan pakaian wanita juga dari satin yang dilengkapi dengan
mandapun dan tali pinggang. . Pakaian tradisi biasanya dipakai
pada sesuatu majlis dan perayaan yang disambut oleh kaum
bajau. Samaada majlis kahwin adalah salah satu. Baju ini dipakai
ketika majlis kahwin kerana ingin melambangkan suatu adat
tersebut.

También podría gustarte