May 20, 2024

medinilla1

Pokok Medinilla atau nama saintifiknya Medinilla magnifica merupakan sejenis pokok renek yang boleh mencapai ketinggina 1-2 meter. Daunnya berurat kasar, berbentuk bujur dan tidak bertangkai.  Jambak bunga terbit dari ketiak daun dan biasanya berjuntai ke bawah. Bunganya memang lebat dan bewarna ungu mempunyai keunikan yang tersendiri. Memang sesuai dijadikan tanaman hiasan di luar bangunan atau di taman-taman.

medinilla21

Pokok ini memang biasa ditemui di tanah tinggi yang berhawa sederhana sejuk. Setakat ini 2 tempat yang pernah aku temui pokok ini ialah di Cameron Highlands dan Bukit Tinggi. Saya tidak pasti samada pokok ini boleh juga ditanam di tanah rendah. Mungkin ada yang pernah menanam pokok ini diharap boleh kongsikan di sini.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :14118

3 thoughts on “Pokok Medinilla

  1. Mudah didapati di sg buloh. Saya pernah tanam 2 x. Tapi tak hidup. Says letak di tempat redup, mungkin sebabnya mati. Mungkin perlu sinaran cahaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam