Enjoying your free trial? Only 9 days left! Upgrade Now
Brand-New
Dashboard lnterface
ln the Making
We are proud to announce that we are developing a fresh new dashboard interface to improve user experience.
We invite you to preview our new dashboard and have a try. Some features will become unavailable, but they will be added in the future.
Don't hesitate to try it out as it's easy to switch back to the interface you're used to.
No, try later
Go to new dashboard
Like
Share
Download
Create a Flipbook Now
Read more
TANAH MELAYU PADA ZAMAN PENJAJAHAN BRITISH Read More
Home Explore TANAH MELAYU PADA ZAMAN PENJAJAHAN BRITISH
Publications:
Followers:
Follow
Publications
Read Text Version
More from RAK BUKU MAYA PSS STAND2
P:01

TANAH MELAYU PADA ZAMAN PENJAJAHAN BRITISH NILAM SEJARAH SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

P:02

PENGENALAN British mula campurtangan di Tanah Melayu bermula 11 Ogos 1786 apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang. Pada 16 Februari 1819, Stamford Raffles berjaya menduduki Singapura melalui perjanjian antara Tengku Long dan Temenggung Abd Rahman. Perjanjian Inggeris- Belanda 1824 membuka jalan British menguasai Tanah Melayu. Inggeris berjaya menguasai Pulau Pinang, Melaka dan Singapura dan dikenali Negeri-negeri Selat pada tahun 1826. Selepas perjanjian Pangkor 1874, Inggeris mula campurtangan di negeri-negeri Melayu secara langsung dengan memperkenalkan sistem Residen. Wujud 3 unit pentadbiran British di Tanah Melayu iaitu Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.

P:03

FAKTOR-FAKTOR CAMPURTANGAN INGGERIS 1.FAKTOR EKONOMI • Berlaku Revolusi Perindustrian pada pertengahan abad ke-19 di Eropah (industri mengetin makanan) • Tanah Melayu sebagai tempat pengeluar utama bijih timah. • Selangor dan Perak negeri pengeluar utama.

P:04

FAKTOR-FAKTOR CAMPURTANGAN INGGERIS • 2. FAKTOR KEADAAN ANARKI Masalah perang saudara antara pembesar. Perang Saudara (1867- 1873) antara Tengku Kudin vs Raja Mahadi di Selangor. • Di Perak berlaku pergaduhan antara kon gsi gelap Hai San dan Ghee Hin • Kegiatan pelanunan

P:05

FAKTOR-FAKTOR CAMPURTANGAN INGGERIS • 3. FAKTOR KEBIMBANGAN CAMPUR TANGAN KUASA-KUASA ASING • Kebimbangan British terhadap kuasa Barat seperti Russia, Perancis, Itali dan Jerman.Mereka bersaing untuk meluaskan jajahan takluk masing-masing. • Kuasa-kuasa tersebut boleh menjalinkan hubungan ekonomi dengan Negeri-Negeri Melayu.

P:06

PERJANJIAN INGGERIS - BELANDA Perjanjian Inggeris-Belanda termeterai pada 17 Mac 1824 di London. Antara faktor yang mendorong kepada perjanjian ini ialah persaingan perdagangan di Timur dan dasar persahabatan Inggeris-Belanda di Eropah. Inggeris berjaya meluaskan pengaruh di Tanah Melayu dan Belanda di Indonesia. • Kesan penting kepada Perjanjian Inggeris- Belanda ialah : 1.Kepulauan Melayu terbahagi kepada dua pengaruh Inggeris dan Belanda. 2.Perpecahan empayar Johor-Riau 3.Persaingan perdagangan antara British dan Belanda bertambah sengit

P:07

CAMPUR TANGAN DI PERAK • Perak negeri Melayu terawal menerima kemasukan pengaruh politik British. British mengambil kesempatan daripada : 1.Perebutan takhta kerajaan Perak - pertingkahan antara Raja Yusof, Raja Ismail dan Raja Abdullah 2.Pergaduhan kongsi gelap Cina - kongsi gelap Ghee hin dan Hai San ( Perang Larut) • Penyelesaian - Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 antara Kerajaan British dengan kerajaan Perak. Sistem residen pertama wujud di Perak 1875. J.W.W Birch dilantik menjadi Residen pertama di Perak.

P:08

CAMPUR TANGAN DI SELANGOR Masalah kutipan cukai di muara sungai dan masalah lanun di perairan Selangor. Pada Jun 1871, kapal saudagar Cina dirompak oleh pengikut Raja Mahadi. British hantar dua kapal Pluto dan Rinaldo serang kubu Raja Mahadi. British mengambil alih Selangor dan melantik J.G. Davidson sebagai residen pertama.

P:09

CAMPUR TANGAN DI SUNGAI UJONG DAN NEGERI SEMBILAN • Perbalahan antara Datuk Kelana dengan Datuk Bandar berkaitan kuasa kutipan cukai bijih timah di sungai ujong. Semua daerah di negeri sembilan jatuh ke tangan British dan akhirnya menerima Residen pada tahun 1889 iaitu Martin Lister.

P:10

CAMPUR TANGAN DI PAHANG Pertikaian saudara antara Bendahara Wan Ahmad dengan Wan Mansur (1884). Frank Swettenham dihantar ke Pahang untuk selesaikan masalah dan Sultan Ahmad menerima residen pertama Pahang J.P. Rodger pada 8 Oktober 1887.

P:11

SISTEM RESIDEN Bermula di Perak kemudian di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang dijadikan Negeri-negeri Malayu Bersekutu (NNMB). British berkuasa di NNMB dalam aspek politik dan pentadbiran, ekonomi serta sosial. Matlamat Sistem Residen : Keamanan melalui undang-undang 1.Sistem pentadbiran awam dan pungutan cukai teratur 2.Ekonomi - eksploitasi sumber semulajadi - bijih timah

P:12

KESAN-KESAN SISTEM RESIDEN 1.PEMBANGUNAN EKONOMI NEGERI • perusahaan bijih timah, getah, kopi • kemasukan buruh Cina dan India • sumber ekonomi dimonopoli oleh British 2. PERUBAHAN POLITIK • Sultan berkuasa pada Agama Islam dan adat-istiadat • Perubahan sistem pentadbiran - Residen berkuasa 3. PERKEMBANGAN SOSIAL • Infrastruktur jalan keretapi, jalan raya, pusat kesihatan, pos dan sebagainya

P:13

NEGERI-NEGERI SELAT (NNS) • Ditubuhkan pada 1826. Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Diketuai oleh Gabenor - Robert Fullerton (pertama). Pada 1 April 1867 - Unit NNS di bawah pejabat tanah jajahan di London.

P:14

NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU (NNMB) • Pada 1895,melalui Perjanjian Persekutuan - British tubuhkan NNMB iaitu empat negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. • Pada 1 Julai 1896, penubuhan NNMB telah berkuatkuasa secara rasmi. Diketuai oleh Residen Jeneral. • Residen Jeneral pertama Frank Swettenham.

P:15

R i n g k a s a n

P:16

REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PENJAJAHAN BRITISH

P:17

Kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu telah menyebabkan berlakunya campur tangan dalam hal–ehwal dan pentadbiran di negeri-negeri tersebut. Dengan berlakunya campur tangan Inggeris, telah banyak menimbulkan ketidakpuasan hati orang-orang Melayu terhadap struktur pentadbiran dan pelaksanaan hal-ehwal di Tanah Melayu. Oleh yang demikian, berlaku penentangan di Tanah Melayu untuk menentang Inggeris daripada terus berleluasa dan mengukuhkan kuasanya. Terdapat pelbagai penentangan yang telah dilakukan oleh masyarakat Melayu yang melibatkan perbuatan dan pemikiran masyarakat Melayu setempat.

P:18

PENENTANGAN DI NANING (1831-1832) Dol Said cuba mempertahankan kemerdekaan Naning. Mengikut Perjanjian Inggeris-Belanda pada 1824,Belanda menyerahkan Melaka kepada British dan British mendakwa Naning ialah sebahagian daripada Melaka. Oleh sebab itu, British mengarahkan Naning mematuhi semua peraturan yang ditetapkan di Melaka. Dol Said dan rakyat Naning enggan menerima dakwaan British tersebut. Melalui Undang-undang 1830, British memaksa Naning membayar satu persepuluh daripada hasil keluaran pertaniannya. Arahan dikeluarkan setelah British mendapati hasil daerah Naning berjumlah 4500 dolar sebulan. Penghulu Dol Said enggan membayar cukai kerana beliau menganggap Naning sebagai sebuah daerah yang berdaulat. British memperkenalkan Peraturan Penghulu yang menggugat pengaruh dan kuasa Dol Said. Peraturan ini melarang penghulu membicarakan kes jenayah. Pada tahun 1828, British memberi amaran kepada Dol Said kerana menyelesaikan kes jenayah di Naning sendirian. Beliau juga diugut akan dilucutkan jawatan sekiranya tidak mematuhi arahan British.

P:19

1. PENENTANGAN DI NANING (1831-1832) • Kisah perjuangan beliau berlangsung selama setahun sahaja. Walau bagaimanapun, terdapat dua peperangan yang berlaku dalam tempoh berkenaan, iaitu Perang 15 Julai 1831 dan Perang Mac 1832. • Perang 15 Julai 1831 • British mengisytiharkan Dol Said sebagai penderhaka. • Kapten Wyllie dihantar mengetuai 150 orang sepoi untuk menyerang Naning. • Namun, Dol Said berjaya menewaskan British kerana: • menggunakan taktik perang gerila. • mendapat bantuan daripada Seri Meranti, Sungai Ujong, Johol dan Muar • juga mendapat bantuan daripada Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau. Bantuan tentera diketuai oleh menantunya, Syed Sha'aban. • Perang Mac 1832 • British berunding dengan Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau dan beliau bersetuju menghantar 600 orang hulubalang untuk membantu British. • Pasukan tentera British dipimpin oleh Kolonel Herbert berjaya menawan Taboh dan rumah- rumah penduduk Naning dibakar. • Dol Said menyerah diri kepada pihak British. Peristiwa inilah pengakhiran kebangkitan Dol Said.

P:20

2. PENENTANGAN DI SELANGOR • Pada tahun 1869, Raja Ismail telah menyerang Raja Mahadi di Kelang. Raja Ismail menyerang Raja Mahadi kerana membalas serangan Raja Mahadi yang telah mengakibatkan ayahandanya Raja Abdullah terpaksa mengundur diri dari Kelang ke Melaka. • Raja Ismail juga bercita-cita untuk merampas semula daerah Kelang yang dimiliki oleh bapanya yang dikurniakan oleh Sultan Abdul Samad. Sebelum ini Daerah Kelang dikuasai oleh Raja Sulaiman, bapa Raja Mahadi tetapi setelah beliau meninggal dunia, Kelang diserahkan kepada Raja Abdullah. • Ketika Raja Abdullah memerintah, Kelang bertambah maju. Raja Abdullah telah membuka banyak perusahaan melombong bijih dan membawa masuk ramai pelombong Cina ke Kelang untuk membuka lombong bijih di kawasan-kawasan pedalaman. Raja Abdullah bertambah kaya apabila banyak hasil kutipan cukai diterimanya setelah lombong-lombong bijih di kawasan Ulu Kelang dan Ampang mengeluarkan hasil. Kuasa dan kekayaannya telah menambahkan cemburu kepada Raja Mahadi yang tidak puas hati kerana Sultan Abdul Samad telah mengenepikan dirinya dari mewarisi Kelang.

P:21

2. PENENTANGAN DI SELANGOR • Dengan bantuan orang-orang Melayu Sumatera suku Mandahiling, Rawa, Batu Bara dan pengikut-pengikutnya beliau berjaya mengusir Raja Abdullah dalam tahun 1866. Serangan Raja Mahadi telah mengakibatkan berlakunya Perang Kelang. • Pada hari ini dalam tahun 1869, Raja Ismail menyerang Raja Mahadi untuk merampas kembali Kelang daripada Raja Mahadi tetapi gagal mengusir Raja Mahadi. Peperangan berterusan dan melibatkan orang-orang luar yang diminta bantuan seperti Pahang, Kedah, Negeri Sembilan, Inggeris dan Riau. • Peperangan Kelang berakhir pada tahun 1871 apabila angkatan Raja Mahadi dikalahkan oleh Yamtuan Tengku Kudin, menantu Sultan Abdul Samad dengan bantuan tentera upahan Inggeris dan pengikut-pengikutnya.

P:22

2. PENENTANGAN DI SELANGOR • Perang Kelang tercetus disebabkan pertentangan antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah. • Pada 1868, Sultan Selangor melantik Tengku Kudin dan membantu Raja Ismail merampas Klang. • British campurtangan dan memberi sokongan menentang Raja Mahadi. • Walaupun hanya Perang saudara tetapi campurtangan British telah mendapat tentangan penduduk tempatan.

P:23

3. PENENTANGAN DI PERAK Penentangan pertama yang dilakukan ialah dengan melakukan pembunuhan pegawai Inggeris iaitu J.W.W Birch dalam peristiwa Pasir Salak di Perak hasil muafakat daripada beberapa pihak. Tindakan melampaui batas Birch yang berlawanan dengan sistem pemerintahan tradisional dan melanggar adat-istiadat orang Melayu telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan pembesar dan pengikut mereka. Sultan Abdullah mengarahkan Dato’ Maharaja Lela membunuh Birch dan cadangan tersebut disokong oleh Raja Ismail. Sultan Abdullah dan Raja Ismail telah menghantar senjata- senjata dan keris rasmi pembunuhan kepada Dato’ Maharaja Lela dan memerintah orang-orang kampung bersatu dalam perjuangan mereka sebagai menunjukkan penentangan orang Melayu terhadap Inggeris. Peristiwa pembunuhan ini menjelaskan kepada kita betapa marah dan kecewanya orang melayu di Perak kepada pihak Inggeris sehingga sanggup melakukan pembunuhan.

P:24

3. PENENTANGAN DI PERAK A) Sebab penentangan British di Perak : • British dan Birch menyekat hak mengutip cukai oleh Sultan dan pembesar Melayu. • Memaksa sultan tandatangani surat penyerahan kuasa kepada kerajaan British 1875 • Pembaharuan oleh J.W.W Birch : i) hapus sistem perhambaan ii) beri perlindungan kepada hamba iii) campurtangan dalam adat resam orang Melayu • Sikap peribadi Birch i) buat pembaharuan secara tergesa-gesa ii) tidak boleh berbahasa Melayu

P:25

3. PENENTANGAN DI PERAK Pembunuhan itu dipertanggungjawabkan kepada Dato’ Maharaja Lela yang telah mengambil keputusan nekad untuk membunuh Birch walaupun pembunuhan tersebut dilakukan oleh pembunuh upahan iaitu Pandak Indut dan Seputum. Peristiwa pembunuhan JWW Birch berlaku pada November 1875 di Pasir Salak. Mereka dihukum di Matang pada 1879. Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles.

P:26

4. PENENTANGAN DI PAHANG Penentangan yang berlaku di Pahang adalah berpunca daripada perasaan tidak puas hati para pembesar seperti Dato, Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau terhadap pelbagai perubahan baru yang diperkenalkan oleh Inggeris yang ternyata bercanggah dengan nilai-nilai tempatan dan menggugat kekuasaan para pembesar. Undang-undang yang melarang pembesar mengutip cukai , mengawal hamba abdi dan membataskan kerja-kerja kerahan dan mengadili kes-kes jenayah dan sivil di kawasan-kawasan masing-masing dilihat sebagai mengugat kekuasaan tradisi para pembesar. Dato’ Bahaman memulakan dan beberapa pembesar yang lain memulakan penentangan secara kekerasan dengan melancarkan serangan ke atas Lubuk Terua dan berjaya menawan Temerloh. Penentangan semakin hebat apabila mendapat sokongan daripada seorang tokoh agama yang menyifatkan perjuangan mereka sebagai perang jihad. Dato’ Bahaman dan pengikutnya telah menyerang Kuala Tembeling setelah berjaya menawan kubu Jeram Ampai pada bulan Jun 1894. Kebangkitan rakyat Pahang menentang penguasaan Inggeris mengambil masa yang panjang dan berlarutan selama 4 tahun.

P:27

4. PENENTANGAN DI PAHANG Penentangan bermula apabila British lantik J.P. Rodger sebagai Residen Pahangpada tahun 1888. Beliau telah memperkenalkan jawatan pemungut cukai dan majistret serta memperkenalkan sistem lesen dan permit (pungut hasil hutan), cukai tanah dan sistem kerah. Pembesar Melayu Tok Gajah, Dato Bahaman dan Mat Kilau melancarkan pemberontakan pada Disember 1891 dan menyerang balai Polis Lubuk Trua dan Kuala Tembeling. Pemberontakan berakhir apabila Mat Kilau melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan akhirnya ke Siam.

P:28

5. PENENTANGAN DI KELANTAN • Melalui perjanjian Bangkok 1909, Kelantan diserahkan kepada British dan James Scott Mason ialah penasihat British Julai 1909. Penentangan Inggeris dipimpin oleh Haji Mat Hassan bin Munas (Tok Janggut) di Pasir Puteh 29 April 1915. Pengenalan sistem cukai baru yang di perkenalkan oleh pihak Inggeris bukan sahaja menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat tempatan, tetapi turut membebankan mereka. Sistem cukai baru yang diperkenalkan oleh Inggeris merupakan suatu yang asing kepada penduduk tempatan kerana mereka diwajibkan membayar cukai tanah tanpa mengambil kira sama ada tanah itu di usahakan atau sebaliknya. Mereka juga menghadapi masalah untuk membayar cukai kerana pejabat bayaran cukai terletak jauh dan berada di daerah-daerah tertentu. Selain itu, ketegasan dan sikap kasar pegawai yang bertugas menimbulkan kemarahan rakyat. Mereka yang tidak membayar cukai ditangkap atau didenda dan ada antara mereka yang dimaki hamun oleh para pegawai berkenaan dengan kata-kata kesat. Keadaan ini akhirnya mendorong Tok Janggut dan para pengikutnya menjalankan kempen tidak membayar cukai dan usaha ini mendapat sokongan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat. Pemberontakan tamat pada 24 Mei 1915.

P:29

6. PENENTANGAN DI TERENGGANU • Penentangan lain ialah penentangan terhadap pengenalan berbagai- bagai peraturan baru yang bercanggah dengan amalan tradisi yang diperkenalkan oleh Inggeris. Hal ini berlaku di Terengganu. Pengenalan peraturan baru yang diperkenalkan termasuklah penguatkuasaan beberapa jenis cukai seperti cukai hasil, cukai tanah dan cukai binatang ternakan. Kebangkitan pertama bermula pada tahun 1922 apabila sekumpulan masyarakat pedalaman di Telemong yang diketuai oleh Hj Abdul Rahman Limbong dengan dibantu oleh Mat Zin bin Mat Min, Hj Kia dan Lebai Deraman menentang pengenalan berbagai-bagai peraturan baru ini. Mereka bertindak membersihkan tanah dan mengambil hasil hutan tanpa mendapatkan surat kebenaran terlebih dahulu.Kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas mereka dan seramai 43 orang telah ditangkap. Mereka didakwa di mahkamah atas tuduhan membuka tanah dan menebas hutan tanpa kebenaran. Hal ini menyebabkan orang-orang melayu bertindak balas dengan memprotes pihak Inggeris secara intelektual. Hj Abdul Rahman Limbong telah membela orang-orang melayu dan mereka telah dibebaskan kerana Inggeris gagal membuktikan kesalahan dan memberi keputusan yang muktamad.

P:30

6. PENENTANGAN DI TERENGGANU • Pemberontakan di Terengganu yang diketuai oleh Haji Abd Rahman Haji Abdul Hamid (Hj. Abdul Rahman Limbong) dikenali sebagai Pemberontakan Tani pada 1928. • Pemberontakan berlaku pada 21 Mei 1928 dengan menyerang balai Polis dan pejabat Daerah di Kuala Berang. • Pemberontakan dapat ditumpaskan. Abd Rahman Limbong dibuang ke Makkah. • Faktor pemberontakan Tani : 1.Pungutan cukai tanah, hasil tanah dan cukai kepala 2.Perkenalkan sistem pendidikan Barat 3.Perkenalkan pas kebenaran untuk membuka tanah,

P:31

7. PENENTANGAN DI SARAWAK Sebelum Perang Dunia Kedua, Sarawak ditadbir oleh Dinasti Brooke. Terdapat beberapa pemberontakan : a) Rentap • Pada 1853, Brooke menghapuskan amalan memburu kepala manusia yang menjadi amalan tradisi orang peribumi Sarawak. Melalui Rentap mereka menyerang kubu Brooke di Sungai Skrang dan membunuh pegawai Brooke iaitu Alan Lee. Pada 1861, Brooke melancarkan serangan besar- besaran kubu Rentap di Bukit Sadok. b) Banting • Ketua kaum Iban di Hulu Batang Lupar. Punca tentangan akibat tindakan Brooke cuba menguasai kawasan Banting dan menghapuskan adat dan amalan tradisi masyarakat tempatan. Pada 1908, Brooke berjaya menewaskan Banting.

P:32

7. PENENTANGAN DI SARAWAK c) Sharif Masahor • Penentangan berpunca daripada tindakan James Brooke memperkenalkan sistem pemerintahan baru dan menguasai kawasan Sungai Rejang. Sharif Masahor merupakan gabenor Sarikei di Sungai Rejang yang dilantik oleh Sultan Brunei. Beliau berpakat dengan Datuk Patinggi Abdul Gapur untuk menyerang kubu Brooke di Kanowit pada Jun 1859. Serangan telah dapat dipatahkan oleh pihak Brooke. Sharif Masahor dibuang negeri ke Singapura dan Patinggi Abdul Gapur ke Betawi. d) Asun • Semasa pemerintahan Vyner Brooke pada tahun 1920, orang Dayak menentang pembayaran cukai dan memberontakan di Sungai Kanowit diketuai oleh Penghulu Asun. Pada 1932, Asun menyerah diri dan dibuang negeri ke Lundu.

P:33

8. PENENTANGAN DI SABAH Sabah terletak di bawah Syarikat Borneo Utara British. Dua pemberontakan tercetus iaitu : a)Pemberontakan Mat Saleh Mat Saleh berketurunan Bajau dan Suluk. Penentangan berpunca akibat pengenaan cukai, pembangunan secara besar- besaran dan sekatan terhadap pembesar tempatan. Siri penentangan tercetus di Sungai Sugut (1894), serang pelabuhan Syarikat di Pulau Gaya (1897). Akhirnya, Mat Saleh terbunuh pada tahun 1900. b) Kebangkitan Rundum Diketuai oleh Antanum pada 1915. Faktor pemberontakan adalah cukai ke atas beras dan ubi kayu, ordinan hutan dan mengerah rakyat membina jalan-jalan kecil di hutan. Pada Februari 1915, beliau menyerang pejabat kerajaan di Pensiangan. Serangan itu telah gagal dan Antanum ditawan lalu dihukum bunuh.

P:34

R i n g k a s a n

P:35

KESAN PENJAJAHAN BRITISH KE ATAS TANAH MELAYU Kesimpulannya, kemasukan orang Cina dan orang India telah memberikan kesan terhadap kehidupan sosioekonomi di Tanah Melayu. Orang Cina dan India yang datang untuk memperbaiki kehidupan mereka telah tinggal secara tetap di Tanah Melayu. Tidak dapat dinafikan bahawa orang Cina dan orang India telah memainkan peranan yang penting dalam pembentukan masyarakat majmuk. Mereka terlibat secara langsung dalam kehidupan sosial dan ekonomi di Tanah Melayu. Kehidupan secara bersama antara kaum di Tanah Melayu telah mewujudkan keharmonian kaum.

P:36

KESAN PENJAJAHAN BRITISH KE ATAS TANAH MELAYU Kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu telah menyebabkan berlakunya campur tangan dalam hal–ehwal dan pentadbiran di negeri-negeri tersebut. Dengan berlakunya campur tangan Inggeris, telah banyak menimbulkan ketidakpuasan hati orang-orang Melayu terhadap struktur pentadbiran dan pelaksanaan hal-ehwal di Tanah Melayu. Oleh yang demikian, berlaku penentangan di Tanah Melayu untuk menentang Inggeris daripada terus berleluasa dan mengukuhkan kuasanya. Terdapat pelbagai penentangan yang telah dilakukan oleh masyarakat Melayu yang melibatkan perbuatan dan pemikiran masyarakat Melayu setempat.

P:37

KESAN PENJAJAHAN BRITISH KE ATAS TANAH MELAYU Walaupun British tidak menguasai seluruh negeri di Malaysia, namun pengaruh terhadap corak pentadbiran British di negeri- negeri selat, telah menyerap masuk ke negeri-negeri lain yang tidak dijajah, sama ada secara paksaan ataupun ianya ditiru oleh sultan bagi memantapkan sistem pentadbiran di negeri mereka. Walau bagaimanapun tindakan tersebut telah membuka jalan kepada British untuk campur tangan secara langsung di negeri- negeri tersebut. Malah pada masa yang sama hubungan baik antara British dengan Siam juga telah memudahkan British untuk campur tangan di Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu. Hal ini telah menyababkan negeri tersebut telah dikuasai oleh British secara rasmi menjelang abad ke-20

P:38

Bakal menyusul: Tanah Melayu pada masa Penjajahan Jepun Rekodkan dalam IQ NILAM, Jenis Bahan : Bahan Bukan Buku : rencana Rumusan : Menceritakan sejarah penjajahan British ke atas Tanah Melayu. Disediakan oleh UNIT PSS STAND 2

Create a Flipbook Now
Explore more