Enjoying your free trial? Only 9 days left! Upgrade Now
Home Explore Situasi Islamofobia Di Negara-Negara Bukan Islam
Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes! Create your own flipbook
View in Fullscreen

Situasi Islamofobia Di Negara-Negara Bukan Islam

Published by Siti Elfina, 2022-05-18 20:32:44

Description: MPU23012 PENGAJIAN ISLAM (DPM2A) || Situasi Islamofobia Di Negara-Negara Bukan Islam

Read the Text Version

No Text Content!

Situasi Islamofobia di Negara-negara Bukan Islam Kesukaran masyarakat bukan Islam menerima kehadiran umat Islam di negara mereka ISLAMOFOBIA perlu ditangani SEGERA! E-MAJALAH: SITUASI ISLAMOFOBIA DI NEGARA-NEGARA BUKAN ISLAM MPU23012 PENGAJIAN ISLAM (DPM2A) SENARAI NAMA SIDANG EDITOR: PENSYARAH: PN. SHARIFAH NUR BINTI ABU PENULIS: SITI ELFINA BINTI MUHAMMAD EDDIE FRENDDIE ( 14DPM21F1005 ) PEREKA GRAFIK: SITI AISHAH BINTI HARIS ( 14DPM21F1072 ) PENGURUSAN WEB: SYAZWANI BINTI ABU BAKAR ( 14DPM21F1011 ) ISI KANDUNGAN : BIL TAJUK MUKA SURAT 1. KATA ALUAN REDAKSI 1 2. APA ITU ISLAMOFOBIA? 2-3 3. APAKAH ISLAMOFOBIA SEMAKIN SERIUS? 4 4. PUNCA TERCETUSNYA ISLAMOFOBIA 5 5. CONTOH-CONTOH NEGARA BUKAN ISLAM BERKAITAN ISLAMOFOBIA 6-8 6. TRAGEDI DI NEW ZEALAND 9 7. CADANGAN CARA MENGATASI ISLAMOFOBIA 10 8. PENUTUP 11-12 9. RUJUKAN 10. LAMPIRAN KATA ALUAN SIDANG REDAKSI: Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terutama sekali saya mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana berkesempatan dalam menyelaseaikan tugasan dengan menyediakan karya e-majalah yang bertajuk SITUASI ISLAMOFOBIA DI NEGARA-NEGARA BUKAN ISLAM. Sesungguhnya, inilah hasil karya kami yang pertama dalam menghasilkan karya e-majalah yang boleh menjadi bahan bacaan kepada seluruh pembaca di luar sana. Apa yang kami hasilkan dalam e-majalah ini adalah berkaitan isu-isu semasa mengenai Islam dimana ianya berlaku di manamana sahaja. Sebagai umat Islam, kita seharusnya mengambil berat tentang isu semasa berkaitan agama Islam. Maka, sememangnya penerbitanmajalah berkaitan topik inii seharusnya diperluaskan lagi. Kami juga inginmengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Pn. Sharifah Nur binti Abu kerana memberi peluang kepada kami untuk mempamerkan kebolehan kami dalam menghasilkan karya e-majalah ini. Kami amat menghargai segala peluang yang diberikan oleh beliau dalam menjayakan tugasan kali ini. Kami berharap semoga penerbitan e-majalah kami ini dapat memberi manfaat kepada semua yang membacanya dan maafkan kami sekiranya terdapat kekurangan dalam e-majalah ini. SEKALUNG PENGHARGAAN KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN PENGHASILAN E-MAJALAH INI. SEKIAN TERIMA KASIH. 1 APA ITU ISLAMOFOBIA? 2 Prasangka dan diskriminasi pada Islam dan Muslim Digunakan pada tahun 1980-an tetapimenjadi popular selepas serangan 11 September 2001 Pada tahun 1997,Badan Amanah Runnymede mentakrifkan bahawa Islamofobia sebagai rasa takut dan benci terhadap Islam. Juga merujuk kepada amalan mendikriminasikan orang Islam dengan mengasingkanmereka dari kegiatan ekonomi, social dan kehidupanmasyarakat. Islamofobia juga membawa kepada persepsi bahawa Islam mempunyai nilaiyang tidak sama dengan budaya lain. 3 Apakah Islamofobia semakin serius? Ya, ia semakin serius. Bukan di negara kita tetapi di luar seperti apa yang berlaku di Perancis, Istanbul (Turki) dan Jakarta. Saya mula melihat tragedi pengeboman berkenaan dalam perspektif berbeza akan mengapa ia berlaku. Umat Islam yang bijak tidak akan menyifatkannya sebagai ajaran Islam, sekali gus membawa maksud ia bukan daripada Islam. Persoalannya, mengapa kumpulan berkenaan mengakui mereka mewakili Islam? Adakah mereka dipaksa membuat pengakuan itu oleh agenda asing terhadap golongan masyarakat yang kecewa dan tersepit dalam menjayakan agenda tersembunyi mereka? Ini yang perlu diperhalusi dan ditangani dengan amat teliti. Semuanya memerlukan masa. Kita bagaikan bermain catur di papan yang sangat besar dan pemainnya perlu menggerakkan bidak secara berhati-hati. -Nasharudin Mat IsaKetua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) 4 Keganasan mengaitkan nama Islam itu tidak pudar, malah semakin bercambah selepas tragedi 11 September 2001. Apakah puncanya? Tuntutan mencari ilmu secara amnya sangat penting, namun apa yang membimbangkan ialah mereka memperoleh ilmu dan maklumat daripada sumber yang salah. Dari situlah datangnya kesilapan mentafsir al-Quran dan hadis serta timbulnya kesilapan menterjemah terminologi dan sebagainya. Ancaman sama turut wujud di Malaysia tetapi belum sampai ke tahap membimbangkan atau panik seperti di Asia Barat. Dalam hal ini, kita tidak boleh terlalu berdiam dan kumpulan senyap ini perlu tampil untuk memperbetul dan mempertahankan. Kita perlu bertindak memberi maklum balas, suarakan apa yang salah dan apa yang betul serta apa yang kita mahukan. GMMF mahu kumpulan senyap ini keluar dan mencambah idea mengenai kesederhanaan. GMMF sedia menjadi institusi perantara dan pendorong untuk memastikan agenda menjadikan kesederhanaan sebagai teras kehidupan menemui matlamatnya. -Nasharudin Mat IsaKetua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) 5 CONTOH-CONTOH NEGARA-NEGARA BUKAN ISLAM YANG MENGAMALKAN ISLAMOFOBIA 6 ITALI SEPANYOL PERANCIS HUNGARY POLAND ENGLAND 7 GREECE AUSTRIA GERMAN BELGIUM 8 TRAGEDI DI NEW ZEALAND : Menurut laporan media rasmi New Zealand, sehingga artikel ini ditulis, insiden tembakan ke atas umat Islam di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood telah mengakibatkan 50 kematian dan puluhan lagi cedera serta masih dirawat di hospital. Insiden itu turut membabitkan tiga rakyat Malaysia yang tercedera termasuk seorang yang dalam keadaan kritikal. Serangan di dua masjid tersebut jelas menggambarkan Islamofobia yang semakin menebal kini. Definisi kamus bagi kata kosa fobia adalah “ketakutan atau kebencian yang keterlaluan; ketakutan tidak rasional atau amat kuat dan benci terhadap sesuatu”. SUMBER : PORTAL SINAR HARIAN 9 Cadangan Cara Mengatasi Islamofobia: Bersolidariti dengan Masyarakat Islam Menentang dasar negara dan persekutuan yang anti-Islam dan xenofobia Membina hubungan dengan masyarakat Islam setempat Pendekatan dakwah menangani Islamofobia boleh dilaksanakan menerusi peningkatan kegiatan penerangan dan sosialisasi antara masyarakat Islam dan bukan Islam. Memperbanyakkan ruang interaksi dan perhubungan sosial antara umat Islam dan masyarakat bukan Islam. 10 PENUTUP: Sebagai akhirul kalam, kita seharusnya sedar bahawa perlakuan dan tindakan umat Islam adalah menjadi cerminan kepada Islam. Rata-rata masyarakat bukan Islam yang dimomokkan dengan imej negatif tentang Islam, tidak akan mencari kebenaran tentang keindahan Islam dari sumber sahih dalam Islam, buku-buku ilmiah atau individu Muslim, walaupun ada sebilang kecil yang berbuat demikian. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab setiap umat Islam untuk mempamerkan keindahan agama ini dalam setiap perbuatan dan pertuturan. Ini adalah agenda penting bagi umat Islam ketika ini. Fitnah dan dugaan yang melanda umat Islam hari ini seharusnya dijadikan satu ruang bagi kita semua untuk bermuhassabah tentang apa yang telah kita lakukan dan perancangan tentang tindakan yang perlu diambil untuk memperbetulkan persepsi negatif terhadap Islam. Tindakan dan tindakbalas oleh umat Islam terhadap fitnah ini adalah penting bagi memastikan imej Islam sebagai satu cara hidup yang syumul akan terus dipelihara dan diperteguhkan. 11 Sehubungan dengan itu, dalam usaha menzahirkan kecintaan kita kepada Islam dan memperbetulkan persepsi yang salah tentang Islam, penting untuk diteliti kembali akhlak dan peribadi Rasulullah SAW dalam menghadapi golongan penentang Islam yang sentiasa cuba untuk memburuk-burukkan dan menjatuhkan Islam dan maruah Rasulullah SAW. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa pada suatu ketika datang seorang Yahudi menuntut hutang daripada Rasulullah SAW dengan berkata: “Kamu dari Bani Abu Manaf adalah bangsa yang suka melambat-lambatkan pembayaran hutang”. Seperti yang disebutkan di dalam firman lainnya, surat Ali Imran ayat 85: ْقبَ َل ِم ُ لَ ْن ي َغْي َر ا ْْلِ ْسََلِم ِدينًا فَ ِ ه َو فِي ا ْْل ِخ َر ِة ِم َن الْ َخا ِسِري َن َو َم ْن يَ ْبتَغ ُ َو ُ ْنه “Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” Ibnu Katsir mengatakan, dalam ayat ini Allah memberitakan terbatasnya agama yang diterima Allah hanya pada agama Islam, yaitu: “Sesungguhnya agama (yang diridai) di sisi Allah hanyalah Islam.” (Ali Imran 19) 12 RUJUKAN : https://slidesgo.com/theme/cottagecore-aesthetic-stylethesis#search-aesthethic&position-7&results-50 https://ms.wikipedia.org/wiki/Islamofobia https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ancamanislamofobia-di-barat-202582 https://www.bharian.com.my/bhplusold/2016/01/117426/silap-sumber-ilmu-punca-wujudsentimen-anti-islam https://www.sinarharian.com.my/article/18728/KOLUMNIS/ Tragedi-Christchurch-akibat-Islamofobia https://www.ikim.gov.my/index.php/2017/07/10/perananumat-islam-dalam-menangani-islamofobia/ https://www.afsc.org/5-things-your-congregation-can-doto-stop-islamophobia https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/03/545791/da kwah-tangani-gejala-islamofobia https://www.republika.co.id/berita/qzgyvn320/dalilkewajiban-muslim-percaya-islam-agama-paling-benar LAMPIRAN :