Enjoying your free trial? Only 9 days left! Upgrade Now
Brand-New
Dashboard lnterface
ln the Making
We are proud to announce that we are developing a fresh new dashboard interface to improve user experience.
We invite you to preview our new dashboard and have a try. Some features will become unavailable, but they will be added in the future.
Don't hesitate to try it out as it's easy to switch back to the interface you're used to.
No, try later
Go to new dashboard
Published on Dec 31,2021
Like
Share
Download
Create a Flipbook Now
Read more
Published on Dec 31,2021
e-Majalah Seni Khat Read More
Home Explore e-Majalah Seni Khat
Publications:
Followers:
Follow
Publications
Read Text Version
More from Siti Nazihah
P:01

‫خط‬ SENI KHAT

P:02

NAMA- NAMA AHLI TERLIBAT NUR IZZATI NAZIRAH BINTI NADZRI (18DPM20F1004) NURUL AIN NASUHA BINTI MUHAMAD RIZAKI (18DPM20F1006) SITI NAZIHAH BINTI MOHD ZAHRUL NIZAM (18DPM20F1022)

P:03

iSI KANDUNGAN 1.NAMA AHLI-AHLI TERLIBAT 2.APA ITU SENI KHAT 3.JENIS-JENIS KHAT 4.SEJARAH KHAT 5.TOKOH- TOKOH SENI KHAT 6.KATA-KATA INDAH TENTANG KHAT 7.HUKUM KHAT 8.KESIMPULAN 9.SUMBER RUJUKAN

P:04

Apa itu seni khat? Khat Islam , atau khat Arab, ialah amalan penulisan berseni atau seni khat. Bentuk kesenian ini berasakan tulisan Arab untuk tempoh yang lama digunakan oleh semua muslim dalam bahasa masing-masing seperti tulisan jawi. Seni khat merupakan seni yang amat disanjungi di antara seni-seni Islam yang lain kerana ia adalah salah satu cara untuk mengekalkan keaslian kandungan ayat suci Al-Quran.

P:05

Jenis-jenis Khat Tamadun Islam kaya dengan keseniannya. Antara seni yang menarik dalam tamadun Islam ialah dalam penulisan. Hasil seni tulisan tangandalam tamadun Islam dikenali sebagai seni khat. Seni khat terbahagi kepada8 model utama.

P:06

KHAT KHUFI Khat Kufi berasal dari Kufah. Khat ini dijadikan hiasan pada bangunan masjid, bangunan pemerintah, kubah atau menara azan pada zaman Abasiah. Al-Quran yang pertama ditulisdalam bentuk khatkufi.

P:07

KHAT THULUTH Khat Thuluth kebanyakannya digunakan untuk hiasan sahaja seperti yang terdapat dalam mashaf uthmani (Al- Quran), nama buku atau kitab dan untuk tujuan yang lain.

P:08

KHAT NASAKH Tulisan khat jenis Nasakh ini paling banyak digunakan dalam penulisan buku-buku keagamaan.Tulisan khat jenis ini lebih mudah dibaca dan tidak mengelirukan. Khat Nasakh dilengkapkan oleh penulis Arab iaitu Al-WazirAbu Aly Muhammad Ibn Muglah dan adiknya Abu Abdullah al- Hassan. Mereka mewujudkan peraturan untuk penulisan Khat Nasakhdengan menentukan panjang pendek huruf dan jarak antara huruf.

P:09

KHAT FARISI Khat Farisi ini mula berkembang di Parsi. Bentuk hurufnya condong sedikit ke kanan. Khat Farisi banyak digunakan dalam penulisan buku kesusasteraan, nama dan tajuk karangan pada majalah dan surat khabar. Karangan dalam bahasa Urdu juga ditulis dengan khat ini. Khat jenis ini digunakan dengan meluas di Parsi,Pakistan dan Turki.

P:10

KHAT RIQ'AH Khat Riq'ah ini lebih mudah dan dapat ditulis dengan cepat. Khat Riq'ah ini sering digunakan un tuk tujuan surat menyurat dan digunakan oleh pelajar universiti untuk mengambil nota kuliah.

P:11

KHAT DIWANI Diwani membawa erti catatan atau analogi karangan. Khat Diwani digunakan secara meluas semasa pemerintahan Sultan Khedewy sekitar tahun 1220H di Mesir. Khat ini turut berfungsi sebagai perhiasan selain untuk urusan rasmi seperti surat perjanjian, surat penghargaan dan sebagainya.

P:12

KHAT DIWANI JALI Khat Diwani Jali mempunyai sedikit perbezaan berbanding khat Diwani. Khat Diwani Jali lebih banyak bentuk, rumit penulisannya, lebih cantik dan estatik. Khat Diwani Jali selalunya diubah dalam bentuk daun, perahu, ikan , burung dan sebagainya.

P:13

KHAT RAIHANI Khat Raihani hampir menyerupai khat Thuluth. Huruf khat Raihani agak besar dan panjang serta ditambah dengan tanda-tanda syakal.

P:14

Sejarah Khat

P:15

Sejarah Khat Kesenian unggul dalam Islam terpancar pada Ummul Kitab (Al-Quran) yang diturunkan sebagai panduan dan pedoman untuk umat manusia. Tulisan merupakan antara elemen terpenting untuk menyampaikan sesuatu maksud sebagai gambaran pelbagai kejadian yang berlaku. Sistem tulisan Arab, wadah yang mengungkap maknawi bahasa Al-Quran menjadi pengikat ukhwah dan penglahiran perasaan mengagungkan Maha Pencipta.

P:16

Sejarah Khat Keistimewaan sistem tulisan Arab (jawi) ini penentu ciri kesenian Islam yang melampaui batasan dan sempadan. Tulisan-tulisan Arab ini dizahirkan kepada bentuk yang seni oleh seniman Islam. Seni kaligrafi Islam atau lebih sinonim dengan nama 'seni khat' merupakan khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam. Perkembangan Islam yang tersebar ke seluruh pelusuk dunia, menyaksikan kaligrafi Islam teradaptasi dengan perubahan yang berlaku tanpa menghilangkan ciri dan nilai keislamannya.

P:17

Sejarah Khat Pada kurun ke-16 dan 17, seni khat pernah menjadi medium komunikasi terpenting dalam menyampaikan mesej diplomatik. Ia diperkenalkan oleh Housam Roumi semasa era Suleyman I di Wilayah Turki. Seni khat yang dikenali dengan nama Diwani ini berkembang seiring dengan variasinya iaitu Diwani Al-Jali yang berbingkai. Antara seni khat yang masih menjadi tumpuan para peminat seni warisan Islam hingga kini termasuklah khat Thuluth dan khat Riq'ah.

P:18

Sejarah Khat Pada awal perkembangan seni khat, mereka menggunakan cecair dakwat, ditulis pada kepingan kulit-kulit tamar, kulit kambing yang dikeringkan dan daun-daun papyrus yang dijadikan kertas tetapi sekarang mereka menggunakan batang resam yang ditiruskan pada bahagian hujungnya akan dicelupkan dengan dakwat. Seni khat tidak akan berkubur ditelan arus zaman dengan adanya insan-insan yang mewarisi bakat mempertahankan kesenian unggul Islan seperti mereka. Sesungguhnya seni kaligrafi islam adalah lambang kesenian unggul tamadun Islam yang tiada tandingannya.

P:19

Tokoh- Tokoh Seni Khat

P:20

Tokoh-Tokoh Seni Khat Oleh kerana kedudukan dan perhatian istimewa yang diberikan oleh masyarakat Islam kepada cabang seni khat, maka seni ini berkembang dengan pesat. Oleh itu, lahirlah ramai tokoh penulis khat atau kaligrafi yang mempopularkan pelbagai jenis tulisan khat. Antaranya seperti berikut: 1. Al-Dhahaq bin Ijlan dan Qutabah yang memperkenalkan khat nasakh mulai abad 5M. 2. Ibrahim al-Syujairi yang menghasilkan khat jenis al- Jalil, al-Thuluthain dan al-Thuluth. 3. Yusuf al-Syujairi yang menghasilkan khat jenis al- riayasi. 4. Muhammad bin Muqalan seorang menteri Abbasiyah yang mahir dalam tulisan khat jenis al-duri. 5. Al-Hasan al-Naqulah mahir dalam seni khat nasakh. 6. Muhamad al-Samsari dan Muhamad bin Asad telah memperbaiki tulisan khat nasakh dan al-tauqia’ah. 7. Abu Hasan Ali bin Hilal (Ibnu al-Bawwab) yang memperlengkapkan lagi kaedah penulisan khat. 8. Syeikh Jamaluddin Yaqut al-Mustakami yang merupakan seorang ahli khat yang handal di Baghdad.

P:21

Kata-kata Indah Tentang Khat Tulisan Yang Cantik Menerangkan Mata, Tulisan Yang Buruk Mengeluarkan Airmata. Pertuturan Yang Baik Menakluki Hati, Dan Tulisan Yang Elok Membersihkan Mata Tulisan Yang Cantik Ialah Harta Bagi Yang Miskin, Hiasan Bagi Hartawan, Kesempurnaan Bagi Kerajaan. Kecantikan Tulisan Adalah Lidah Bagi Anggota Dan Keindahan BagiFikiran. Manusia Tiada Mempunyai Harta Yang Lebih Bernilai DariKebijaksanaan Dan Bakat

P:22

Hukum Khat Hukum tulis ayat Quran bentuk haiwan Soalan: Soalan saya ialah pasal tulisan kaligrafi Al-Quran yang sesetengahnya dibuat atas rupa bentuk haiwan seperti burung dan sebagainya. Saya hendak tahu apakah hukumnya di sisi syarak? Jawapan: Menulis kaligrafi atas rupa makhluk bernyawa adalah sama hukumnya dengan membuat lukisan. Lukisan makhluk bernyawa adalah dilarang melainkan kerana hajat seperti gambar-gambar untuk pelajaran dan gambar untuk memberi penerangan atau maklumat dan seumpamanya maka iaitu dibolehkan. Gambar-gambar yang bukan termasuk hajat ialah seperti gambar untuk perhiasan.

P:23

Hukum Khat Jawapan : Berkata Syeikh Abdurrahman Al-Jaziri: ‫ يجوز تصوير غير الحيوان كالأشجار‬: ‫الشافعية – قالوا‬ ‫والسفن والشمس والقمر أما الحيوان فإنه لا يحل تصويره‬ ‫ الفقه على المذاهب الأربعة‬. ‫سواء كان عاقلا أو غير عاقل‬ Ertinya: “Ulama’ mazhab Syafie mengharuskan membuat gambar selain haiwan seperti pohon dan kapal dan matahari dan bulan. Adapun haiwan maka sesungguhnya tidak halal membuatnya sama ada yang berakal atau yang tidak berakal,” (Kitab Al-Fiqh ala Mazahib Al-Arba’ah). Oleh kerana itulah dilarang membuat tulisan ayat Quran dalam bentuk makhluk yang bernyawa dan diharuskan membuat bentuk makhluk yang tidak bernyawa.

P:24

Hukum Khat Jawapan : Majma’ Fiqah Islamy yang bertarikh 17 Februari 1990 telah memutuskan: ‫لا يجوز كتابة آية أو آيات من القرآن الكريم على صورة بعض‬ ‫ لما في ذلك من العبث والاستخفاف بكلام‬،‫الطيور أو غيرها‬ ‫الله سبحانه وتعالى والاستهانة به‬ Ertinya: “Tidak harus menulis satu ayat atau beberapa ayat daripada Al-Quran atas rupa sebahagian burung-burung atau lainnya kerana ada pada yang demikian itu dari bermain-main dan meringankan dengan kalam Allah Taala dan mempersendakan dengannya,” Kesimpulannya, dilarang menulis kaligrafi Al- Quran atas rupa makhluk bernyawa kerana kias dengan larangan membuat lukisan makhluk bernyawa dan dari kerana Al-Quran itu bukan untuk dijadikan perhiasan semata-mata tetapi untuk dibaca dan diamalkan.- Wallahua’lam Ustaz Azhar Idrus

P:25

Kesimpulan Kesimpulannya, terdapat beberapa jenis tulisan khat yang digunakan oleh penulis tulisan khat di Malaysia seperti Kufi, Jali, Thuluth, Riq'ah, Nasakh, Farisi, Diwani dan Diwani Jali. Islam tidak menghalang umatnya tertarik dengan keindahan, malah mengiktiraf keindahan dan kesempurnaan itu sebagai satu tuntutan agama. Penulisan khat memerlukan latihan yang berterusan dan kesabaran untuk menghasilkan tulisan yang baik dan sempurna.

P:26

Sumber Rujukan https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Seni_khat_Isla m https://blackrosehuntermy.blogspot.com/2014/ 11/8-jenis-seni-khat.html?m=0 https://www.facebook.com/310988608921786/ posts/876881668999141/ https://siakapkeli.my/2020/10/16/apa-hukum- tulis-kaligrafi-ayat-quran-dalam-bentuk- haiwan-ini-jawapan-ustaz-azhar-idrus/ https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter /tokoh-tokoh-seni-khat/

Create a Flipbook Now
Explore more