Besar atau kecil sesebuah keluarga bukanlah pengukur kebahagian dan jaminan hubungan kekeluargaan akan berterusan. Yang penting adalah membuatkan sesuatu hubungan itu menjadi akrab dan usaha kearah itu hendaklah dilakukan bersama-sama supaya yang jauh kita dekat-dekatkan, yang dekat kita rapat-rapatkan.

TIPS KEMBALIKAN KEAKRABAN DALAM HUBUNGAN KEKELUARGAAN

#1-Peranan Orang Lebih Tua & Kerjasama Dari Anak Muda

Keluarga mana yang tidak diduga dengan masalah, baik masalah itu berpunca dari hal yang remeh-temeh seperti berebut tempat tidur sehingga hal yang lebih besar yang sudah tentunya pihak yang terlibat akan bermasam muka apabila bersua.

Susah hati ibu bapa melihat perselisihan faham yang berlaku dalam keluarga. Sudah pastinya, mereka akan bertindak sebagai orang tengah menyelesaikan konflik yang terjadi. Dan seharusnya kerjasama dari pihak yang bertelagah adalah saling memaafkan dan bersatu semula.

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”

(Surah al-Hujurat: 10)

Ingat, tanggungjawab untuk mendamaikan pertelingkahan yang telah berlaku tidak hanya terletak pada bahu ibu bapa kita sahaja. Ia adalah tanggungjawab bersama, seluruh ahli keluarga kerana dari situ akan datang rahmat Allah S.W.T. untuk kebaikan keluarga.

 

#2-Aktiviti Silaturrahim Bersama

Selalunya tradisi yang masih kekal dalam kebanyakan keluarga adalah amalan kunjung-mengunjung di hari raya. Mengunjungi rumah sanak-saudara sama ada yang jauh atau dekat haruslah dikekalkan dan diajar kepada anak-anak yang masih kecil akan kepentingan amalan ini dilakukan.

Aktiviti akan lebih menyeronokkan jika ramai yang menyertainya. Pada masa inilah anak-anak akan menjadi rapat dengan sepupu, pak cik dan mak cik saudara.

Setahun sekali, lakukanlah gotong-royong, sukaneka, barbeque, solat berjemaah dan banyak lagi aktiviti boleh dicipta apabila sudah berkumpul bersama.

 

#3-Fahami Interaksi Sosial

Ada individu yang suka menjadi pemerhati dalam pergaulan sosial, ada yang terlalu responsif melontarkan pendapat secara terbuka dan ada juga yang gemar melepaskan kritikan tanpa menyelidik terlebih dahulu kebenarannya.

Akibatnya, jika tidak mengenali perwatakan individu dan cara interaksi sosial mereka, maka akan mudah berlakunya miscomunication yang akan membawa masalah yang berlarutan.

 

Interaksi Sosial dalam Tulisan Tangan

Dalam ilmu analisa tulisan tangan, jarak dalam teks tulisan anda menggambarkan keselesaan anda berinteraksi dengan orang sekeliling dan cara anda menyesuaikan diri dalam setiap situasi.

Contoh tulisan dengan jarak yang sederhana adalah seperti dibawah:

Jika jarak antara perkataan anda adalah sederhana, tidak terlalu lebar atau sempit. Anda digambarkan seorang yang fleksible, boleh menjaga komunikasi anda dengan baik mengikut situasi yang diperlukan.

Tidak dinafikan kita hidup dalam era teknologi canggih yang walau di mana-mana sahaja boleh menghubungkan kita dengan orang yang tersayang melalui medium telekomunikasi seperti Whatsapp, Facebook, Telegram dan sebagainya. Walaubagaimanapun, janganlah terlampau leka dalam dunia teknologi yang sebenarnya boleh berlaku banyak salah faham yang akan merenggangkan sesebuah perhubungan.

Bukankah keakraban antara keluarga lebih mudah menjadi rapat dan mesra apabila keluarga itu bersatu, berkumpul melakukan aktiviti bersama-sama?

Wallahua’lam. Biidznillah Ya Baari’.

Admin.

 

“Eratkan Semula Hubungan yang Telah Renggang, Saling Memahami Karakter Keluarga Anda untuk Bawa Hubungan Kekeluargaan ini Till Jannah”

Insha Allah, rujukan yang menarik untuk anda!

 

Info lanjut, layari website ini: https://graphology.com.my/buku-love-till-jannah/
Perlukan bantuan? Hubungi admin di 016-2223444

 

 

Leave a Reply