Bagaimana dan mengapa memilih bidang ini sebagai salah satu cabang karier?

Saya mula serius mendalami bidang ini sejak lima tahun lalu kerana maklum kurang perolehan sumber dalam negara kita. Dan semuanya bermula kerana minat. Maka dengan itu saya membeli secara dalam talian (online) semua modul dari Amerika Syarikat dan mempelajarinya sendiri. Mulanya saya lihat dan analisa tulisan tangan sendiri terlebih dahulu kerana pelbagai karakter dapat dilihat hanya dengan tulisan tangan. Ketika itu, saya hanya ubah tulisan tangan sedikit sahaja. Saya mengubah tulisan tangan untuk lebih positif, yakin dan hindari sensitif. Dahulunya, saya seorang yang sentiasa memikirkan perkara negatif dan skeptikal. Takdir Allah SWT, selepas saya menukar tulisan tangan, tanpa saya sedari ia sebenarnya telah mengubah perilaku dan tindakan juga serba-sedikit mengenai diri saya sendiri.

RAHSIA TULISAN TANGAN

Apabila rakan-rakan sekeliling melihat perubahan pada diri, saya seolah-olah tidak boleh memberikan sebab-musababnya. Antara inti pati yang membawa saya menerokai bidang ini kerana anak ketiga saya (kini berusia 10 tahun) mempunyai masalah. Ketika usianya empat tahun, saya hantar ke tadika dan cikgu seringkali merungut tentang fiil anak saya yang tidak duduk diam, tidak boleh fokus, mengganggu pelajar lain dan sebagainya. Hairan juga saya kerana apabila di rumah dia tidak berkelakuan begitu. Dan pada ketika usia itu dia masih belum boleh membaca.

Kemudian, apabila masuk usia lima tahun saya hantar ke tadika lain pula dan maklum balas yang sama saya terima daripada gurunya. Kemudian, apabila masuk usia enam tahun, saya hantar ke tadika yang lain pula kerana ingin mengetahui apakah komen daripada guru. Namun, masalah yang sama juga berlaku dan dia masih lagi tidak boleh membaca. Adik-beradiknya yang lain tidak mempunyai masalah ini tetapi berbeza dengannya.

Lantas saya dan suami menghantar anak ke sekolah swasta ketika dia berusia tujuh tahun (darjah satu) kerana mahu mendapat pemantauan khusus daripada cikgu. Namun demikian, dia masih lagi tidak boleh membaca. Kami menghantarnya ke kelas intensif dan maklum balas yang diterima daripada guru, apa yang dibaca minggu ini, dia tidak dapat mengingatinya ketika menghadiri ke kelas minggu berikutnya. Sehinggakan dia tidak mahu ke kelas kerana takut dengan guru yang garang.

Saya juga cuba mengajarnya sendiri di rumah tetapi sukar dan mencabar kerana dia tidak boleh fokus. Hinggakan pernah seorang guru di sekolahnya menawarkan diri untuk mengajar anak saya selepas tamat kelas. Dan dalam masa yang sama saya cari di Google, dengar radio untuk kenal pasti dan mencari punca mengapa anak saya masih tidak boleh membaca. Kemudian, barulah saya tahu mengapa dia tidak seperti kanak-kanak lain kerana mengalami simptom Disleksia. Ketika itu saya sudah mula mendalami analisis tulisan tangan cuma tidak tahu bagaimana mahu mengaplikasikannya.

intrend web3_1

Sumber foto: Shutterstock.com 

 

 

intrend web 2_10

 

Dan ditakdirkan Allah SWT, saya mendapat ilham untuk menyuruh anak saya menulis huruf ‘M’ kerana huruf ‘M’, ‘N’ dan ‘H’ dapat melihat ketajaman fikiran seseorang. Cara dia menulis huruf ‘M’ terlalu melengkung pada pangkal kedua gelung huruf ‘M’. Ini bermakna dia menghadapi kelewatan untuk memahami dan menerima ‘input’.

Kebetulan, di sekolahnya guru-guru menjemput Presiden Disleksia memberikan ceramah dan selepas bertanya dengan individu tersebut maka benar dan sahihlah anak saya berhadapan dengan masalah Disleksia. Natijahnya, kadangkala sebagai ibu saya merasakan sudah masak benar dengan anak-anak tetapi sebenarnya tidak. Ada ketikanya kita memaksa mereka melakukan sesuatu di luar kemampuan kerana kegagalan kita untuk memahami keadaan yang sebenarnya mereka alami.

Dan selepas melalui segala proses ini, saya merasakan bahawa perlunya saya untuk mendidik dan membantu ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak Disleksia. Bagaimana mahu memahami mereka dan melakukan perubahan secara berperingkat.

intrend web 1_5

 

Memang Betul, Disleksia Tak Boleh diubah Tetapi…

Benar Disleksia tidak boleh diubah tetapi pendekatan yang saya ambil adalah melatih anak saya mengubah cara tulisannya. Buku latihan Matematik yang mempunyai kotak-kotak kecil itu berguna dan saya menyuruhnya agar menulis huruf ‘M’ dengan lebih tajam kerana maklum huruf ini mampu menajamkan fikiran.

Dan antara penyebab yang turut mendorong saya mendalami bidang tulisan tangan ini kerana dahulunya saya adalah salah seorang pensyarah jurusan ‘E-Marketing’ di Universiti Malaya (UM). Dan menariknya, apabila saya melihat tulisan tangan pelajar-pelajar saya yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan negara ia menggambarkan karakter sebenar mereka.

Tulisan tangan pelajar-pelajar saya yang berketurunan Cina lebih laju. Mungkin ia didorong oleh budaya mereka yang lazimnya senantiasa pantas, bersifat ingin tahu dan cepat. Manakala tulisan pelajar-pelajar Inggeris pula daripada aspek kelajuan tidak terlalu cepat tetapi tingkat keyakinan mereka sangat tinggi. Dan tulisan pelajar-pelajar Melayu pula kecil, bersifat suka memendam rasa dan tidak yakin.

 

intrend web 5_3

 

Bagaimana pula dengan seseorang yang sering berubah-ubah tulisan tangannya? Adakah ia juga menggambarkan sifat keperibadiannya?

Saya tidak menafikan ada kebenaran pada kenyataan tersebut. Faktor tulisan tangan berubah-ubah sebenarnya didorong beberapa sebab. Pertama ia bergantung kepada emosi ketika menulis. Misalnya, tulisan tangan jika seseorang itu gembira lain lenggoknya. Begitu juga jika seseorang itu diselubungi aura negatif, dalam keadaaan marah atau sedih misalnya; itu semua akan mempengaruhi tulisan tangan.

Seterusnya, jika tulisan tangan seseorang berubah-ubah, personalitinya juga berubah-ubah. Ada juga segelintir daripada kita apabila tulisan dalam mood yang biasa atau apabila menulis laju tulisan tangannya akan berubah. Namun dalam skop ini, setiap unit dan karakter sesuatu huruf tidak akan berubah.

Contohnya, ketinggian palang pada huruf ‘t’ kecil melambangkan tingkat keyakinan dan matlamat seseorang. Lazimnya unit dan karakter huruf-huruf ini tidak akan berubah biarpun ia ditulis dalam kelajuan yang biasa atau laju.

Apa Itu ‘Grapho Therapy Mapping’?

‘Graphotherapy Progress’ pula merujuk kepada terma yang saya pelajari dalam modul tulisan tangan dari luar negara. Change your handwrinting, change your life kerana ia diperakui dan saya sendiri mempraktikkannya. Apabila saya ubah tulisan tangan saya, ia menjadi jauh lebih mudah. Saya buang sifat ‘sentap’ dan tidak yakin pada diri.

Contohnya, melalui carta ini, cuba tulis setiap malam dan latih diri. Misalnya jika tidak yakin, naikkan huruf ‘t’ untuk tingkatkan keyakinan dan matlamat diri. Jika mahu lebih berfi kiran terbuka, anda perlu buka huruf ‘e’. Jika mahu kekalkan momentum positif tulis secara menaik ke atas. Dan anda dapat lihat hasilnya.

Ini semua adalah ilmu dari Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid. Semoga memberi manfaat.

Wawancara majalah Intrend dan Puan Azura. Mengenai analisa tulisan tangan/ rahsia tulisan tangan di SINI

Untuk tip macamana nak mencantikkan otak. Menghasilkan otak yang sentiasa positif dan cemerlang melalui tulisan tangan. Sila KLIK SINI.

One thought on “ANALISA TULISAN TANGAN DI MALAYSIA

Leave a Reply