Tayang wajah tanpa solekan, Liyana Jasmay dipuji cantik

SIKAP selamba pelakon Liyana Jasmay, 36, mempamerkan wajahnya tanpa secalit solekan walaupun berstatus selebriti ketika menikmati burger semasa bercuti di sebuah hotel meraih pujian netizen.

Menerusi video yang dikongsi itu, Liyana yang dipuji cantik oleh pengikut setianya turut memaklumkan dia tidak cukup tidur kerana sibuk menjalani penggambaran.

“Bila belum tidur lebih dari 16 jam. Dapat makan burger sedap, nak menangis!

“Semalam penat berlakon, kena rasuk, lebam kaki, telinga berdarah, mata kabur. Tapi alhamdulillah untuk semuanya. Saya sangat bersyukur,” tulis Liyana dalam TikTok.

Video yang dimuat naik pelakon filem Papadom itu kemudiannya meraih perhatian pengikutnya dalam media sosial, apabila rata-rata memuji  sikapnya yang tampak yakin dan bersahaja.

Bahkan, Liyana juga tidak menggunakan sebarang ‘filter’ pada aplikasi telefon pintarnya untuk menutup cela dan jerawat yang ada pada wajahnya.

“Antara artis yang berani tampil tanpa solekan. Tidak menipu. Awak sungguh ‘authentic’ (tulen),” kata seorang pengikutnya.

Saya nak beritahu awak sesuatu. Awak sungguh cantik walaupun tanpa solekan. Serius, sangat cantik! Sayang awak,” puji seorang peminatnya.

“Elok tak ada ‘control’ cantik walaupun artis. Jadi diri sendiri apa salahnya,” ujar seorang lagi netizen.

Bagaimanapun, Liyana tidak terlepas menerima komen jelik daripada netizen yang mengutuk wajahnya apabila disamakan dengan pembantu rumah atau bibik.

“Ini baru bibik yang sebenar,” kata seorang netizen.

“Ya Allah macam mana suami dia boleh suka?” ujar seorang lagi pengguna TikTok.

Sebelum ini, Liyana pernah dikecam netizen kerana warna kulitnya yang dikatakan semakin gelap berbanding sebelum ini.

Namun, dia tidak marah apabila dilemparkan kata-kata sebegitu malah mengakui takut untuk melalui kesan sampingan sekiranya mengambil suntikan suplimen pemutihan kulit.

Bahkan, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22 itu juga bersyukur, suaminya, Fathuddin Mazlan tetap menerima dirinya seadanya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok