Anda di halaman 1dari 19

SEJARAH, MISTERI,

MITOS DAN
LAGENDA
LANGKAWI
HAPPY HOUR
BADRUDDIN BIN MARUDIN
2PPISMP SEJARAH

Asal-usul nama

Kombinasi antara "Lang" dan "Kawi".


"Lang" diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang.
Keberadaan burung-burung helang yang terbang bertebaran di

kebanyakan tempat di Langkawi antaranya kawasan Kilim


Geopark, Pulau Singa Besar dan seluruh kepulauan Langkawi.
Langkawi juga menjadi habitat kepada sejumlah burung helang

merah kawi.
Kawi beerti merah hati, ini kerana

helang tersebut mempunyai bulu


merah hati dan berkepala putih.

Kawi juga beerti tulisan Kawi, tulisan yang digunakan oleh

masyarakat tradisi Hindu Jawa.


Selain itu, Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi

atau batu kapur. Lambakan Batu Kawi terdapat di Langkawi.


Patung Helang yang terdapat di Dataran Helang jika diteliti, juga

dilihat sedang berdiri diatas Batu Kawi.


Mengikut satu rekod sejarah Dinasti Liang China (500 M) merujuk

kerajaan itu sebagai "Langgasu" yang diasaskan pada kurun


pertama Masihi.
Rujukan lain dijumpai di dalam buku oleh Tun Mohamed Zahir

yang bertajuk The Legends of Langkawi yang mana nama tersebut


menggabungkan dua perkataan Sanskrit"Langka" (keindahan)
dan "Wi" (tidak terkira).

Sejarah
Kurun ke-15, Pulau Langkawi telah direkodkan dalam sejarah oleh pelayar China dan

lain-lain. Ia dipanggil Long-ya-pu-ti ( ) oleh pengembara Dinasti Yuan Wang


Dayuan, dan apabila Dinasti Ming Laksamana Zheng He telah melawat rantau ini dia
menandakan pulau itu sebagai Long-ya-jiao-yi ( ).

Kurun ke-16, pulau terpencil ini diberi pelbagai nama dalam peta zaman itu.

Antaranya Langa, Lanka, Lansura, dan Langapura.


1621, Jeneral Augustin De Beaulieu yang berkhidmat dengan Raja Louis XIV di

Perancis, menyifatkan Langkawi sebagai Lancahui atau lada sulah.


Dia kemudiannya menulis, "Tanahnya subur dengan buah-buahan, beras dan

ternakan. Beberapa batang sungai menyediakan sumber air bersih, hutan luas
dapat dilihat dan pantainya cantik serta berjuraian dengan teluk dan pulau-pulau
kecil sekelilingnya".

Langkawi adalah sebuah nama yang sarat dengan misteri, mitos, dan legenda. Antara
kisah legenda yang berkaitan dengan nama tempat di Langkawi termasuklah:

Gergasi Bertarung
Pulau Dayang Bunting
Mahsuri
Puteri Dayang Sari
Telani dan Telanai
Geroda dan Jentayu
Telaga Tujuh

Pulau Dayang Bunting

Pulau Dayang Bunting

Pulau ini mendapat nama daripada kisah dongeng yang

kononnya pulau ini seimbas menyerupai dayang bernama


Mambang Sari.
Mambang Sari ditipu oleh Mat Teja sehingga membuatkan dia

mengandungkan anaknya kerana terlampau mencintainya.


Namun setelah 7 hari anaknya lahir, bayi tersebut menderita

dengan penyakit yang penyakit misteri.


Mambang Sari kemudiannya meletakkan anaknya ditasik itu

lalu menyebabkan terjadinya lagenda tasik dayang bunting.


Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, kita akan lihat

bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang


terbaring dengan bentuk kepala , dada dan perut yang sedang
bunting.

Pulau Langkawi merupa Pulau yang strategik di dalam pertahanan Negeri

Kedah dalam pergolakan sejarah dari ancam Siam.


Ia merupakan benteng awal dan pusat tinjau pergerakan musuh yang melalui

jalan laut.
Dari Gunung Mat Chinchang seluruh Langkawi dapantdi pantau.
Oleh kerana negeri Kedah menghadapi kemarau lebih empat bulan setahun

(Dis hingga April) bekalan air amat penting kepada orang Langkawi khusus
nya pelaut dan nelayan.
Sebab itu takungan air tawar membuat pulau itu menjadi penting.
Oleh kerana zaman dulu tiada rujukan lokasi secara moden semua lokasi di

beri dalam rupa bentuk supaya Nelayan mudah mencari.


Jadi sifat bentuk orang mengandung sedang tidur menjadi rujukan Pulau

Dayang Bunting.
Kepentingannya di zaman dahulu ialah untuk mendapat bekalan air tawar.

Mahsuri

Jom Tengok Video


Jom Dengar Cerita

Telani dan Telanai

Telani dan Telanai mengisahkan mengenai percintaan di antara seorang

dayang istana bernama Telani dengan kekasihnya ,Telanai ,seorang pahlawan.


Selepas mengalami malapetaka berturut-turut, Sultan yang mendapat tahu
mengenai hubungan tersebut telah menyalahkan hubungan dayang
istananya itu sebagai punca malapetaka tersebut.
Sultan kemudiannya telah memerintahkan Telani dibuang daerah ke sebuah
pulau yang sunyi iaitu Pulau Dayang Bunting. Di situ Telani telah melahirkan
seorang anak lelaki.
Tidak lama kemudian, Telanai pun belayar menuju ke pulau tersebut bagi
mengubati rindunya terhadap Telani dan anaknya.
Semasa pelayarannya, secara tiba-tiba, kilat sambar-menyambar bersertakan
guruh-gemuruh.
Anak Telani yang sedang nyenyak tidur di pinggir tasik terjaga ketakutan, lalu
terjatuh ke dalam tasik itu.
Setelah kabus hilang, Telanai telah bertukar rupa menjadi sebuah pulau yang
kini dikenali sebagai Pulau Tajai, sementara Telani pula menjelma sabagai
batu besar di tempat dia menangis.
Menurut cerita , seekor buaya putih kerap cerita muncul berenang di antara
Pualau Tajai dan batu besar itu. Dikatakan bahawa buaya itu adalah jelmaan
anak pasangan kekasih tersebut.

Telani dan Telanai

Telaga Tujuh

Telaga Tujo adalah satu rangkaian tujuh telaga

semulajadi yang airnya mengalir dari tujuh mata


air.
Dipercayai terdapat tujuh orang puteri dari
kayangan yang sering mandi dan amat suka akan
kesejukan air perigi ini.
Terdapat seorang putera raja yang tinggal
berhampiran perigi ini dan cuba untuk memikat
serta mengahwini salah seorang puteri-puteri ini
tetapi masih belum berjaya.
Air ini juga dipercayai mempunyai kuasa yang
boleh menyembuhkan beberapa penyakit.

Lagenda Mat Chinchang Dan Mat


Raya
Mat Chinchang dan Mat Raya adalah diantara keluarga gergasi yang tinggal di

pulau utama Pulau Langkawi.


Disebabkan oleh saiz yang besar serta kekuatan tenaga yang dimiliki oleh

mereka, bentuk mukabumi Langkawi telah berubah dengan dramatik.


Lagenda meraka bermula, apabila Mat Raya bercadang mengadakan kenduri

sempena pertunangan anak perempuannya dengan anak lelaki Mat Chinchang.


Pada hari majlis itu berlangsung didapati anak lelaki Mat Chinchang telah

berlaku sumbang dengan seorang dara dan ini telah mencetuskan kemarahan
Mat Raya.
Akibatnya, persahabatan dua keluarga ini telah terputus dan wujud

permusuhan yang hebat serta pertumpahan darah dan kehilangan nyawa.


Pergaduhan dua keluarga ini telah mengubah kawasan dipulau utama ini

dimana tempat cincin pertunangan itu jatuh selepas dicampak dinamakan


Tanjung Cincin.

Lagenda Mat Chinchang Dan


Mat Raya
Kawasan dimana peralatan memasak itu pecah dinamakan Kampung

Belanga Pecah, kuah yang mengalir itu dinamakan Pekan Kuah dan tempat
dimana kuah itu meresap ke tanah dinamakan Kisap serta kawasan Air
Hangat yang mempunyai perigi air panas berasal dari bekas memasak air
yang telah pecah bagi majlis tersebut.
Mat Raya dan Mat Chinchang pula telah bertukar menjadi gunung batu yang

dikenali sebagai Gunung Raya dan Gunung Chinchang.


Mat Sawar yang cuba menjadi orang tengah bagi menyelesaikan masalah

pertelingkahan ini telah bertukar menjadi sebuah bukit yang menjadi


pemisah kepada dua gunung ini.
Kampung Air Hangat. Telaga Air Hangat juga wujud akibat pergaduhan dua

gergasi yang sama. Diantara pinggan mangkuk serta periuk belanga yang
pecah terdapat beberapa bekas yang digunakan untuk memasak air panas.
Tempat dimana tumpahnya air panas tersebut menghasilkan telaga air

panas yang wujud sekarang.

Beras Terbakar

Beras Terbakar merupakan tempat yang didakwa terdapatnya beras terbakar selepas tewasnya

Datuk Kerma Wijaya mempertahankan Pulau Langkawi daripada serangan musuh iaitu angkatan
tentera Siam.
Tempat ini terletak di Kampung Raja, Mukim Padang Matsirat. Kawasan ini kini terletak di dalam

kawasan tanah milik perseorangan.


Mengikut cerita orang terdahulu, Pemerintahan Pulau Langkawi bertempat di Kampung Raja. Selepas

kejadian pembunuhan Mahsuri atas perintah Datuk Kerma Wijaya, Pulau Langkawi telah diserang
oleh pihak Siam.
Pertempuran yang dahsyat sehingga mengorbankan Datuk Kerma Wijaya dan panglima-panglima

yang hebat telah berlaku di Selat Berhala Balik yang kini merupakan selat jalan masuk ke Pelabuhan
Kuah sekarang.
Melihat kepada keadaan yang tidak memihak kepada pihak Datuk Kerma Wijaya, beliau telah

mengarahkan penduduk Langkawi supaya menanam beras simpanan yang ada agar tidak jatuh ke
tangan pihak musuh.
Kesan kekalahan itu telah menyebabkan beras simpanan yang ditanam itu telah terbakar.

Kekalahan Datuk Kerma Wijaya dan kejadian beras terbakar dikatakan ada kaitan dengan Sumpahan
Mahsuri.

Anda mungkin juga menyukai