Calon BN Mohd Zaidy terlibat kemalangan ngeri, pemandu kritikal


  • Politik
  • Isnin, 31 Jul 2023

Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan membabitkan Mohd Zaidy pada awal pagi Isnin. — Facebook/DrAsyraf Wajdi Dusuki

CALON Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang di Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir dilaporkan mengalami kemalangan pada awal pagi Isnin.

Perkara itu dikongsikan oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang memaklumkan kejadian itu berlaku pada pukul 3.25 pagi di Jalan Pasir Besar-Palong di Negeri Sembilan.

Menurutnya, keadaan pemandu kenderaan terbabit ketika ini difahamkan berada dalam keadaan agak kritikal.

“Mohon semua dapat doakan agar keduanya kembali sembuh dengan sempurna dan diangkat segala kesakitan,” kata beliau dalam perkongsian di media sosial.

Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini menyaksikan tempoh berkempen akan berlangsung selam dua minggu bermula Sabtu lalu sehingga 12 Ogos depan.

Dalam persaingan merebut kerusi DUN Jeram Padang, Mohd Zaidy akan bertembung dengan calon Perikatan Nasional (PN), S Surash. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram