9 Petua Untuk Melindungi Tumbuhan Anda Dari Lintah Bulan

Pernah tak nampak sejenis haiwan dekat kawasan tanaman korang yang ada sesungut macam siput, tapi tanpa cengkerang? Itulah dia yang dinamakan lintah bulan!

Memang pelik dan menggelikan bila nampak badannya yang berlendir, lembik dan memanjang tu. Kalau musim hujan, memang kena selalu berhati-hati dan pantau tanaman korang, sebab bila tempat lembap lah akan banyak lintah bulan ni.

Haiwan ni tak merbahaya pun pada manusia, tapi keburukan lintah bulan adalah kepada tanaman yang ada. Mereka memang makhluk perosak sayur-sayuran, pokok bunga dan pucuk muda tumbuhan.

Jadi, sebelum korang tak dapat nak rasa hasil dari tanaman yang ada tu, kami nak kongsikan beberapa cara yang dapat menghalau, menghapus, dan menghindar lintah bulan dari kawasan rumah anda.

Sebelum tu, apa kata kita cerita sedikit tentang lintah bulan yang boleh dikatakan unik dan menarik ni.

 

Apa Bendalah Lintah Bulan Ni?

lintah bulan, keburukan lintah bulan, cara bunuh lintah bulan
lintah bulan, keburukan lintah bulan, cara bunuh lintah bulan

Ada juga yang memanggil lintah bulan ini sebagai siput bulan, disebabkan cirinya yang akan sama dengan siput. Sesungut yang ada pada lintah bulan juga boleh bertukar saiz, dan mempunyai mata di hujungnya.

Lendir yang dikeluarkan pula ada dua jenis, lendir cair dan lendir pekat. Lendir tu lah yang membantu haiwan tu bergerak, memanjat tanaman, dan melekat di bawah daun. Haaa…nampak sama kan dengan siput, sebab ada lendir-lendir yang menjengkelkan tu?

Lintah bulan, atau juga dikenali sebagai slug, adalah sejenis omnivor yang memakan apa saja, tak kira makanan tu segar ataupun tak.

Secara amnya, lintah bulan akan memakan semua benda yang berbentuk organik seperti dedaun, kulat, lumut, dan cacing. Tapi, mereka juga adalah pemangsa dan boleh memakan sesama sendiri, serta bangkai haiwan lain!

Satu lagi fakta menarik ialah siput bulan ni adalah sejenis haiwan Hermaprodite, maksudnya ada organ jantan dan betina pada setiap ekor. Semasa mengawan, lintah bulan akan bertukar gamete dan boleh bertelur sebanyak 30 biji dalam tanah atau batang kayu reput, pada satu-satu masa.

lintah bulan, keburukan lintah bulan, cara bunuh lintah bulan
lintah bulan, keburukan lintah bulan, cara bunuh lintah bulan

Boleh bayangkan tak, berapa banyak lintah bulan ni boleh membiak di kawasan tanaman korang? Okay lah, rasanya dah cukup serba sedikit tentang lintah bulan. Sekarang, kita teruskan ke petua yang ada pula.

 

Macam Mana Nak Selesaikan Masalah Lintah Bulan?

Siapa yang ada tanam timun, tomato, dan daun salad memang kena hati-hati sebab semua ni katanya makanan kegemaran diorang.

Tapi, kalau ikutkan tak kisah lah tanam tanaman apa pun, semuanya akan habis disapu kalau lintah bulan ni dibiarkan bermaharajalela.

Disebabkan kami tak nak korang terbeban lagi dengan masalah ni, di sini ada beberapa cara bagi menyelamatkan tanaman yang ada, dan menghapuskan lintah bulan.

1) Tanam tumbuhan yang dibenci

lintah bulan, keburukan lintah bulan, cara bunuh lintah bulan
lintah bulan, keburukan lintah bulan, cara bunuh lintah bulan

Ini boleh dikira sebagai cara yang terbaik dan paling sopan untuk menghindar tanaman dari didatangi oleh lintah bulan. Tanam pokok yang lintah bulan tak suka seperti rosemary, ru, jintan manis, dan kulit kayu manis.

Kalau tak pasti macam mana bentuknya pokok-pokok ni, boleh cari online atau tanya di nurseri pokok. Herba ni semua akan mengeluarkan bau yang tak digemari oleh lintan bulan, sekali gus menghindari mereka daripada datang dekat dengan tanaman lain yang ada.

2) Buang tempat perlindungan

lintah bulan, keburukan lintah bulan, cara bunuh lintah bulan
lintah bulan, keburukan lintah bulan, cara bunuh lintah bulan

Lintah bulan suka bersembunyi dibawah batu bata, perabot-perabot lama, papan dan bongkah-bongkah kayu yang ada disekitar taman kita. Kalau kita buang semua benda-benda ni, lintah bulan akan mula keluar dari tempat persembunyiannya.

Bila dah keluar, mereka bukan saja terdedah kepada pemangsa, tapi tak akan mempunyai habitat yang sesuai untuk membiak. Jadi, dengan sendirinya, populasi lintah bulah akan mula berkurangan.

3) Bina pagar atau penghadang berduri

lintah bulan, keburukan lintah bulan, cara bunuh lintah bulan
lintah bulan, keburukan lintah bulan, cara bunuh lintah bulan

Gunakan bahan yang sesuai dan berbentuk bergerigi untuk diletakkan di sekeliling tanaman anda. Dengan cara ni, ia akan menghalang lintah bulan dari menghampiri tanaman.

Lintah bulan mempunyai badan yang lembut dan berlendir, jadi benda yang tajam dan berduri akan menyukarkannya untuk bergerak dengan cepat. Oleh itu, haiwan tersebut akan cuba mengelak atau pun lari dari merentasi permukaan yang tajam dan berduri.

Apa benda tajam yang boleh anda gunakan? Bahan yang paling mudah nak dapat ialah kulit telur yang boleh ditumbuk dan diletakkan keliling tanaman.

Satu lagi ialah batu kerikil yang mempunyai permukaan yang tajam. Habuk gergaji juga berkesan menghalang lintah bulan dari menghampiri tanaman.

4) Membuat permukaan yang licin

lintah bulan, keburukan lintah bulan, cara bunuh lintah bulan
lintah bulan, keburukan lintah bulan, cara bunuh lintah bulan

Yang ni cara paling berguna untuk tanaman yang ditanam di dalam pasu. Gunakan semburan pelincir seperti WD40 atau semburan silikon di sekeliling pasu supaya permukaannya jadi licin.

Bila dah licin, lintah bulan pun tak mampulah nak panjat permukaan tu. Maka, selamat dan terlindung lah tanaman anda.

5) Pita tembaga

lintah bulan, keburukan lintah bulan, cara bunuh lintah bulan
lintah bulan, keburukan lintah bulan, cara bunuh lintah bulan

Ha ni sama macam siput. Tembaga yang bersentuh dengan lendir lintah bulan akan memberikan tindak balas seperti kejutan elektrik. Bayangkan betapa sakitnya lintah bulan bila terkena renjatan elektrik tu.

Caranya, letakkan pita tembaga pada tempat-tempat yang boleh menjadi laluan lintah bulan seperti di pasu bunga atau atas tanah. Ia akan mampu menghalang lintah bulan dari mendekati tanaman anda.

6) Mengumpan dan membuang

lintah bulan, keburukan lintah bulan, cara bunuh lintah bulan
lintah bulan, keburukan lintah bulan, cara bunuh lintah bulan

Nak umpan lintah bulan ni mudah sangat. Ambil beberapa helai daun salad atau sedikit makanan kucing yang telah kering dan letakkan di satu sudut yang teduh dan lembap untuk mengumpan lintah bulan berkumpul disitu.

Bila nampak lintah bulan dah banyak berkumpul, ambil penyodok dan buanglah mereka. Kalau nak lagi banyak, buatlah di waktu malam sebab tu lah masanya yang kebanyakan lintah bulan akan keluar.

7) Cacing Nematoda/Cacing Gelang

lintah bulan, keburukan lintah bulan, cara bunuh lintah bulan
lintah bulan, keburukan lintah bulan, cara bunuh lintah bulan

Dapatkan Cacing Gelang atau Cacing Nematoda dan masukkan ke dalam air. Lepas tu, siramkan air tersebut ke atas tanah.

Cacing Nematoda adalah parasit kepada lintah bulan, jadi ia akan mula membiak di dalam badan lintah bulan dan memakannya sehingga mati.

Cara bunuh lintah bulan menggunakan cacing nematoda ni agak sadis sebenarnya. Kalau anda jenis tak sampai hati nak tengok, cuba lah cara lain dulu ye!

8) Tabur garam

lintah bulan, keburukan lintah bulan, cara bunuh lintah bulan
lintah bulan, keburukan lintah bulan, cara bunuh lintah bulan

Ni antara cara paling senang nak bunuh lintah bulan. Nampak saja haiwan tu di kawasan tanaman, terus taburkan sedikit garam keatas lintah bulan untuk membunuhnya.

Cumanya, korang kena berhati-hati agar tak menabur terlalu banyak garam sebab takut memberi kesan buruk kepada tanaman pula. Paling elok, bila nak guna garam tu, gunakan bila berjauhan dari tanaman yang ada.

9) Membela pemangsa lintah bulan

lintah-bulan-11
lintah-bulan-11

Disebabkan lintah bulan ni berada di bahagian bawah di dalam rantaian makanan, secara semulajadinya lintah bulan adalah makanan kepada haiwan pemangsa lain.

Membela ayam boleh membantu mengurangkan lintah bulan di kawasan tanaman, dan pada masa yang sama boleh menghasilkan telur dan baja kepada tanaman.

Anda juga boleh cuba galakkan burung-burung mencari makanan di halaman atau berdekatan tanaman. Burung tu akan memakan lintah bulan dan membantu mengurangkan dan menghapuskan populasi mereka.

Itulah dia beberapa cara untuk mencegah dan menghapus lintah bulan yang menyerang dan memakan tanaman anda.

Semoga lepas ni, tak ada lagi kerabat lintah tanah di kawasan rumah anda, dan semua tanaman dapat membesar dengan jayanya!

 

Kalau lintah bulan bukanlah masalah haiwan perosak yang anda hadapi, cuba lihat panduan kami untuk Hapuskan 10 Jenis Serangga Dan Haiwan Perosak Di Rumah. Mana tahu ada masalah lain yang dapat kami selesaikan!