Pakaian Tradisional Pelbagai Kaum Di Malaysia

Malaysia terkenal dengan kepelbagaian kaum. Antaranya ialah kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain. Setiap kaum mempunyai pakaian tradisional, makanan dan budaya masing-masing.

Mari kita melihat pakaian tradisional pelbagai kaum di Malaysia.

Kaum Melayu lelaki memakai baju Melayu. Manakala kaum Melayu perempuan pula memakai baju kurung.

Pakaian tradisional bagi kaum Cina lelaki ialah samfu. Manakala pakaian tradisional bagi kaum Cina perempuan ialah ceongsam dan jubah panjang.

Kaum India lelaki memakai doti. Manakala kaum India perempuan pula memakai sari.

Gambar-gambar di atas menunjukkan pakaian tradisional tiga kaum terbesar di Malaysia. Pakaian setiap kaum mempunyai corak dan ciri istimewa tersendiri yang mewakili kaum mereka. Budaya ini masih diwarisi hingga kini.

Sumber : http://anaznews.blogspot.com/2012/04/funny-cartoon-animated-widget-for.html#ixzz2AbdZaXp1

10 comments on “Pakaian Tradisional Pelbagai Kaum Di Malaysia

Tinggalkan komen