makan

Lebih 6k 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Ayam Goreng Kunyit Enak Macam Di Kedai. Mudah!

Jom hasilkan resepi ayam goreng kunyit dan sambal belacan yang enak dan murah ini!

Cover image via Haja Salleh / Facebook

Nasi yang berlaukkan ayam goreng kunyit sememangnya hidangan lazat yang murah dan mengenyangkan!

Tidak boleh dinafikan bahawa hidangan ini memang nikmat. Lebih-lebih lagi jika dinikmati bersama sambal belacan dan kicap manis. Fuhh memang layan!

Untuk resepi ayam goreng kunyit viral seperti di kedai, ikuti perkongsiap resepi dari pengguna Facebook Haja Salleh ini yang telah mendapat 6.6k shares!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Bahan-bahan perapan ayam

  • 600 gram dada ayam (dipotong dadu)
  • 15 gram tepung jagung
  • 10 gram tepung beras
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • Satu kiub ayam
  • Sedikit air
  • Garam (Secukup rasa)

Bahan-bahan untuk digoreng

  • 1 biji lobak merah (dipotong halus)
  • 1/2 biji bawang merah (atau bawang kuning mengikut citarasa anda)
  • 1 mangkuk kacang merah (dipotong 2-4cm)

Bahan-bahan untuk sambal belacan
  • 5 biji merah
  • 6-10 biji cili padi merah
  • Sedikit belacan
  • Gula (secukup rasa)
  • 1/2 biji tomato (dipotong dadu)

Ikuti cara-cara menyediakan ayam goreng kunyit ini:

1. Gaul semua bahan-bahan perapan ayam sehingga sebati.

2. Perapkan ayam seketika sebelum menggoreng.

3. Gorengkan ayam sehingga garing.

4. Gorengkan pula kacang panjang, lobak merah dan bawang merah selama 5-8 minit atau sehingga layu. Masukkan ayam tadi, dan gorengkan seketika. Angkat dan toskan.

Tips tambahan: Simpankan sedikit minyak gorengan ayam untuk menumis sambal belacan. 

Hasilkan sambal belacan untuk dinikmati bersama ayam goreng kunyit pula:

1. Tumbukkan cili merah, cili padi, belacan dan gula.
2. Masukkan pula tomato yang sudah dipotong dadu dan tumbuk sehingga lumat.
3. Apabila bahan-bahan sudah menjadi pes, tumiskan sejekap di dalam kuali dengan menggunakan sedikit minya gorengan ayam tadi. Tumis dalam 5 hingga 8 minit.

Apabila lauk Ayam Goreng Kunyit sudah siap, inilah hasilnya. Senang betul!

Hidangan ini ternyata lebih enak jika disediakan sendiri di rumah kerana anda boleh menghasilkan ayam goreng kunyit ini mengikut cita rasa anda. Sama ada anda mahu melebihkan ayam atau sayur, kesemuanya terpulang kepada anda. Sedap pun sedap!

Sumber resepi: Haja Salleh

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom cuba banyak lagi resepi ayam goreng di sini:

Jom check out tips memilih ayam yang segar di sini:

You may be interested in: