seismik

[GAMBAR] Viral Tandas Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Serupa Toilet Hotel 5 Bintang

Macam shopping mall pun ada!

Cover image via SJKC CHUNG KWOK (FB)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular sebuah posting yang memaparkan gambar tandas sekolah yang mewah

Pada hari pertama sekolah Isnin lepas, 11 Mac, SJK(C) Chung Kwok memuat naik sembilan gambar tandas dinding jubin yang telah diubah suai. 

Tandas itu dilengkapi dengan jamban pembilasan automatik. Paip air juga dilihat canggih dan mewah. 

Image via fbcdn.net
Image via fbcdn.net
Image via fbcdn.net
Image via fbcdn.net
Image via fbcdn.net
Image via fbcdn.net
Image via fbcdn.net

"Terima kasih kepada orang-orang mulia yang berjaya hasilkan impian ini" - SJK(C) Chung Kwok

Melalui temu bual dengan SAYS, salah seorang wakil dari SJK(C) Chung Kwok mengatakan ubah suai tandas ini mengambil masa tiga bulan.

"Ada banyak penyumbang. Saya tidak dapat memberikan jumlah yang tepat kerana sesetengah orang menyumbangkan wang, manakala yang lain menyumbangkan usaha.

"Kebanyakan penyumbang adalah ibu bapa. Apabila kontraktor sedang bekerja pada projek itu, mereka tidak mengenakan bayaran penuh kepada kami. Penjual jubin juga tidak mengenakan bayaran penuh kepada kami.

"Sesetengah ibu bapa adalah pereka dalaman, jadi mereka membantu dalam mereka bentuk tandas. Para ibu bapa juga memberikan cadangan semasa membeli wayar elektrik, lampu, dan barang-barang lain yang pelbagai," kata wakil tersebut.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: