Siakap Keli
Gambar: Eddy Azuan

Modal Sekitar RM3k, Lelaki Usahakan Kolam Renang Mini Kat Tepi Rumah, 7 Hari Boleh Siap Buat Sorang-sorang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Anak kecil mana yang tak suka main air? Kalau ada kolam renang di rumah sendiri, pasti mereka gembira. Bagi mereka yang tidak mempunyai ruang yang luas, sudah memadai menggunakan kolam boleh kembung (inflatable) untuk anak-anak bermain air.

Jika rumah anda mempunyai halaman, anda mungkin boleh mempertimbangkan teknik lelaki ini membina kolam renang buat anak-anaknya. Dengan modal sekitar RM2,500 sehingga 3,000 sahaja, Encik Eddy Azuan telah berjaya menghasilkan kolam renang sendiri berukuran sekitar 2 x 4.1 meter berbekalkan barangan yang dibeli dari atas talian sahaja.

Jom baca perkongsian beliau di bawah.

Projek DIY musim PKP: Kolam Renang Mini

Alhamdulillah.. Akhirnya jadi reality juga projek ni. Memang nak mula bertangguh-tangguh. Tapi dah mula 7 hari siang malam kita usahakan juga secara SOLO. iyer.. Sorang-sorang. jaga SOP kan. Adalah cuba dibantu oleh anak-anak, tapi 3 minit ja dia bertahan.

Buat projek ni hasil kajian dari Google, Youtube dan FB. Ni saya kongsikan step-step yang perlu lalu untuk bagi jadi. Mana tau ada yang nak cuba DIY juga.

*Awas. Nak DIY projek ni memang makan masa, tenaga dan kulit pun legam dibuatnya. Terima kasih sokongan isteriku Syuhada Kamil!!! Tanpamu memang tiada ketenangan untuk fokus pada kerja-kerja ni.

*Ok. Projek dah siap, saya nak fokus balik kepada bisnes. Nak sewa/jual/beli rumah PM saya. Kasi settle A to Z.

Langkah-langkah

1. Ni la rupa asal ruang yang ada.. rumput tiruan tu mmg dah ada.. cuma tanah tak sama level dengan lantai batu..

2. Inilah lakaran pelan. Orang kata lukis dulu baru nampak. Oh ya.. Ada yang tanya kenapa perlu buat deck keliling?
a. Taknak kucing dtg cakar
b. Taknak ada haiwan bermastautin celah-celah..
c. Melindungi sistem paip yang ada
d. Nampak kemas dan siap

3. Barang-barang dipesan dari online. 3 hari terus sampai depan rumah. Cuma kanvas kolam yang sebelah dalam tu beli dari set pool yang dah siap. BESTWAY 2m x 4m. Kedalaman 1 m. Boleh try cari di Shopee. Harga lebih kurang RM700-800.

4. Kerja-kerja dimulakan.. Dimulakan dengan memunggah semula rumput tiruan untuk proses meratakan sedikit tanah.

5. Lebih kurang 15 kampit pasir digunakan.. kenapa tak simen? Hahaha.. tak larat nak bancuh.. kenapa tak pakai tanah merah? Kat kedai online tu je ada.. senang sekali order.. rumusan.. sebaiknya lantai tu simen dulu cun kalau ada modal tenaga dan mesin.

6. Lebih kurang hasil setelah pasir diratakan.. jgn lupa paip longkang utk air keluar.. hujungnya akan ditutup dgn jaring supaya mmg takda ‘menatang’ leh keluar masuk..

7. Lepas tu, cover balik dgn WEED MAT.. utk elak pertumbuhan tumbuhan di celah2.. saya kekalkan rumput tirua n sebagai alas sebab nak jadikan lembut didasar kolam bila pijak…kalau tak risau ada batu, atau benda tajam lain..

8. Framing dimulakan dengan jasa bahan mentah BESI BIRU! Pelan2 potong pakai gunting.. tak berani pakai GRINDER..

9. Inilah bukti 3 minit yg sempat dirakam jiran.. bantuan anak2 yg kunun nak bantu.. 3 minit jaaaaaa.. pastu resign..

10. Siap lebih kurang frame utk deck.. ingat, ini utk tampung DECKING.. tak pasti kalau pakai kanvas tanpa set pool buleh tampung beban air atau tak..

11. Indahnya besi biru ni… walau dia bakal hilang dimata.. tapi takkan dilupakan jasanya sebagai tetulang keutuhan DECK nanti..

12. Tangga pool tu lebihan .. nanti kena DIY adjust sikit..

13. Lepas siap FRAME.. kita usahakan sistem PAM dan FILTERnya… asalnya pam 0.5hp.. kemudiannya akan ditapis ke sand filter…

Namun selepas dicuba pam 0.5hp tak cukup power utk bantu bila nak vacuum sedut habuk dilantai… maka… UPGRADE ke 3.0hp!

14. Lepas siap sistem pipe dan pump.. mula pasang kolam KANVAS.. dan try isi air.. waktu inilah tetiba yang RESIGN kerja tadi terus dtg balik bertugas.

15. Deck dipasang… saya guna PRIMA PLANK.. ada urat kayu…

16. Hehehe.. hampir siap dah… mmg buat sekali area utk shower dan cuci kaki.. dak kecik ni dah mula enjoy ruang baru..

17.. Akhirnya!!!! SIAP!!!.

Sumber: Eddy Azuan

Amira

Love yourself.