Siakap Keli
Perbezaan pacat dan lintah
Kredit PetroSains, Flickr

Seakan Sama Tapi Tak Serupa, Ketahui Perbezaan Antara Pacat Dan Lintah

Seakan Sama Tapi Tak Serupa, Ketahui Perbezaan Antara Pacat Dan Lintah

Apabila sebut sahaja nama dua jenis haiwan ini iaitu lintah dan pacat pasti terlintas di fikiran tentang bayangan rupa haiwan penghisap darah ini.

Kedua-dua haiwan ini berasal daripada rumpun keluarga cacing beruas atau annelida. Mereka memiliki alat pada badan yang bertujuan untuk menghisap darah manusia atau haiwan yang lain.

Kebiasaannya lintah dan pacat akan melekap atau menggigit anggota tubuh manusia dan haiwan yang lain sehingga darah memenuhi kantung tubuhnya.

Kredit Flickr

Apa perbezaan yang boleh kita kenal pasti antara dua haiwan ini pula?

Walaupun kedua-dua haiwan ini mempunyai persamaan suka menghisap darah, namun masih terdapat perbezaan yang jelas berkenaan dua jenis haiwan ini.

Perbezaan yang pertama ialah habitat atau tempat tinggal haiwan ini. Lintah boleh dijumpai di kawasan berair seperti paya, tasik atau parit-parit. Manakala pacat pula boleh dijumpai di kawasan darat yang lembap seperti hutan yang tebal.

Selain itu, secara umum lintah mempunyai badan yang pipih dan beruas-ruas dengan panjang tubuh antara 1cm hingga 30cm.

Pada hujung proterior dan anterior lintah terdapat alat penghisap darah. Kombinasi alat penghisap proterior dan anterior merupakan kaedah yang digunakan oleh haiwan ini untuk bergerak.

Kredit MyHealth

Sementara anterior digunakan untuk menghisap darah, proterior pula digunakan untuk menetapkan kedudukan daripada bergerak semasa proses menghisap darah dilakukan.

Pacat juga mempunyai anatomi badan yang sama namun perbezaan yang paling ketara dapat dilihat ialah saiz badan bagi kedua-dua haiwan ini. Pacat mempunyai saiz badan lebih kecil berbanding lintah dan perbezaan ini menyebabkan haiwan ini lebih susah untuk dikesan.

Kredit MyHealth

Apa yang pasti haiwan jenis hermafrodit ini mempunyai kedua-dua organ sebagai jantan dan betina.

Kesan gigitan diserang lintah/pacat

Seperti sedia maklum, lintah akan menggunakan gigi yang tajam untuk membuat luka bagi melakukan proses menghisap darah daripada mangsanya.

Namun proses menghisap darah oleh lintah ini juga boleh mendatangkan bahaya kepada manusia terutamanya yang mengalami masalah anemia.

Kredit PetroSains

Jika seseorang yang mengalami masalah anemia diserang oleh sejumlah lintah dan pacat yang banyak maka paras sel darah merah mereka boleh berkurangan.

Selain itu, pesakit yang mengambil ubat untuk mencairkan darah juga akan berhadapan pendarahan yang teruk kesan daripada gigitan haiwan ini tadi. Ia juga boleh menyebabkan kegatalan yang teruk pada bahagian gigitan haiwan tersebut.

Kes serangan lintah

Terdapat satu kes yang berkaitan serangan lintah terhadap seorang wanita yang berusia 70 tahun.

Lintah dilaporkan telah memasuki bahagian faraj wanita tersebut ketika mangsa sedang menggunakan air yang didiami haiwan itu untuk mandi.

Kredit PetroSains

Walaupun keadaan ini sangat jarang berlaku kepada wanita yang sudah menopaus, ia masih boleh menyebabkan morbiditi dan kematian kepasa mangsa.

Wanita berusia 70 tahun yang sudah menopaus lebih 20 tahun lalu telah mengalami pendarahan faraj selama tiga minggu di Hospital Gimbie Adventist, Ethiopia Barat.

Semasa pemeriksaan, dia mengalami tanda-tanda vital yang tidak jelas dan terdapat cacing dikesan bergerak yang melekat pada dinding serviksnya.

BACA: Agensi Padam Memori Manusia Diceroboh, Orang Dalam Disyaki Curi Teknologi ?

Wanita itu kemudiannya mengalami hipovolumik dan anemia teruk akibat pendarahan faraj walaupun sudah menopaus.

Pesakit akhirnya berjaya distabilkan dengan rawatan kristaloid intraven dan lintah berjaya dikeluarkan dari farajnya.

Wanita itu juga telah ditransfusikan dua unit darah penuh dan dibenarkan keluar selepas prosedur ketiga dengan ferus sulfat.

Perlu diingatkan haiwan penghisap darah ini sangat berbahaya, kaedah rawatan khusus juga perlu dititikberatkan apabila anda menjadi mangsa serangan haiwan ini.

Sumber: Petrosains, MyHealth, HelloDoktor, Ethiopian Journal of Health Sciences

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka