Dapur

Resepi Roti Naan Ala ‘Turkish Bread’, Menggebu Cantik & Lembut Sangat!

38
SHARES
roti naan

Roti naan yang juga dikenali sebagai roti tempayan merupakan sejenis roti tanpa penaik (yis) yang dimasak dengan cara menampalkannya dalam tempayan. Namun, resepi roti naan kali ini memerlukan yis dan hanya dibakar di atas kuali saja dan hasilnya menggebu cantik.

Menariknya lagi, resepi roti naan Puan Nor Aini Abd Rahman ini dihasilkan seakan turkish bread. Jadi, tunggu apa lagi jom cuba buat!

Baca juga: Resepi Lauk Pantang Bawang & Ikan Bilis Rangup Yang Enak, Sampai Sekeluarga Ketagih!

ROTI NAAN ALA TURKISH BREAD

roti naan

Gambar: Nor Aini Abd Rahman

Roti naan ala turkish bread lembut gebu gebas.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung high protein
  • 1/2 cawan air masak
  • 1 sudu kecil yis
  • 1 sudu besar gula

Baca juga: Resepi Rotiboy Ekspres Guna ‘Airfryer’, Hasilnya Lembut & Gebu Sangat!

Cara-caranya:

roti naan

Gambar: Nor Aini Abd Rahman

  1. Uli semua bahan sehingga membentuk doh dan tak melekat di tangan.
  2. Kemudian, rehatkan 1 jam bagi doh kembang.
  3. Bahagikan kepada 3 bahagian.
  4. Bulatkan doh dan leperkan dengan rolling pin.
  5. Bakar atas kuali 5-6 minit sehingga kedua dua belah keperangan.
  6. Setelah itu, ia boleh diangkat.

Penulis tak sangka, mudah rupanya nak buat roti naan ini. Jadi, pembaca SirapLimau jangan lupa untuk mencubanya dan bolehlah menikmatinya bersama keluarga!

Boleh lihat cara uli dan bakar roti naan di sini.

Baca juga: 3+ Tips Bersihkan Lala (Seafood) Dari Pasir, Lumpur & Bau Hanyir, Dijamin Mudah!

Sumber: Nor Aini Abd Rahman via Berkongsi Ilmu Kuih Muih dan Masakan – BIKMM

FT Image: Nor Aini Abd Rahman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×