Resipi Ayam Masak Cili Hijau

AYAM MASAK CILI HIJAU

Bahan-bahan:

1 ekor ayam, dipotong 8 atau 12

10 biji cili hijau*

1 labu bawang Holland*

2 ulas bawang putih*

Sedikit belacan*

Tomato, dicencang kasar

Garam, gula

Cara Masak:

Bahan bertanda * dikisar kasar. Ayam digaul tepung jagung, garam, serbuk kunyit dan digoreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.

Keluarkan minyak goreng ayam, tinggalkan sedikit untuk menumis bahan kisar. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan tomato, garam, gula. Tambah air sikit jika terlalu kering. Masak hingga pecah minyak sekali lagi, masukkan ayam. Gaul rata hingga ayam masak sepenuhnya.

Siap.

Masakan ni tak pedas sebab guna cili hijau sahaja. Kalau nak pedas, boleh tambah cili padi. Seimbangkan pedas dengan gula dan asam keping.