Connect with us

Terkini

Kempen antidadah kalangan remaja perlu dianjur lebih kerap –  AADK

Program kempen antidadah dalam kalangan remaja perlu dilaksanakan dengan lebih kerap bagi membendung jenayah penyalahgunaan dadah dalam kalangan golongan itu.

Wartawan TMT

Published

on

Kempen antidadah kalangan remaja perlu dianjur lebih kerap -  AADK
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Program kempen antidadah dalam kalangan remaja perlu dilaksanakan dengan lebih kerap bagi membendung jenayah penyalahgunaan dadah dalam kalangan golongan itu.
  • Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sutekno Ahmad Belon berkata kempen seperti itu bukan sahaja boleh mengisi masa senggang remaja dengan aktiviti sihat tetapi ia juga dapat membantu usaha kerajaan dan agensi berkenaan membanteras penyalahgunaan dadah di negara ini.
  • “Pengisian program perlu diberi penekanan dari aspek pemantapan bahaya dadah, pembangunan nilai jati diri, daya tahan dan kepimpinan,” katanya ketika merasmikan Kempen Bersepadu ke Arah Malaysia Bebas Dadah dan Jenayah Juvana 2023 di sini semalam.

KUALA LUMPUR: Program kempen antidadah dalam kalangan remaja perlu dilaksanakan dengan lebih kerap bagi membendung jenayah penyalahgunaan dadah dalam kalangan golongan itu.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sutekno Ahmad Belon berkata kempen seperti itu bukan sahaja boleh mengisi masa senggang remaja dengan aktiviti sihat tetapi ia juga dapat membantu usaha kerajaan dan agensi berkenaan membanteras penyalahgunaan dadah di negara ini.

“Pengisian program perlu diberi penekanan dari aspek pemantapan bahaya dadah, pembangunan nilai jati diri, daya tahan dan kepimpinan,” katanya ketika merasmikan Kempen Bersepadu ke Arah Malaysia Bebas Dadah dan Jenayah Juvana 2023 di sini semalam.

Kempen berkenaan merupakan anjuran Pertubuhan Pembasmian Jenayah Narkotik Malaysia (PJNM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan AADK.

Sementara itu Pengerusi PJNM Datuk Zulkifly Ibrahim berkata pendidikan awal mengenai bahaya dadah mampu mencipta persekitaran yang lebih selamat dan sihat untuk golongan muda di negara ini.

Zulkifly berkata kempen kesedaran tentang dadah dan jenayah juvana adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan dadah dan jenayah berkaitan juvana dengan tumpuan kepada pencegahan dan pendidikan.

“Kami komited untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak, termasuk agensi penguatkuasaan undang-undang, pihak berkuasa tempatan dan rakan-rakan korporat, untuk meluaskan jangkauan kempen kesedaran kami dan memberikan kesan positif kepada masyarakat. — BERNAMA

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

(VIDEO) Israel serang Rafah, Musim haji tahun ini mungkin terjejas – ZRA

Musim haji tahun ini kemungkinan terjejas susulan serangan Israel ke atas Rafah, kata wartawan kanan, Zainal Rashid Ahmad (ZRA).

Avatar

Published

on

Foto: Wartawan kanan, Zainal Rashid Ahmad (ZRA).

KUALA LUMPUR – Musim haji tahun ini kemungkinan terjejas susulan serangan Israel ke atas Rafah, kata wartawan kanan, Zainal Rashid Ahmad (ZRA).

Beliau tidak menolak kemungkinan itu sekiranya Majlis Kerjasama Teluk (GCC) mengambil tindakan melancarkan perang atau membantu kumpulan yang mahu masuk ke medan perang sebagai respons kepada serangan Israel.

“Bererti akan ada ketegangan yang lebih besar di Asia Barat. Yang menjadikan ruang udara untuk musim haji tahun ini akan terjejas.

“Sama ada Israel marah dan akan attack (serang) kedudukan Axis of Resistance (kumpulan penentang Iran). Dia (Israel) boleh lancar sahaja peluru yang menjadikan ruang udara sampai ke Arab Saudi jadi cemas kerana Iraq kemudian ada Houthi. Houthi ada di hujung sana. Peluru berpandu kalau ditembak saja kalau nak dipintas atau tak dipintas oleh (Arab) Saudi tetap ruang udara itu boleh ditutup pada musim perang.

“Bererti empat juta jemaah haji, termasuk lebih 30 ribu yang ada di Malaysia ini sekarang berada telur di hujung tanduk. Siapa saja yang mengkaji geopolitik dalam bentuk yang lebih luas kita akan lihat gangguan perang ini akan sampai ke musim haji,” katanya menerusi klip video di TikTok bertajuk ‘Pencetus Ketidakstabilan Ekonomi Dunia’ pada Rabu.

Zainal yang juga pengasas ZRA Strim percaya Israel tidak mahu peperangan selepas musim haji kerana ia akan mengurangkan tekanan kepada umat Islam selain tidak dapat ‘memperdajalkan’ peluang mereka untuk menunaikan ibadah itu.

“Dia (Israel) nak buat sekarang supaya Arab Saudi (dan) negara-negara yang berada di dalam ruang udara musim haji yang mana negara-negara ini tak boleh bertindak kalaulah mereka mahukan ruang udara selamat bagi membolehkan jemaah haji yang mula terbang masuk pada pertengahan Mei ini tak terjejas penerbangan mereka seluruh dunia.

“Israel mahukan perang itu sekarang. Jadi ambil pandangan yang lebih luas, yang lebih menggambarkan kita ini bukan Islam kiasu Melayu yang hanya apabila kena dekat Melayu dan Islam maka kita jaja nama agama bahawa kitalah orang Islam terugi, yang terpaling terancam,” katanya dipercayai merujuk kritikan segelintir pihak mengenai isu rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan ekoran penutupan beberapa syarikat kerana boikot. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending