Tempeyek (sesetengah orang memanggil rempeyek) merupakan antara hidangan kuih yang cukup popular terutamanya ketika hari raya aidilfitri mahupun aidiladha.

Dengan tekstur yang rangup serta rasa rempah ratus secukup rasa, tempeyek juga sesuai untuk dijadikan kudapan ketika bersantai atau menonton televisyen.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Saban hari dapat dilihat jualan tempeyek di kedai makan dan kedai runcit, tetapi adakah tempeyek yang berada di pasaran ‘kena’ dengan selera kita?

Mungkin ada yang tidak memenuhi citarasa anda seperti kurang rangup, terlalu masin atau kurang rasa rempah ratusnya.

Sehubungan dengan itu, The Vocket ingin kongsikan resepi ringkas turun temurun untuk anda mencuba sendiri menghasilkan kuih tempeyek ini.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah dua cawan tepung beras, sebiji telur, dua sudu rempah ratus (terdiri daripada jintan manis, jintan putih, biji rempah dan biji ketumbar), kiub ikan bilis separuh, tiga cawan santan, sesudu air kapur, ikan bilis dan kacang tanah.

Untuk tujuan kebersihan, ikan bilis dan kacang tanah perlu dibasuh dan dikeringkan sebaik-baiknya.

Tempeyek

Selepas lengkap segala bahan yang diperlukan, bancuh kesemua bahan (kecuali ikan bilis dan kacang tanah)  di dalam satu bekas. Kemudian, bancuhan tersebut perlu dikacau rata sehingga kesemua bahan tersebut menjadi sebati.

Tiga sudu udang kering dan empat ulas bawang putih yang dikisar sehingga hancur juga diperlukan untuk diadunkan sekali bersama bancuhan tersebut.

Apabila minyak sudah cukup panas, gunakan senduk untuk mengambil sedikit bancuhan tersebut dan masukkan sekali ikan bilis serta kacang tanah [kuantiti] mengikut selera masing-masing ke dalam alat acuan kuih tempeyek ini.

Seterusnya, masukkan ke dalam kualiti dan ulangi langkah sama sehingga dipenuhi dengan kuih tersebut.

Harus diingat, bancuhan yang terlalu banyak dalam acuan tersebut akan menyebabkan lapisan kuih menjadi terlalu tebal.

Selain itu, api tidak boleh terlalu kecil kerana ia akan membuatkan tempeyek berminyak apabila diangkat.

Manakala tidak boleh juga terlalu besar kerana ia akan menyebabkan tempeyek mudah hangus tetapi isinya tidak masak dengan baik.

Nampak macam tak susah sangat kan? Selamat mencuba!