TARIAN – TARIAN TRADISIONAL DI MALAYSIA

Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum di mana terdiri daripada tiga kaum yang utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Pelbagai adat dan budaya yang dapat dipelajari daripada masyarakat berbilang kaum ini, terutama dapat dilihat daripada tariannya.Tarian dapat didefinisikan sebagai satu seni tari pergerakkan badan, kaki dan tangan mengikut rentak muzik yang dimainkan. Tarian yang dipersembahkan dari setiap kaum mempunyai asal usul dan tujuan tersendiri. Sebagai contoh tarian mak yong, zapin, gamelan, asyik, kathakali, bharatanatiyam, singa, kipas, ngajat dan sumazau.

TARIAN MELAYU
TARIAN MAK YONG 

Tarian Mak Yong yang berasal dari Patani di selatan Thailand dicipta untuk hiburan kerabat DiRaja wanita, permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan kerabat diRaja lelaki. Tarian ini menggabungkan drama romantis, serta tarian dan nyanyian tradisional dengan gaya yang menawan, yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan Melayu.

TARIAN ZAPIN
Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini, yang diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam.

TARIAN JOGETTarian yang paling terkenal di Malaysia ini adalah sebuah tarian yang meriah, dengan rentak yang agak laju. Tarian ini, yang dipersembahkan oleh pasangan penari dengan gerak-geri pantas yang disulami pelbagai usikan, berasal dari tarian tradisi Portugis yang diperkenalkan di Melaka sewaktu era perdagangan rempah di situ.

TARIAN SARAH
Tarian Sarah merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian Sarah mempunyai irama muzik padang pasir yang rancak yang mewakili riang gembira. Tarian ini terkenal di kalangan Masyarakat Johor yang berketurunan Arab di Daerah-daerah Johor Bahru, Batu Pahat dan Muar.

   Di Johor, tarian ini kebiasaannya ditarikan oleh pasangan lelaki sahaja. Mereka menari beriringan dengan gerakan yang sama dan dalam satu tempo lagu berirama Samrah, pasangan penari dapat menari secara bergantian dan ini membolehkan pasangan pertama tadi berehat dan diganti dengan pasangan berikutnya dan demikianlah seterusnya. (Tarian ini boleh juga ditarikan oleh penari wanita tetapi di ruang yang berasingan dan tertutup dan dikhaskan untuk penonton wanita sahaja). Tarian ini juga ditarikan di majlis-majlis keraian dan di majlis-majlis kekeluargaan seperti majlis kesyukuran dan perkahwinan. Tarian ini juga ada kalanya berlarutan hingga jauh malam.

TARIAN INDIA 
TARIAN BHARATHANATYAM

Bharatanatyam adalah tarian tradisional masyarakat India dari Tamil Nadu, India. Istilah “bharatanatyam” berasal daripada gabungan suku kata “bha” (bhava, ekspresi), “ra” (raga, muzik), “ta” (tala, ritma) dan “natyam” (seni tarian dramatik).
Teknik tarian bharatanatyamadalah berasaskan teksNatya Sastra yang dianggap sebagai manual rasmi bagi semua seni drama, tarian dan muzik tradisional di negara India. Natya Sastra ditulis oleh Bharata Muni lebih 2500 tahun dahulu.
Pada asalnya, bharatanatyam hanya ditarikan oleh devadasiiaitu golongan gadis yang menghambakan diri kepada dewa-dewa dan kuil, serta tidak akan berkahwin sepanjang hayat. Golongan devadasi membuat persembahan bharatanatyam di kuil untuk menunjukkan cinta mereka terhadap dewa yang dipuja.
Mengikut peredaran zaman, bharatanatyam mula menjadi persembahan pentas. Penari lelaki juga mula melibatkan diri dalam tarian tradisional ini.
Terdapat dua bahagian utama dalam tarian bharatanatyamiaitu nritta dan nrityaNritta merujuk pada gerak-geri abstrak oleh penari dalam usaha menunjukkan kehebatan dan kemampuan membuat persembahan bharatanatyam.
Manakala bahagian nritya adalah bahagian “cerita” di mana penari menjadi “pencerita” yang akan menyampaikan sebuah kisah kepada para penonton melalui gerak-geri (abhinaya) penuh ekspresif tanpa suara. Kisah akan disampaikan melalui lagu yang dinyanyikan oleh seorang vokalis wanita.
Abhinaya yang digunakan oleh penari bharatanatyam termasukmukhabhinaya (ekspresi muka), hastabhinaya (ekspresi tangan;mudra), netrabhinaya (ekspresi mata) dan angikabhinaya(gerak-geri seluruh tubuh).
Pergerakan penari adalah secara semitrikal; iaitu apabila suatu aksi dilakukan pada sebelah kanan, maka aksi yang sama akan dilakukan pada sebelah kiri. Penari bharatanatyam juga mampu menggerakkan setiap bahagian anggotanya secara berasingan; misalnya hanya kepala atau mata digerakkan.

TARIAN KOLATTAM

Kolattam adalah seni kampung purba. Tarian ini dilakukan oleh wanita sahaja, dengan dua batang kayu diadakan di setiap tangan dan dipukul untuk membuat bunyi berirama.Kummi adalah salah satu bentuk purba tarian kampung Tamilnadu. Ia berasal apabila tidak ada alat muzik, dengan para peserta bertepuk tangan mereka untuk menjaga masa. Ini dilakukan oleh wanita; pelbagai jenis Kummi, seperti, Poonthatti Kummi, Deepa Kummi, Kulavai Kummi, Kadir Kummi, Mulaipari Kummi dan lain-lain yang diketahui. Wanita berdiri dalam bulatan dan menari bertepuk tangan mereka  untuk mengangkat lagu-lagu. Tarian ini lazimnya dipersembahkan ketika perayaan kuil, Pongal, pesta menuai, fungsi keluarga seperti untuk menyambut kedatangan umur daripada anak perempuan dan lain-lain baris pertama lagu ini dinyanyikan oleh wanita yang terkemuka. 

TARIAN KATHAKALIKathakali adalah tarian yang berasal dari Kerala (India Selatan). Tarian ini merupakan drama musikal yang bermakna permainan cerita dan ditarikan untuk menggambarkan kemenangan kebenaran atas kesalahan. Para penari Kathakali menggunakan riasan wajah serta kostum tarian yang berwarna meriah. Ini melambangkan bahwa karakter-karakter yang dimainkan merupakan mahkluk dari dunia lain. Riasan wajah-wajah penari dapat dibedakan sebagai satvik (rupa dewa), rajasik (rupa ksatria), dan tamasik (rupa setan). Tema tari Kathakali berasal dari cerita klasik Ramayana, Mahabharata dan berbagai kisah legenda dan mitologi Hindu.

TARIAN CINA 
TARIAN NAGA 

Tarian naga, adalah aktiviti hiburan dan mempunyai seni yang unik. Tarian naga berasal daripada kebudayaan Dinasti Han dan sudah berusia kira-kira 2,000 tahun.  Pada zaman kuno, rakyat berfikir naga boleh menguruskan air hujan, maka rakyat sentiasa berdoa kepada naga untuk turun hujan pada musim kemarau, dan kemudian menjadi aktiviti budaya dan rekreasi. Di samping itu, bangsa Cina sangat memuja naga dan naga sebagai simbol tuah. Untuk Dinasti Tang dan Song, Tarian naga telah 
 menjadi aktiviti semasa perayaan yang penting.Pada perayaan Tahun Baru, kawasan bandar dan luar bandar di China telah ada adat bermain tarian naga. Selepas beribu-ribu tahun pembangunan, bermain naga telah menjadi tarian rakyat yang istimewa. Rakyat bukan sahaja berdoa untuk mencapai cuaca dan hasil tuaian yang baik, tetapi juga mewujudkan suasana perayaan yang meriah dan menyampaikan perasaan kegembiraan.
Bahan utama untuk membuat naga adalah rumput, buluh, kertas kayu, kain, dan lain-lain. Selepas hiasan, naga akan mempunyai nilai seni yang tinggi. Terdapat satu “naga”, jalur buluh ditenun silinder untuk membentuk sangkar, kemudian memakaikan pakaian naga yang cantik. Orang ramai menyalakan lilin atau lampu minyak dalam sangkar naga, kemudian menunjukkan tarian naga pada waktu malam dan ia sangat menarik.  Adat bermain naga telah dibawa ke luar negara. Semasa perayaan tradisional dan perayaan utama orang Cina, mereka akan menari tarian naga untuk menunjukkan semangat orang Cina.

TARIAN KIPAS

Tarian Kipas terkenal di Negeri Perak. Tarian ini tergolong dalam tarian istana kerana sering ditarikan pada majlis-majlis perkahwinan diraja. Penari-penarinya terdiri daripada wanita. Jumlah penari-penari antara 2 hingga 6 orang. Setiap penari memegang dua buah kipas. Penari-penari biasanya memakai baju kebaya, bersanggul dan berdandan dengan suntingan bunga yang disanggul. Kadangkala penari akan memakai selendang panjang yang disemat pada bahu.
        Namun begitu, terdapat juga tarian kipas yang memerlukan 9 orang ahli iaitu 7 orang wanita dan 2 orang lelaki.Tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina yang menunjukkan dewa-dewi pada masa dulu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan mereka. Tambahan pula, angin merupakan satu tradisi masyarakat cina iaitu mempercayai ‘feng shui’. ‘Feng shui’ merupakan satu kepercayaan tentang sesuatu petanda baik dan buruk terhadap kehidupan mereka. Oleh itu, tarian ini dimainkan supaya dapat membawa kebaikan kepada seluruh anggota masyarakat.

Leave a comment