Inisiatif

COVID-19
18/6/20
Isu
Selangor

Lawatan ke Assembly Services Sdn. Bhd. di Bukit Raja

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Assembly Services Sdn. Bhd. di Bukit Raja berjaya mencapai golden balance antara hidup dan kehidupan.

Dalam lawatan saya petang tadi, syarikat ini yang hasilkan kereta jenama Toyota Yaris dan Vios mengguna SOP yang seragam di seluruh kawasan kerja, surau, kantin dan tempat rehat. Syabas!

ASSB kepunyaan UMW Toyota juga telah menyatakan komitmen untuk kembangkan kilang mereka bagi tujuan kereta model baharu yang akan mula beroperasi pada tahun hadapan.

Ini juga bukti keyakinan pelabur kepada ekonomi serta kesediaan tenaga kerja di Selangor.

Untuk menjamin keperluan petugas frontliners, 52,820 unit alat perlindungan peribadi juga turut dihasilkan melalui kilang Toyota Boshoku UMW yang bertapak di sebelah ASSB.

30,000 unit telahpun dihantar ke hospital Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama St. John Ambulance Malaysia #KitaJagaKita

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.