comscore
Tumpuan :
Nasional

Kemalangan ngeri ragut nyawa 3 remaja

Nahas yang meragut nyawa Allahyarham Muhammad Aiman Rusdi, Muhammad Izani Mohd Tuah dan Muhammad Iman Mohd Akhir di Kilometer 63.5 Jalan Alor Setar-Butterworth.

Oleh Kumaran Rajamoney

SUNGAI PETANI: 3 remaja maut manakala, manakala dua yang lain cedera dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta di Kilometer 63.5 Jalan Alor Setar-Butterworth, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan dalam kenyataannya memaklumkan pemandu kereta, Muhammad Aiman Rusdi (17 tahun) maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Turut maut, Muhammad Izani Mohd Tuah (15) dan Muhammad Iman Mohd Akhir (17) juga kerana kecederaan parah di kepala.

Dua lagi mangsa yang merupakan penumpang kereta mengalami kecederaan dengan seorang daripadanya parah dan sedang mendapatkan rawatan di hospital.

“Siasatan awal mendapati kesemua mangsa berusia 15 dan 17 tahun itu sudah tidak bersekolah, dan kereta dipandu dimiliki abang pemandu.”

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu mangsa hilang kawalan ketika bergerak dari arah Bakar Arang menghala ke arah Padang Temusu dan melanggar pembahagi kiri jalan sewaktu tiba di lokasi kemalangan. Mangsa dipercayai memandu dengan laju.”

Mayat kesemua mangsa yang maut dibawa ke unit forensik Hospital Sultan Abdul Halim untuk tujuan bedah siasat bagi mendapatkan punca kematian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Loading...
Terkini