Now Reading
Air Terjun Kota Tinggi – Tarikan Semula Jadi Kota Tinggi

Air Terjun Kota Tinggi – Tarikan Semula Jadi Kota Tinggi

air terjun kota tinggi

Air Terjun Kota Tinggi merupakan salah satu air terjun yang paling terkenal di Semenanjung Malaysia lagi-lagi buat mereka di negeri Johor. Air Terjun Kota Tinggi ini terletak di Lombong yang berdekatan dengan daerah Kota Tinggi, Johor.

Kota Tinggi – Bandar Bersejarah Johor

Sekiranya anda berkesempatan melawat Kota Tinggi di Johor ini, jangan lepaskan peluang juga untuk melawat pelbagai tempat bersejarah di sini. Untuk pengetahuan anda, Kota Tinggi diberi gelaran Kota Tinggi Bandar Bersejarah Johor disebabkan kepentingan lokasi ini dalam sejarah negeri Johor. Bandar Kota Tinggi ini juga menempatkan Muzium Kota Tinggi yang menyimpan pelbagai artifak dan maklumat bersejarah di sini. Kota Tinggi menempatkan pelbagai makan termasuklah Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Manakala Makam Bendahara Tun Habib Abdul Majid dan Makam Tauhid yang berada di Kampung Makan juga terletak di Kota Tinggi. Makam Laksamana Bentan pula terletak di Kampung Kelantan yang turut juga berada di Kota Tinggi.

Manakala, di bahagian persisiran pantai pula, Kota Tinggi pula dihiasi dengan beberapa pantai peranginan yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia mahupun pelancong luar negara. Pantai-pantai yang dimaksudkan ialah Pantai Tanjung Balau, Pantai Desaru dan Pantai Batu Layar. Selain itu, Kota Tinggi ini juga sangat popolar dalam kalangan masyarakat tempatan dan yang berasal dari luar untuk datang menikmat makanan laut di Teluk Sengat, iaitu sebuah kampung di timur Kota Tinggi.

Mutiara Alam Semula Jadi Kota Tinggi

Di samping menjadi tempat pelbagai tumpuan pelancong dan pelawat, seperti yang diperkatakan pada awal tadi, Kota Tinggi juga menempatkan sebuah mutiara alam semula jadi. Mutiara alam semula jadi yang dimaksudkan ialah Air Terjun Kota Tinggi yang menjadi fokus artikel kita pada kali ini.

Air terjun semula jadi ini merupakan tempat yang amat menarik dan sesuai untuk membawa keluarga masing-masing dan rakan-rakan untuk menikmati kesejukan air yang turun daripada puncak Gunung Panti, Johor ini. Air Terjun Kota Tinggi ini juga amat terkenal dengan suasana tenang dan nyamannya. Selain itu, jika anda berada di kaki gunung ini di mana lokasi Air Terjun Kota Tinggi ini berada, anda akan boleh melihat kabus sejuk yang menutupi kawasan air terjun ini. Kabus ini sememangnya menyegarkan kerana terletak di kawasan yang masih dijaga rapi keindahan semulajadinya.

Air Terjun Kota Tinggi ini berketinggian 34 meter dan mempunyai tiga kolam renang semula jadi. Gelungsur buatan yang digelar “Fun Slide” juga telah dipasang oleh pihak pengurusan air terjun ini untuk digunakan oleh para pengunjung untuk turun menggelusur dari titik tinggi air terjun sehingga ke kolam renng semula jadi di bawah.

Aktiviti -aktiviti Lain di Air Terjun Kota Tinggi

Selain daripada aktiviti bermandi manda di air terjun ini, anda bersama keluarga anda juga boleh berkelah sambil menikmati suasana alam semula jadi yang tenang serta mendamaikan di sini. Di samping itu, di sini terdapat beberapa gerai-gerai makanan dan minuman untuk dijadikan sebagai juadah menjamu sleera anda. Sememangnya fasiliti di sini di sediakan sebagai tempat anda boleh meluangkan masa dengan seronok dan tenang bersama keluarga tercinta.


Selain itu, sekiranya anda ingin merasai sendiri suasana bermalam di kawasan Air Terjun Kota Tinggi ini, anda juga boleh bermalam di chalet yang berada di Resort Air Terjun Kota Tinggi ini juga. Selain itu, terdapat juga tapak perkhemahan yang boleh ditempah serta disewa untuk anda yang meminati aktiviti berkhemah ini.

Buat anda yang suka kan aktiviti lasak seperti jungle trekking, anda juga boleh melakukan aktiviti jungle trekking ini bermula di sini dan menggunakan laluan khas untuk mendaki Gunung Muntahak yang berketinggian 634 meter. Sekiranya anda memilih untuk bermalam di kawasan ini, anda juga boleh mendapatklan khidmat ahli pandu arah tempatan untuk memandu arah anda dalam aktiviti Jungle Night Walk iaitu aktiviti jungle trekking yang dilakukan pada waktu malam.

Selain daripada aktiviti bersantai dan berseronok di air terjun, aktiviti-aktiviti lain seperti ini juga boleh membantu anda menenangkan diri dengan kenyamanan dan keheningan hutan hujan tropika di sini.

Cara ke Air Terjun Kota Tinggi

Air Terjun Kota Tinggi ini terletak sejauh 15 km daripada bandar Kota Tinggi dan 60 km jika anda bergerak dari Johor Bahru. Jaraknya yang agak dekar daripada Johor Bahru bermaksud lokasi ini menjadi tempat tumpuan orang ramai pada hujung minggu dan juga pada musim cuti sekolah.

Mod kenderaan yang paling mudah untuk ke lokasi air terjun ini adalah dengan menggunakan kereta. Di sini anda perlu membayar tempat parkir kereta anda. Untuk pemegang MYKad akdar yang dikenakan ialah RM 3 untuk sebuah kereta.

Untuk masuk ke kawasan air terjun pula, pemegang MYKad dewasa akan dikenakan bayaran tiket sebanyak RM 10 dan untuk kanak-kanak sebanyak RM 5 sahaja.


Menurut review dan komen bekas pengunjung yang pernah ke sini, air terjun Kota Tinggi sememangnya amat menarik untuk dilawati. Mungkin ada beberapa perkara seperti kebersihan, penjagaan fasiliti dan kemudahan awam di sini perlu dijaga dengan lebih rapi lagi, tetapi sekiranya anda mencari lokasi untuk berda dekat dengan alam dan berada di sekitar Kota Tinggi, Johor, pastikan anda meletakkan tempat tarikan ini sebagai salah satu destinasi wajib pergi anda!

SUMBER

https://en.wikipedia.org/wiki/Kota_Tinggi

https://www.malaysiavacationguide.com/kota-tinggi-waterfalls.html

https://www.tripadvisor.co.uk/Attraction_Review-g298277-d1742743-Reviews-Kota_Tinggi_Waterfalls-Johor.html

https://www.facebook.com/110711593682279/photos/a.110711757015596/110713020348803

https://www.freepik.com/free-photo/couple-trekking-together_2458025.htm#page=1&query=jungle%20trekking&position=0

https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Kota_Tinggi_Town_Square.jpg

error: Content is protected !!