Header Ads

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-37

Pecah Rekod Kebangsaan: Goreng Tumpi Terbesar 100cm lebar

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Mac 2021 – Sebagai salah satu program di Festival Hari Kebangsaan bersempena Hari Kebangsaan Brunei yang ke-37 tahun, Brunei Food Awards (BFA) dengan kerjasama Syarikat Masia telah berjaya memecah rekod Kebangsaan Brunei menggoreng Tumpi Terbesar di negara ini.

Acara tersebut telahpun dijalankan di Pasar Pelbagai Barangan Gadong, petang kelmarin.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi melancarkan dan menyaksikan acara tersebut ialah Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet) di

Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

Tumpi merupakan salah satu makanan tradisi Brunei yang sekian lama dan diperbuat daripada tepung. Tumpi digoreng dan dihidang serta dimakan dengan kuah seperti Ayam Kari, Rendang atau Susu Manis.

Syarikat Masia telah lama terkenal dengan menjual Tumpinya selebar 9 cm bagi size Standard dan kira-kira 30 cm bagi size Tumpi Gergasi atau dipanggil Tumpi Giant.

Semasa acara dijalankan, Syarikat Masia telah berjaya memecah rekod kebangsaam di mana Tumpi terbesar berjaya mencatatkan 100 cm lebar dan mempunyai keberatan 5 kg.

Acara tersebut telah disaksikan dan diluluskan oleh Brunei Book of Records.

Hadir mengalu-alukan kehadiran tetamu hormat ialah Ketua Pegawai Eksekutif BFA, Haji Nasir Dato Latif dan Pengurus Syarikat Masia, Awang Ahmad bin Haji Matzin.

Turut hadir menyaksikan acara ialah Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke negara ini, Puan Yang Terutama Nahida Rahman Shumona dan Arinta Puspitasari, wakil dari kedutaan Republik Indonesia.

Tujuan acara tersebut dijalankan adalah untuk mempromosi makanan tempatan Brunei bagi perindustrian pelancongan dan memastikan perkembangan aktiviti permakanan di negara ini.
Eksklusif Media