Mangkuk tingkat enamel atau dikenali juga nama aloi bercorak memang sentiasa menjadi buruan. Ia bukan digunakan sebagai bekas menyimpan makanan, tetapi menjadi salah satu aksesori dekorasi kediaman. Ada juga yang menjadikannya sebagai koleksi. Namun, untuk mendapatkan mangkuk tingkat enamel yang mempunyai rekaan yang cantik, bukanlah mudah dan murah.
Tapi, cikgu Decoupage Ida Azrina Zainal Abidin ada idea yang lebih menarik. Dengan menggunakan teknik decoupage, mangkuk tingkat stainless steel di hias cantik. Kalau nak tahu cara decoupage bukan sahaja pada mangkuk tingkat, boleh masuk kelas cikgu Ida
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
7 ‘Trick’ Elak Tandas Berbau Busuk, Kekal Segar Sepanjang Masa
7 CARA HILANGKAN BAU TANDAS, KEKAL SEGAR SEPANJANG MASA
Berikut adalah 7 cara hilangkan bau tandas menggunakan bahan semulajadi. Mesra alam, dan sesuai untuk semua kediaman.
1. PASTIKAN PENGALIRAN UDARA YANG BAIK
Jika ada tingkap, buka seluas-luasnya selepas anda mengguna bilik air. Jadi bau yang kurang menyenangkan dalam bilik air akan sentiasa digantikan dengan udara segar dari luar. Jika ada bajet, pasang extractor fan yang bertindak mengalirkan udara dalam bilik air.
2. ELAK GANTUNG BAJU ATAU TUALA
Pastikan tuala yang lembap digantung di tempatnya, bukan di dalam tandas. Seeloknya, cuci alas kaki dengan kerap kerana jika ia lembap, bakteria dan lumut mudah berkumpul sehingga mengeluarkan bau busuk.
3. PASTIKAN TONG SAMPAH SELALU KOSONG
Sebaiknya kosongkan tong sampah setiap hari meskipun belum penuh. Ini kerana bakteria sukakan suasana yang lembap. Pembentukan bakteria boleh menyebabkan punca bau busuk. Gunakan tong sampah bertutup untuk mengurangkan bau.
4. GALAKKAN KEMASUKAN CAHAYA MATAHARI
Sinaran cahaya matahari dapat membunuh kuman dan bakteria dalam bilik air. Sebab itu cuba cari ruang agar cahaya matahari dapat masuk dalam bilik air.
5. GUNA ‘ESSENTIAL OIL’
Masukkan dua cawan air, satu sudu cuka putih, satu sudu soda penaik dan 10 titisessential oil seperti eucalyptus, sitrus atau lavender dalam botol spray. Letak dalam bilik air dan ia akan memberi bau segar yang berpanjangan dalam bilik air.
6. HAMPAS KOPI
Hampas kopi jangan dibuang kerana ia dapat menghilangkan bau tandas. Caranya, masukkan hampas kopi ke dalam lubang tandas, biarkan ia terendam beberapa lama dan siram. Anda akan dapati bau tidak menyenangkan itu akan hilang sama sekali.
7. MENYALAKAN MANCIS
Jika ada tetamu yang akan datang dalam masa yang terdekat, cuba nyalakan mancis seketika di dalam bilik air. Walaubagaimanapun, cara ini dipercayai hanya bersifat sementara kerana nyalaan api tersebut hanya akan ‘menutup’ bau busuk tersebut.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
7 Cara Untuk Selesaikan Masalah Saliran Bilik Air Tersumbat Tanpa Perlu Panggil Tukang Paip
Ramai buntu apabila saliran di dalam bilik air tersumbat. Bukan tersumbat terus, masih ada air mengalir tetapi perlahan. Tidak seperti membersihkan atau menyelesaikan masalah sinki yang tersumbat [klik sini untuk artikel: 2 Penyelesaian Mudah Bila Sinki Tersumbat Yang WAJIB Anda Cuba], saliran di dalam bilik air lebih kritikal kerana kebiasaanya bahan yang menyebabkan tersumbat terdiri dari rambut yang tidak mudah mereput.
Sebab itu, kebiasaanya pemilik akan memanggil tukang paip untuk menyelsaikan masalah ini. Tapi, tahu je lah harga tukang paip ni. Kalau dapat jenis berlesen mahu diketuk RM300 terus. Anggaplah itu sebagai penyelesaian terakhir anda. Impiana sarankan anda lakukan 7 penyelesaian mudah ini terlebih dahulu. Jika ke semua langkah gagal, barulah pilihan yang ke-8 iaitu dengan memanggil tukang paip
1. Curah air panas
Curahkan air panas terus ke dalam lubang saliran bilik air anda. Lakukan beberapa kali. Sebaiknya, sehingga air yang dicurah terkeluar semula dari saliran lantai. Jika ini berlaku, segara pam. Jika tiada air bertakung, ini menunjukkan saliran anda tidak tersumbat lagi
2. Guna pum getah atau plunger
Ini antara peralatan wajib setiap kali berhadapn dengan masalah sinki atau saliran tersumbat. Namun, tak semu menggunkannya dengan kaedah yang betul. Untuk memastikan tekanan cukup untuk mengepam saliran yang tersumbat, sapu kan sedikit petroleum jelly atau vasellin pada mulut getah.
3. Cuka dan baking soda
Tuangkan satu cawan baking soda dan 1 cawan cuka terus ke dalam lubang saliran yang tersumbat dan biarkan 1 jam. Selepas itu, tuangkan air panas beberapa kali. Jika air masih bertakung, pumkan dengan menggunkan plunger
4. Tarik bahan yang tersumbat dengan tangan
Jika ke tiga- tiga kaedah tadi masih gagal. Nampaknya anda tiada pilihan dengan menarik sendiri bahan yang tersumbat di dalam saliran. Jika tangan anda tidak muat atau tidak sampai menarik bahan yang tersumbat. boleh terus langkah ke-5
5. Hook (pencangkuk saliran)
Jika tangan anda gagal mencapai bahan yang tersumbat di dalam saliran, boleh dapatkan pencangkuk saliran dari kedai. Namun, pencangkuk saliran mempunyai jarak yang terhad. Jika masih tidak sampai, boleh cuba menggunkan plumber’s snake
6. Plumber snake
Plumber snake sama seperti plumber hook, beranya ia mempunyai jarak yang lebih jauh untuk dicapai. Tambahan, plumber snake disertakan dengan sistem menggerudi menual di mana ia dapat menyelinap di dalam bahan yang tersekat. Ini lebih memudahkan anda untuk menarik keluar bahan yang tersumbat di dalam saliran
7. Menggunakan bahan kimia
Terdapat pelbagai produk di pasaran yang dikhaskan untuk menyelesaikan masalah saliran yang tersumbat. Namun, keberkesanannya bergantung kepada produk yang digunakan. Tambahan, anda perlu berhati-hati ketika menggunkan bahan kimia ini. Khuatir mengancam keselamatan dan kesihatan anda. Namun, tiada satu pun yang dapat dibuktikan bereksan. Ini kerana, penyelesaian saliran bilik air yang tersumbat dengan menggunkan kimia hanya bersifat sementara dan akan berulang.
8. Panggil tukang paip
Jika kesemua cara di atas masih gagal, langkah terakhir adalah dengan memanggil tukang atau juru paip. Tanya dulu tafsiran harga bagi kerosakkan yang berlaku takut nanti anda akan terkejut dengan resit yang diberi tukang paip selepas selesai lakukan tugas. Walaupun hanya membuang atau mengeluarkan bahan yang tersumbat dengan menggunkan plumber snake, si tukang paip boleh mengenakan harga ratusan.
Sumber: https://dengarden.com
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Memartabatkan Kesenian Warisan Malaysia, Temple Tree Resort Bina Semula 8 Buah Rumah Lama Dari Serata Tanah Air
Mungkin ada di kalangan anda yang tidak mengenali dengan hotel penginapan Temple Tree Resort ini meski telah sering berkunjung ke kawasan peranginan terkenal, Pulau Langkawi yang terletak di utara Semenanjung tanah air.
Untuk maklumat anda, Temple Tree Resort ini adalah merupakan sebuah tempat penginapan untuk para pelancong dari serata negara dan telah mula dibina di Pantai Cenang, Pulau Langkawi sekitar pada tahun 2008.
Bukan sekadar seperti tempat penginapan biasa yang lain, Temple Tree Resort ini sememangnya sangat unik dan berbeza berbanding dengan hotel-hotel penginapan lain yang ada di Pulau Langkawi.
Dengan ukuran keluasan tanah kawasan tempat penginapan yang mencecah hampir satu ekar ini, Temple Tree Resort ini telah membangunkan sebanyak 8 buah rumah tradisi lama dan dijadikan sebagai tempat penginapan bertaraf 4 bintang.
Apa yang membuatkan tempat penginapan ini menarik dan sangat unik oleh kerana Temple Tree Resort telah membangunkan semula 8 buah rumah tradisi lama yang didatangkan khas dari serata negeri Semenanjung Malaysia.
Kemudian, proses pembinaan kesemua rumah tradisi lama ini diteruskan dengan pemasangan semula di kawasan peranginan Pantai Cenang, Pulau Langkawi tanpa mengubah keaslian identiti rumah tradisi lama tersebut.
Jadi mari kita lihat dan kenali dengan lebih dekat setiap rumah yang ada di Temple Tree Resort.
IPOH HOUSE
Rumah tradisi pertama adalah merupakan ‘Ipoh House’ yang berada di pintu masuk utama Temple Tree Resort ini telah dijadikan sebagai kaunter ‘reception’ serta restoran buat tempat penginapan berkenaan.
JOHOR HOUSE
Rumah tradisi lama kedua pula adalah merupakan Johor House yang mempunyai sejarah pembinaan berasal dari Batu Pahat, Johor. Pemilik asal kepada rumah ini adalah berbangsa cina, maka oleh itu dari segi struktur dan reka bentuk kediaman ini terdapat elemen budaya
COLONIAL HOUSE
Untuk Colonial House pula, difahamkan mula dibina sekitar tahun era tahun 1900 dan didatangkan khas dari George Town, Pulau Pinang. Struktur reka bentuk dan dekorasi hiasan dalaman pada Colonial House ini terdapat kombinasi elemen sentuhan daripada budaya Peranakan dan Eropah.
ESTATE HOUSE
Estate House antara rumah yang unik dan berbeza daripada yang lain. Ini kerana, Estate House adalah merupakan jenis bangunan berbentuk satu tingkat yang mempunyai 6 buah rumah kesemuanya. Keistimewaan Estate House, setiap rumah memiliki ruang laman privasi di belakang rumah. Menarik bukan?
PLANTATION HOUSE
Plantation House, merupakan sebuah banglo lama dengan sentuhan dekorasi hiasan dalaman bertemakan budaya kemelayuan. Terdapat beberapa sentuhan seni ukiran Melayu ada pada kayu bangunan membuat rumah tradisi lama ini tempak lebih klasik dan mewah.
PENANG HOUSE
Seni bina reka bentuk bangunan daripada Penang House ini juga unik berbanding rumah tradisi lama yang lain. Ia juga didatangkan khas daripada Pulau Pinang dan diterapkan dengan elemen Melayu, Cina dan India pada seni bina bangunan.
NEGERI SEMBILAN HOUSE
Bagi rumah tradisi lama ini sudah semestinya didatangkan khas daripada Negeri Sembilan. Jika kita lihat pada struktur reka bentuk dan hiasan dalaman rumah tradisi lama ini, sudah terang lagi bersuluh pemilik asal kepada kediaman ini adalah berbangsa Melayu. Lihat sahaja lah daripada luaran, rumah tradisi lama ini sememangnya unik
STRAITS HOUSE
Istimewa Straits House berbanding rumah tradisi lama yang lain, ia merupakan sebuah kediaman warisan yang mewah kerana memiliki kolam renang khas persendirian. Selain itu, untuk hiasan dalaman rumah tradisi lama ini telah direka dengan pemilihan perabot yang lebih moden bagi memberikan kepuasan yang terbaik kepada para pengunjung yang menginap di Temple Tree Resort.
KOLAM RENANG
Tidak lengkap rasanya jika tempat penginapan tanpa kolam renang, betul tak? Untuk pengetahuan anda, selain keunikan rumah tradisi lama di kawasan penginapan sudah semestinya Temple Tree Resort ini mempunyai kolam renang yang cantik untuk kegunaan para pengunjung.
Lihat sahaja lah pada foto yang tertera, ternyata kolam renang di Temple Tree Resort ini tampak sangat cantik dengan dihiasi pemandangan awan biru yang menenangkan.
Jadi, tidak dapat disangkalkan lagi, Temple Tree Resort ini merupakan sebuah tempat penginapan yang terbaik dan bertaraf antarabangsa dengan keunikannya yang tersendiri.
Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut dan membuat tempahan tempat penginapan di Temple Tree Resort, anda boleh sahaja segera melayari laman sesawang www.templetree.com.my atau hubungi nombor di talian +6017-599 5935.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Sudah 3 Bulan Tak Bayar Sewa Rumah, Penyewa Hujah Agama Dengan Tuan Rumah
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI