Kemalangan ngeri di Pasir Gudang, pemandu Mercedes tukar lorong tiba-tiba jadi punca

Sebuah treler terbabas dan melanggar sebanyak 11 kenderaan dalam sebuah kemalangan di Lebuhraya Pasir Gudang, Johor Bahru, hari ini.

Sebuah rakaman video yang dirakam oleh kamera papan pemuka (dashcam) menunjukkan treler berwarna biru terbabas dan kemudian melanggar beberapa kenderaan lain di lokasi kejadian.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 4 petang, di mana treler berat tersebut dipercayai cuba mengelak sebuah kereta sebelum akhirnya terbabas dan masuk ke laluan bertentangan.

Baca Artikel Penuh