fbpx

Bayi dibuang dalam beg tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayi perempuan malang yang ditemui dalam beg tepi jalan di hadapan Balai Raya Kampung Tenglu Laut, Mersing petang tadi. Foto IHSAN POLIS

Oleh MASTURAH SURADI

MERSING – Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan ditemui di dalam beg di tepi jalan di hadapan balai raya Kampung Tenglu Laut, Mersing petang tadi.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, pihak polis menerima maklumat kejadian itu pada pukul 2 petang.

“Maklumat diterima daripada orang awam yang mengatakan telah menjumpai seorang bayi baru lahir di hadapan balai raya di kampung tersebut.

“Bayi perempuan itu dalam keadaan sihat dan cukup sifat kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Tenglu.

“Dia ditemui dalam keadaan tidak berpakaian di dalam satu beg di tepi jalan berhampiran balai raya itu,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Edward Nuing berkata, hasil siasatan mendapati, bayi malang itu dipercayai baru dilahirkan tidak lebih 24 jam.

Katanya, bayi tersebut kini dihantar ke Hospital Daerah Mersing untuk rawatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI