fbpx

‘Orang macam hang patut tanam hidup-hidup’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHE TA menyelar kenyataan Azwan yang mempertikaikan busananya ketika menerima suntikan vaksin dos kedua baru-baru ini.

PETALING JAYA – Nama selebriti terkenaL, Rozita Che Wan, 49, sekali lagi meledak dan menjadi bualan netizen dalam media sosial selepas dia bertindak membalas kata-kata kesat yang dilemparkan oleh pengacara popular Azwan Ali semalam.

Tidak berdiam diri apabila dilemparkan kata-kata kesat, Rozita atau lebih popular sebagai Che Ta menerusi tangkap layar InstaStory yang tular dalam Twitter berkata Azwan tidak sepatutnya mempertikaikan busana yang dipakainya.

TANGKAP layar InstaStory Che Ta yang tular dalam media sosial.

“Tak payahlah melalak pasal akulah. Aku nak pakai apa pun, bukan guna duit mak bapa dan keturunan hang,” tulis kakak kepada aktres Ayu Raudhah itu.

Dalam hantaran sama, Che Ta berkata individu seperti Azwan tidak sepatutnya masih ada lagi di muka bumi.

“Rakyat macam hang patut (kamboih) tanam hidup-hidup. Buat semak bumi,” tulisnya lagi.

Meninjau dalam Twitter, rata-rata berpendapat Azwan sepatutnya tidak sepatutnya menganggu individu lain sehingga boleh menganggu hubungan persahabatannya dengan Che Ta.

“Semua orang dia nak kacau, padan muka kena sembur dengan Che Ta.

“Che Ta 1, Azwan 0,” tulis netizen.

Kosmo! hari ini melaporkan Che Ta tiba-tiba menjadi mangsa kecaman seorang pengacara yang terkenal dengan mulut puakanya hanya kerana bertindak melaram ketika hadir menerima suntikan vaksin baru-baru ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI