Pelakon dan usahawan, Rozita Che menitipkan dedikasi terhadap suaminya, aktor Zain Saidin bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-10.

Genap sedekad melayari bahtera perkahwinan, Rozita yang mesra disapa Che Ta bersyukur atas aturan jodoh dariNya.

Menerusi posting sekeping foto pada usia muda, nukilan Che Ta cukup mencuri perhatian.

“Kami 17 tahun, Zain 6 tahun. Selepas 23 tahun kami bertemu jodoh. Betul lah kata orang, jodoh tak pernah salah alamat.

“Hat mana ada adik angkat walaupun beza umur 11 tahun, jaga-jaga! Mungkin tu bakal suami hampa.

“Alhamdulillah syukur untuk 10 tahun yang membahagiakan walaupun kadang-kadang i jadi singa,” tulisnya.

IKLAN

Che Ta turut mengakui sepanjang bersama, Zain disifatkan sebagai suami bertanggungjawab yang tidak cerewet.

“Kami 17 Tahun, Zain 6 Tahun, Selepas 23 Tahun Kami Bertemu Jodoh,” – Rozita Che Wan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ROZITA CHE WAN (@rozitachewan93)


“Untung kami dapat suami macam Zain. Paling tak cerewet, tak pernah suruh kami masak ke, kemas rumah ke, basuh baju ke, basuh pinggan ke.

IKLAN

“Kami keluar lepak balik pukul 4 pagi pun takpe, tak tanya. Yang dia akan tanya, sayang dah solat? Atau pun dia akan tegur kalau aurat tak sempurna.

“Tak perlu lelaki kaya untuk rumah tangga yang bahagia janji masing masing tahu tanggungjawab.

“Cari yang tahu agama dan praktikkannya bukan yang tahu agama tapi jadi penunggang, nauzubillah.

IKLAN

“Sebenarnya apa jua keadaan dalam kehidupan ni, sederhana tu utama. Dapat tak apa, tak dapat pun tak apa. Lalui je dengan apa yg ada.

“Bersyukurlah dengan seadanya. I love you sayang,” tulisnya lagi sambil disusuli dengan ucapan baik baik daripada para peminat.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI