Buletin

AJAIB!!! PEMANDU BMW HANYA CEDERA RINGAN DALAM KEMALANGAN NGERI

Seorang pemandu kereta BMW hanya cedera ringan apabila kenderaannya dilanggar antara dua buah lori di lebuh raya M1 berdekatan persimpangan 24 Loughborough, Leicestershire, Britain.

Dalam kejadian pada pukul 3.30 petang itu, jentera BMW tersebut mengalami kerosakan teruk dan keadaan mengerikan.

Agak sukar membayangkan pemandu kereta selamat dan hanya mengalami cedera ringan.

Pasukan perkhidmatan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap di dalam kenderaan.

Bagaimanapun, mangsa berjaya dikeluarkan walaupun kenderaan hampir musnah sepenuhnya. Dia hanya mengalami cedera ringan dan dibawa ke hospital untuk mendapat rawatan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Leicestershire telah memuat naik gambar-gambar kemalangan di laman sosial.

“Pada hari ini, pasukan memberikan bantuan dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan berat dan sebuah kereta.

“Ia merupakan tugasan yang rumit tetapi mangsa dapat dikeluarkan dan mengalami kecederaan ringan. Mangsa telah dibawa ke hospital.

“Sila pastikan kenderaan anda diperiksa terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan jauh” katanya.

Kemalangan terbabit menyebabkan kelewatan lalu lintas hampir lima jam di lebuh raya A453 dan A50. – agensi

Google ads
Back to top button