10 maut kemalangan ngeri babit empat kenderaan

Masa Membaca:1 Minit, 37 Saat

SUBANG JAYA 18 Dis – Seramai 10 individu termasuk lapan kanak-kanak terkorban dalam kemalangan ngeri di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Utara – Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala Shah Alam malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.42 malam.

Katanya, sebaik tiba pihaknya mendapati kemalangan itu membabitkan empat kenderaan iaitu dua kereta PROTON Wira, sebuah PERODUA Axia dan sebuah treler.

“Nahas itu membabitkan 17 mangsa keseluruhannya dan 10 daripadanya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mangsa yang maut adalah seorang wanita dan seorang wanita manakala lapan lagi membabitkan tiga kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Mengulas lanjut, beliau berkata, susulan kejadian itu anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa.

“Perkhidmatan kren digunakan bagi mengangkat treler berkenaan dan semua mangsa berjaya dikeluarkan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi itu ditamatkan pada jam 2.40 pagi,” katanya.

Dalam pada itu Norazam berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Norul Naziah Buyong, 37, dan lapan anaknya iaitu bayi lelaki berusia 10 bulan, Muhammad Raid Fathi Abd Razak, Puteri Nur Ain Syalwana Abd Razak, 3; Muhammad Hidayat Hakimie Abd Razak, 7; Muhamad Rolkaizat Rezky Abd Razak, 9; Muhamad Aizat Syazwan Abd Razak, 10; Puteri Hidayah Abd Razak, 12; Razatul Aliah Abd Razak, 16;  Muhamad Razarul Amin Abd Razak, 17.

Seorang lagi yang maut ialah mekanik Mohamad Rahimibin Rolex berusia 27 tahun.

“Mangsa yang cedera suami kepada Norul Naziah dikenali sebagai Abd Razak Majit, 50; dan sepupu mereka Mimie Nafiesa Abdullah, 19; Ihyat Sufi Shokip serta Ummi Nasuha Annuwar masing-masing berusia 20 tahun,” katanya.

Kesemua mayat dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.

Beliau berkata individu yang menaiki treler tidak mengalami sebarang kecederaan dikenali sebagai Mohd Khairol Kamal Abdullah, 45; serta dua anaknya Haiqal Haziq, 19; dan Hafiey Hamziey, 14.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2301
Kongsi :
Previous post Rauf rasmi Mesyuarat Perwakilan UMNO Masjid Tanah
Next post PRN Sarawak: 11 peratus keluar mengundi setakat 9 pagi -SPR
Ubah saiz-+=