Rita Rudaini tempelak netizen, dedah perangai sebenar Aidil Zafuan?

Pelakon Rita Rudaini menempelak sikap segelintir netizen meminta dia mempertemukan dua anak lelakinya dengan bapa mereka iaitu pemain bola sepak Aidil Zafuan.

Rita, 47, berkata, tindakan bekas suaminya itu menyebut nama anak-anak mereka dalam video siaran langsung sekadar meraih simpati orang ramai.

Kata aktres itu, jika Aidil benar-benar mengambil berat mengenai anak-anak dia telah melakukan sejak dulu lagi.

Rita Rudaini tempelak netizen, dedah perangai sebenar Aidil Zafuan?

“Awak tak payah nak buat tahu sangat. Kena kencing! Hancinglah. Setakat sebut nama saya pun boleh sebut nama anak Ronaldo ke, anak Beckham!

“Nak berlakon apa dengan orang, awak bukan buta kot. Aku yang bela sorang-sorang dari (anak-anak) kecil.

“Demam, suka, duka, sekolah, raya, makan dan minum aku tanggung sorang-sorang. Kalau rasa nak anak kenapa tak ambil tahu dari kecil masa aku jaga basuh berak?

“Mereka sakit satu Malaysia tahu, kenapa mereka tak tanya? Awak cakap senang. Tak ada tindakan, berlakon dalam siaran langsung,” katanya.

Rita membidas perkara itu ketika salah seorang pengikutnya meninggalkan komen di Instagramnya meluahkan rasa simpati terhadap Aidil di Instagram miliknya.

rita 111

Individu berkenaan meminta Rita memberi peluang kepada bekas suaminya itu bertemu dengan anak-anak mereka.

“Tadi masuk siaran langsung Aidil, sedih sangat saya rasa dia sayang anak-anak dia.

“Ayden (anak bersama isteri) pun kenal abang-abang dia siap Ayen sebut nama Airit Rayyan dan Airit Caca.

rita 111

“Tak ada bapa yang tak sayangkan anak, bagilah peluang dekat mereka sedangkan Nabi pun ampunkan umatnya,” komen individu tersebut.

Dalam pada itu, Rita menasihatkan agar individu berkenaan tidak menjadi ‘terpaling’ tahu mengenai kisah rumah tangganya.

Tegas Rita, tiada siap berhak untuk menumpang nama berdasarkan kejayaan yang bakal dicipta anak-anaknya kelak.

“Siapa pun tak layak nak ambil nama anak-anak aku bila mereka dah besar, berjasa dan pandai.

“Aku yang bela bagi cerdik, pandai! Bila dah cerdik, besar sedap pula nak mengaku bagai. Berabang-abang bagai. Geli oi!,” luahnya.

Untuk rekod, Rita dan Aidil mendirikan rumah pada 2008 namun perkahwinan itu berakhir dengan perpisahan pada 2013.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Airit Rayyan dan Airit Qaqa Arjuna.

BACA: “Kalau cara dah salah, semuanya tetap salah, banyak mana pun kau minta maaf aku takkan maafkan, carilah yang lebih baik, alim”