Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Warga Emas Lintas Jalan...

ALOR SETAR : Hasrat seorang bapa untuk makan malam bersama keluarga tidak kesampaian...

RHB Research Jangka KDNK...

KUALA LUMPUR - RHB Research Institute menjangka keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebenar...

Kembali PKP Jika Kebolehjangkitan...

PUTRAJAYA - Tahap pematuhan masyarakat terhadap prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Kementerian Kesihatan,...

Menarik! Cara ‘Pose’ Agar...

BAGI yang memiliki saiz tubuh besar khususnya para wanita, kebanyakan mereka seboleh-bolehnya akan menolak...

7 Maut 3 Cedera, Van Bertembung Lori Di Senai

JOHOR BAHRU – Tujuh maut dalam satu kemalangan melibatkan van kilang dan lori di Jalan Seelong, Kampung Seelong Jaya, dekat Senai, di sini, awal pagi Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor Mohd Rizal Buang berkata kejadian kira-kira 6 pagi itu mengorbankan tiga lelaki dan tiga perempuan manakala tiga lagi cedera.

Mayat enam dari tujuh mangsa yang maut ditutup dengan kain putih setelah terbabit dalam satu kemalangan ngeri melibatkan sebuah van kilang dan sebuah lori di Jalan Seelong berdekatan Kampung Seelong Jaya, Kulai pagi tadi.
Mayat enam dari tujuh mangsa yang maut setelah terbabit dalam kemalangan ngeri libatkan van kilang dan lori di Jalan Seelong berdekatan Kampung Seelong Jaya, Kulai awal pagi tadi.

“Kesemua mangsa yang terlibat masih dalam proses dikenalpasti identiti mereka. Mereka yang maut dibawa ke Hospital Temenggung Kulai,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan lapan daripada mangsa adalah penumpang van itu manakala seorang lagi pemandu lori.

“Anggota kita masih di lokasi membersihkan sisa-sisa kemalangan,” kata Mohd Rizal. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori